Tuesday, December 1, 2009

Mascherano : Jaringan Penting

Pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano mahu gol pertama Liverpool di dalam kemenangan 2-0 ke atas Everton dikreditkan ke atas beliau. Walaupun ramai yang mengatakan gol tersebut adalah jaringan sendiri namun tidak bagi Mascherano. Menurut Mascherano gol tersebut adalah jaringan beliau kerana beliau memang melakukan percubaan untuk menjaringkan gol. Gol tersebut amat penting buat Mascherano kerana beliau mahu memperbaiki prestasi pada musim ini. Beliau yang banyak dikritik kerana banyak percubaan jauhnya tersasar pada musim ini. Mascherano bagaimanapun gembira kerana Liverpool berjaya memenangi perlawanan dengan Everton yang mengesahkan lagi kekuatan Liverpool di Merseyside. Kemenangan yang diperolehi dengan usaha gigih ini membawa Liverpool belum tewas di dalam lima perlawanan dan mengakhiri bulan November tanpa sebarang kekalahan. Mascherano yakin selepas kemenangan yang penting ini, Liverpool perlu mendapatkan tiga atau empat lagi kemenangan untuk terus memanjat tangga liga. Saya berharap prestasi Mascherano terus meningkat pada musim ini kerana adalah penting untuk beliau menjadi peneraju di bahagian tengah Liverpool di dalam usaha untuk kembali mengibarkan cabaran pada musim ini.


YNWA

7 comments:

CrAyOn said...

itu gol monster masherano yang punya!!!

Girl said...

yo! best woo menang :)

ABU said...

Walaupun deflected, gol tu mascherano punya.....kalau dia tak rembat, mcm mana nak deflected???

RABUN said...

mesti lah masharano yang punya! ini try dari tengah...kalau dari tepi punjuru bleh lah ckp own gol...

Kalau pikir logik macam mana bleh score gol sendiri sedangkan membelakangkan kepper..

itu lebih kpd reflection yang mana mesti dikira gol dari pemain yg mula mula tendang bola tu

tapi rasanya ada peraturan baru tentang perkara ni mungkin dari Fifa sendiri atau FA eglish

not sure ahhh

apa pon aku kira Macha gol kan!

Amirul Idham said...

btul....
gol tu kredit pada mascherano...

http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

YNWA...

Naz said...

Tapi yang tak sedapnya betoi ke mascherano ni sungguh nak out dari leverpool. harap tak jadi la. huhu