Sunday, December 6, 2009

BPL : Kempunan di Ewood Park

Empat mata daripada dua perlawanan di tempat lawan (Goodison Park dan Ewood Park). Rata-rata peminat The Reds juga masih belum berpuas hati dengan prestasi pasukan setakat ini. Saya juga masih menanti bilakah konsistensi akan kembali ke dalam pasukan Liverpool ini. Keputusan 0-0 di Ewood Park semalam jelas menunjukkan Liverpool perlu membuat pelaburan ke atas seorang penyerang pada bulan Januari ini. Kuyt atau Ngog masih belum mampu untuk melaksanakan tugas sebaik Torres. Buktinya sehingga minit ke 55 barulah terdapat percubaan ke arah pintu gol Blackburn. Perlawanan agak membosankan di separuh masa pertama di mana Liverpool hanya bertahan untuk menyerap asakan Blackburn. Di separuh masa kedua barulah kelihatan sedikit kebangkitan untuk memberikan tekanan kepada Blackburn. Ngog kurang bernasib baik kerana pecubaan beliau mengenai palang namun seperti yang saya katakan sebelum ini, masih banyak yang perlu dipelajari oleh penyerang muda ini jika beliau berhasrat untuk menjadi penyerang berwibawa di liga perdana inggeris. Di dalam keputusan seri yang mungkin kita semua tidak senangi, terdapat sedikit berita positif daripada skuad Liverpool ini, keputusan semalam adalah clean sheet ketiga berturut-turut buat Liverpool selepas perlawanan dengan Debrecen dan Everton sebelum ini. Mungkin ada yang mengatakan pasukan yang kita tentang tidak cukup kuat dan saya bersetuju dengan andaian ini. Namun sekurang-kurangnya kita perlu bermula di suatu tempat untuk mengembalikan kekebalan benteng pertahanan Liverpool yang sebelum ini cukup sukar untuk ditembusi. Dengan berita terbaru yang mengatakan Torres dan Aquilani kini hampir pasti untuk kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan, diharapkan agar Rafa dapat memanfaatkan sepenuhnya tiga perlawanan di Anfield (Fiorentina, Arsenal dan Wigan) selepas ini untuk mengembalikan kemenangan kepada The Reds.


YNWA

14 comments:

Anonymous said...

liv jauh dari tahap.buang lucas, menyibuk,x kreatif, menyemak

Anonymous said...

jual ngog...memang ngok pemain ni. kena buat pemutihan ..blrsici

Anonymous said...

seri tak cukup

Anonymous said...

Buang Benitez, punca kpd segala kekalutan LIv..Kalau Benitez tiada, maka tiada la pemain seperti Lucas, Kuyt dan segala yang tiada manfaat bg Liv

Amirul Idham said...

marah betul tukang komen si anonymous ni... tp aku setuju dgn die

tapi game ni seri kerana taktikal rafa yg suka sgt bertahan...

http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

Anonymous said...

ntah mende2 anonymous ni..

kritik x de asas..

sume nk buang..

bek buang trus nma liverpool..

Anonymous said...

buang rafa..

amik anonymous jd manager..

sbb die pakar dlm 'membuang'..

dgn membuang die bleh bwk kemenangan yg hebat..besar..prestij..brgaya..

buang rafa..sbb pnca kekalutan..

buang rafa sbb seri..

buang rafa sbb taktikal die..

buang rafa sbb bli ngog..kuyt..

buang rafa sbb ngog x putih..

buang rafa sbb lucas x kreatif..

buang rafa sbb bli plyer x de manfaat kt liverpool..

buang rafa..dan selamatkan 2 owner hanjing dan laknat amerika 2..

Anonymous said...

Sdra Ijat, bila kami kata pecat Benitez tak bermakna kami sokong owners..

tapi mungkin mentaliti kamu mentaliti budak sekolah sebab tu, kamu tak faham2...

Sekian..

Anonymous said...

Sampai bila nak salahkan owners? Sampai bila nak salahkan injuries? sampai bila nak guna alasan tak cukup fund?..

Yang akan menentukan masa depan Liverpool ialah percaturan di atas padang. Dan yang membuat percaturan ialah Benitez, bukan owners.

Anonymous said...

Benitez is sleeping with the devil..Bila dia dh pilih sambung kontrak 5 tahun, dia dah fikir semasak2nya. Bermakna dia willing to take the risk, knowing what the owners are like.. Otherwise dia takkan sambung kontrak. Tak tau la kalau2 Benitez sambung kerana dia seorang hipokrit atau dah tak laku dengan kelab lain.

Anonymous said...

kamu x slhkn owner tp kamu slhkan rafa 100%..

kamu ltk la manager yg brkualiti pn..blom tntu mng..

x pe la aku mentaliti bdk skola..

tp jgn kritik cm bdk skola..

x de asas..

sume nk jual..

igt sng ke men jual2 2..

injuries..

x slh..tp slh 1 faktor..

kite ambil sjrh arsenal..

injuries yg mmbataskn mrk pd musim lps(fact)..

sjk rafa ambil alih liv..ini mrupakan musim terbruk..dn yg jd makin worst..jd trburuk dlm sjrh liv..

i2 prkara besa dlm hdup manager.

agknya kamu tlh trhasut dgn prmainan media dan pnyokong2 lalang kot..

x pe la aku mntaliti bdk skola..

sbb kau mengetahui sgalanya2 ttg liv dgn membuang..

lucas..kamu prnh tgk die dlu..brsama gremio..brsama skuad brazil u 20..??

rafa bli die brdasrkn pncapaian i2..

adkh rafa beli die sbb die x bgus..??men cm bdk skola..mcm aku la kn bdk skola..

x..die mcm pngganti kaka..i2 dlu la..

dan i2 ats insentif pmain sndiri..perbaiki diri sniri..

rafa smbung kontrak sbb die n owner tlh mmbuat satu prjanjian akan ttp tlh dikhianati oleh owner sndiri..

cr la apa prjanjian i2..

aku ni mentaliti cm bdk skola..

x leh kritik bnyk2..

mgkn org yg lbh terpelajar shj yang bleh kritik bnyk2..

Anonymous said...

saudara/saudari takut nk ltk nama...

aku bkn backup rafa..tp aku x slhkan die 100%..

dan kdg2 aku akan menyalahkan die trutama tragedi kekalahan dgn 3-1 dgn fulham tmpoh hr..

tp..

jgn jdkan manager i2 kambing hitam ats keslahan org lain juga..

dr mentaliti bdk skola..

Anonymous said...

Dalam pasukan Liverpool, ada 3 orang pemain sahaja yang tak pernah miss satu game premiership pun, Reina, Kuyt dan Lucas.

Pasal Reina tu, saya no komen la..tapi saya tak faham kenapa mesti Rafa turunkan Lucas dan Kuyt setiap perlawanan, walhal prestasi mereka tak bagus pun. Dan walau tak bagus pun, mereka tetap diturunkan.

Saya lebih menyokong pendapat-pendapat yang meletakkan kesalahan kepada Rafa. Samada Rafa pilih kasih ataupun Rafa memang sudah expire sebagai manager yang berkualiti.

Anonymous said...

adat coach dan manager klh dprsalahkan..

mng..pemain bagus..

besa la 2..

dunia..