Thursday, November 11, 2010

BPL : Mata Berharga Dari DW Stadium

Setelah bermain dengan baik ketika menang di dalam empat perlawanan sebelum ini, Liverpool akhirnya disekat oleh Wigan a.k.a The Latics pada awal pagi semalam. Walaupun bermula dengan baik dengan mendahului 1-0 melalui Fernando Torres pada separuh masa pertama, Wigan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 melalui Rodallega di awal separuh masa kedua. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 namun kredit harus diberikan kepada pemain-pemain Liverpool yang bertungkus-lumus bertahan pada separuh masa kedua. Wigan lebih berhak untuk menang pada perlawanan ini namun pemain-pemain Liverpool berjaya menafikan mereka daripada mengutip mata penuh. Diserang secara bertubi-tubi daripada segenap arah pada separuh masa kedua telah menunjukkan Wigan lebih menguasai perlawanan ini berbanding Liverpool. Walaupun Gerrard mempunyai dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun jelas beliau kelihatan amat keletihan. Tindakan Uncle Roy menurunkan barisan yang sama ketika bermain di Anfield pada hari Ahad lalu hampir memakan diri. Ini disebabkan pemain-pemain Liverpool kelihatan terlalu letih terutama sekali di separuh masa kedua. Masa rehat yang terlalu singkat di antara perlawanan BPL (lebih kurang 3 hari) menjadi penyebab utama pemain-pemain Liverpool keletihan dan tidak dapat bermain dengan baik. Jika bermain di Liga Europa pun, perlawanan akan berlangsung pada awal pagi Jumaat berbanding dengan awal pagi Khamis untuk perlawanan BPL. Mungkin dengan beberapa pemain yang lebih mempunyai tahap kecergasan yang lebih baik (cth Babel, Ngog, Jova, Pacheco), Liverpool mampu bermain dengan lebih baik pada perlawanan ini. Uncle Roy mungkin mahu mengekalkan persefahaman pemain-pemain kesebelasan utama beliau lalu membuat pilihan untuk mengekalkan mereka. Namun itu semua hanyalah satu kemungkinan dan kita tidak harus lupa, ada juga kemungkinan walaupun pemain-pemain yang diturunkan itu cergas tetapi itu tidak menjamin mereka juga mampu bermain dengan baik.

Kita semua kecewa dengan satu mata yang dibawa pulang dari DW Stadium namun jangan sesekali kita menafikan usaha yang dilakukan oleh pemain-pemain Liverpool pada perlawanan ini kerana jika tiada usaha sedikit pun, jangankan satu mata tetapi habuk pun tidak akan berjaya dibawa pulang ke Anfield. Dengan satu mata berharga inilah Liverpool masih mengekalkan kedudukan di tangga kesembilan BPL dan masih meneruskan usaha untuk mendaki tangga liga. Satu mata di tempat lawan bukanlah hasil yang kita semua harapkan namun kita harus faham perlawanan di tempat lawan adalah sukar dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Diharapkan Uncle Roy dapat menggunakan strategi yang lebih baik pada perlawanan menentang Stoke di tempat lawan pada hari Sabtu nanti. Stoke adalah sama seperti Wigan, mereka adalah antara pasukan yang cukup sukar dan liat untuk ditundukkan di kandang mereka sendiri. Jadi kita perlu lebih bersedia untuk perlawanan ini dengan taktikal serta strategi yang lebih mampan bagi membendung asakan daripada mereka. Kepada rakan-rakan sekalian, jangan kecewa kerana perjuangan kita masih jauh dan kita semua harus memberikan lebih banyak sokongan kepada Liverpool. Alah Bisa, Tegal Biasa.



YNWA

Tuesday, November 2, 2010

Hodgson : Tumpukan Pada Tugas

Apa motifnya bila pengurus Liverpool Roy Hodgson mengeluarkan kenyataan yang kurang menyenangkan terhadap bekas boss Liverpool Rafael Benitez? Hodgson menyatakan Kenny Dalglish tidak dibenarkan menjejakkan kaki di Melwood semasa Rafa menjadi pengurus Liverpool. Bukankah kenyataan sebegini seolah-olah mahu mencari perbalahan dengan Rafa sedangkan bekas pengurus Liverpool tersebut tidak pula membuat sebarang kenyataan negatif mengenai Hodgson yang kini menerajui Liverpool. Hasilnya Rafa mengeluarkan kenyataan media menyatakan Hodgson tidak mengetahui perkara yang sebenarnya berlaku di Anfield pada ketika itu. Rafa juga mengatakan Hodgson sepatutnya menumpukan tugas yang kini menjadi tanggungjawab beliau di Anfield sekarang iaitu mengembalikan kegemilangan Liverpool yang semakin pudar. Secara peribadi saya bersetuju dengan pendapat Rafa, daripada sibuk bermain api dengan kenyataan media yang bukan-bukan, lebih baik memperkuatkan usaha untuk memperbaiki persembahan Liverpool di atas padang. Jika berniat untuk mengalihkan perhatian media daripada fokus kepada prestasi Liverpool, tindakan sebegini bukanlah caranya. Sedangkan King Kenny sendiri amat profesional di dalam penampilan beliau di media (tidak mengeluarkan kenyataan/pendapat yang negatif mengenai Liverpool), Hodgson perlu lebih bersikap melindungi kelab daripada sebarang kontroversi media. Kepada Hodgson, apa yang berlaku di era Rafael Benitez tidak perlu diungkit lagi kerana setiap pengurus Liverpool yang sebelum ini pasti akan melakukan yang terbaik untuk kelab. Apa perasaan anda jika pengurus baru Liverpool selepas ini asyik menghentam anda di media? Elakkan sengketa kerana perbuatan ini jelas tidak menguntungkan Liverpool.


YNWA

Wednesday, October 13, 2010

LFC : Mahkamah Tamatkan Keangkuhan G&H

Akhirnya mahkamah membenarkan RBS meneruskan penjualan Liverpool FC kepada New England Sport Ventures (NESV). Dengan ini menghalang sebarang usaha pemilik Liverpool G&H untuk menafikan proses tersebut. Hari yang gembira untuk semua penyokong Liverpool kerana dengan pengambilalihan oleh NESV ini maka Liverpool FC tidak lagi akan menanggung hutang dengan RBS dan juga tidak ditolak 9 mata oleh Liga Perdana. Walaupun G&H masih boleh membuat rayuan kepada mahkamah namun itu tidak akan menghalang proses penjualan ini daripada berlaku. Kini semua pihak yang terbabit dengan Liverpool boleh menarik nafas lega dan semua boleh menumpukan perhatian untuk memperbaiki prestasi Liverpool di atas padang. Biarlah semua yang berlaku ini bakal memberi pengajaran kepada Liverpool agar lebih berhati-hati di masa hadapan. Bagi NESV, peringatan kepada anda agar jangan bersikap seperti G&H kerana kami semua para penyokong Liverpool pasti tidak akan berdiam diri jika perkara yang sama akan berlaku selepas ini. Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak pengurusan Liverpool. Harapnya masa depan Liverpool kembali cerah dan langit tidak lagi mendung buat kita semua!!!!


YNWA

Wednesday, October 6, 2010

LFC : Dijual Tetapi Perang Belum Berakhir

Laman rasmi Liverpoolfc.tv telah mengesahkan bahawa lembaga pengarah Liverpool telah bersetuju untuk menerima tawaran pengambilalihan kelab daripada konsotium New England Sports Ventures (NESV). Walau bagaimanapun penjualan ini tidak dipersetujui oleh pemilk sekarang iaitu Hicks dan Gillett. Dengan itu mereka telah membawa usul ini ke mahkamah bagi menghalang penjualan Liverpool kepada pemilik baru. Diberitakan Hicks dan Gillett cuba memecat Christian Purslow dan Ian Ayre daripada lembaga pengarah Liverpool namun tidak berjaya dan mereka masih mahu berbuat sedemikian melalui mahkamah. Hicks dan Gillett mahu menggantikan Purslow dan Ayre dengan Mack Hicks dan Lori Kay McCutcheon bagi mendapatkan kembali kuasa veto di dalam lembaga pengarah. Penjualan ini belum lagi muktamad sehinggalah pihak Liga Perdana mengesahkan tiada lagi masalah di dalam lembaga pengarah Liverpool yang boleh menghalang penjualan ini. Kita sama-sama saksikan sejauh mana Hicks dan Gillett mampu bertahan dengan tarikh akhir pinjaman mereka dengan RBS akan berakhir pada 15 Oktober nanti. Harapnya ada berita baik yang mampu diraikan oleh peminat-peminat Liverpool di seluruh dunia sebelum menjelangnya perlawanan menentang Everton nanti.


YNWA

Friday, September 17, 2010

Redknapp : Reds Atau Spurr?

Tidak salah untuk mengkritik pemain Liverpool tetapi janganlah terlalu berlebihan sehingga menafikan sumbangan pemain tersebut kepada Liverpool, lebih-lebih lagi pemain penting seperti Fernando Torres. Agak mengecewakan apabila bekas pemain seperti Jamie Redknapp yang menghamburkan kritikan yang terlalu pedas seolah-olah Torres tidak boleh melakukan kesalahan langsung di atas padang. Perlu diingatkan Torres kini sedang membina kembali kecergasan beliau di atas padang setelah mengalami kecederaan yang agak teruk di penghujung musim lepas. Pada Piala Dunia bersama-sama Sepanyol pun, Torres masih lagi berada di peringkat pemulihan dan jelas tidak dapat beraksi pada tahap terbaik. Kadang-kadang sebagai peminat, terfikir juga apa muslihat Redknapp, mahu terus menyokong Liverpool atau membantu bapanya di spurr untuk melingkupkan Liverpool? Tepuk Dada, tanyalah selera Redknapp!!!


YNWA

Thursday, September 2, 2010

Torres : Jangan Lambatkan Pemilik Baru

Penyerang utama Liverpool Fernando Torress a.k.a El Nino mahu pengurusan Liverpool mempercepatkan usaha untuk mencari pemilik baru. Torres berpendapat adalah penting bagi Liverpool untuk mendapat pemilik baru kerana beliau yakin Liverpool akan menjadi lebih kompetatif bila pemilikan kelab bertukar tangan. Liverpool tidak jauh daripada pasukan-pasukan utama lain di liga inggeris dan Torres yakin mereka bersedia untuk mencabar pada musim baru ini. Dengan mengekalkan Steven Gerrard, Liverpool masih lagi sebuah pasukan yang perlu digeruni, tambah Torres lagi. Terlalu banyak dolak-dalik yang cuba dilakukan oleh pemilik sekarang, mereka masih cuba mengaut keuntungan yang melampau walaupun sebelum ini telah ada pelabur yang mahu membeli Liverpool. Tapi kita semua usah risau, jika pemilik sekarang masih berdegil dan tidak mahu melepaskan Liverpool kepada pemilik baru, mereka akan tahu langit itu tinggi atau rendah apabila tempoh pinjaman mereka tamat pada 6 Oktober 2010 nanti. Pada ketika itu, The Royal Bank of Scotland (RBS) akan menuntut hutang berjumlah 237 juta pound daripada mereka. Jika mereka gagal untuk menyelesaikan hutang ini, maka RBS akan menguasai Liverpool dan mencari pembeli baru yang boleh menyelesaikan hutang mereka ini. Kita sama-sama saksikan nanti bagaimana mereka mahu melepaskan diri nanti. Mahu tambah lagi masa untuk bayar hutang dengan RBS? Rasanya sukar kerana RBS telah memanjangkan tempoh untuk mereka sebelum ini. Jika Torres pun meminta pemilik baru untuk Liverpool maka daripada para peminat Liverpool di seluruh dunia, sila berambus keluar dari Anfield!!!


YNWA

Saturday, August 28, 2010

LFC : Meireles Dan Konchesky


Liverpool diberitakan telah bersetuju dengan Fulham dan Porto untuk perpindahan Paul Konchesky dan Raul Meireles ke Anfield. Konchesky dibeli dengan harga 4 juta pound manakala Meireles pula berharga 10.7 juta pound. Sedikit kelegaan buat para peminat Liverpool setelah banyak berita kurang baik diterima kebelakangan ini. Tindakan pantas daripada Uncle Roy. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi dari kelab di dalam masa terdekat ini.


YNWA

Monday, August 23, 2010

Poulsen : Kukuhkan Bahagian Tengah

Biodata

Nama Penuh : Christian Bager Poulsen a.k.a Christian Poulsen

Tarikh Lahir : 28 February 1980 (1980-02-28)

Umur : 30

Tempat Lahir : Asn├Žs, Denmark

Tinggi : 1.83 m

Posisi : Tengah

Kelab : Liverpool

Jersi : 28


Penampilan Karier : 349

Jaringan : 31

Antarabangsa

Denmark

Penampilan 77 Jaringan 6


CHRISTIAN BAGER POULSEN

Selamat Datang Ke Anfield!!!


YNWA

Wednesday, August 18, 2010

ROYVOLUTION : Brad Sedia Saingi Reina

Biodata

Nama Penuh : Bradley Scott Jones a.k.a Brad Jones
Tarikh Lahir : 19 March 1982 (1982-03-19)
Umur : 28
Tempat Lahir : Armadale, Australia
Tinggi : 1.91 m
Posisi : Penjaga Gol
Kelab : Liverpool
Jersi : -
Penampilan Karier : 93
Jaringan : -

Antarabangsa

Australia U20
Penampilan 1 Jaringan 0
Australia U23
Penampilan 6 Jaringan 0
Australia
Penampilan 2 Jaringan 0


BRADLEY SCOTT JONES
Selamat Datang Ke Anfield!!!


YNWA

Thursday, August 12, 2010

Carragher : Mahu Tamatkan Karier Di Anfield

Mr Liverpool Jamie Carragher a.k.a Carra kini hampir pasti kekal di Anfield dan menamatkan karier bolasepaknya bersama-sama Liverpool. Pemain pertahanan Liverpool ini menegaskan beliau tidak berminat untuk berhijrah ke mana-mana pasukan walaupun ditawarkan untuk berbuat sedemikian. Dengan Uncle Roy memberitahu beliau dan pihak pengurusan Liverpool kini bersedia untuk menawarkan kontrak baru kepada Carra, maka hajat pemain yang baru dinobatkan ke dalam Hall Of Fame Liverpool bersama-sama Steven Gerrard pasti akan tercapai. Carra kini sudah beraksi selama 15 musim bersama-sama Liverpool dan beliau dijangkakan masih mampu beraksi secara kompetatif selama 3-4 musim lagi di Anfield.


YNWA

Tuesday, August 10, 2010

Mascherano : Ada Yang Cuba Tawar Menawar

Kelakar pula bunyinya apabila presiden Inter Milan meminta Liverpool mengurangkan harga perpindahan untuk pemain tengah Javier Mascherano. Tidak logik untuk mengurangkan harga Mashcerano kerana Liverpool sendiri membayar 18 juta pound kepada West Ham untuk mendapatkan khidmat beliau. Harga 25 juta pound yang diletakkan itu dikira rendah untuk mendapatkan seorang pemain antarabangsa yang juga merupakan kapten pasukan Argentina. Dengan Liverpool yang telah memberikan lampu hijau untuk Mascherano berpindah dan jika tiada kelab yang mampu membayar yuran perpindahan beliau maka berkemungkinan beliau akan kekal di Anfield. Samada untuk bermain di kesebelasan utama atau tidur di bangku simpanan, Uncle Roy akan menentukannya nanti. Rata-rata peminat Liverpool mahukan Mascherano meninggalkan Anfield kerana sikap beliau yang kini tidak lagi komited kepada The Reds. Kepada presiden Inter Milan, sila gadai semua harta yang ada untuk membeli Mascherano. Jika tidak berduit, jangan bergebang untuk mendapatkan pemain terbaik.


YNWA

Wednesday, August 4, 2010

Torres : Setiaku Bersama Liverpool

Torres komited kepada Liverpool dan tidak sabar untuk memulakan musim baru bersama rakan-rakan sepasukan yang lain. Kepada yang berhajat untuk membida Torres, cukup-cukuplah bermimpi tuh dan sila cermin muka sendiri. Duit bukan segalanya di dalam permainan bolsepak. Masih ada pemain yang setia kepada kelab walaupun jumlahnya semakin berkurangan.


YNWA

Monday, August 2, 2010

Insua : Masih Teka-Teki

Apakah nasib pemain pertahanan muda Liverpool ini? Beliau ditendang ke sana dan kemari seperti bola di dalam urusan perpindahan beliau ke Itali. Setakat ini, kedudukan beliau di Liverpool masih belum terjawab. Ramai peminat Liverpool tidak mahu beliau berpindah a.k.a dijual kerana nampak potensi pemain muda Argentina ini. Uncle Roy menyatakan perpindahan Insua tidak membabitkan beliau kerana perjanjiannya telah dipersetujui sebelum beliau tiba di Anfield. Ke mana arah tuju Insua? Kekal di England atau angkat kaki ke Itali? Kami, peminat Liverpool mahukan anda kekal di Anfield.


YNWA

Friday, July 30, 2010

Europa : Musim 2010/2011 Bermula

Tahniah kepada skuad Liverpool yang berjaya menang ke atas FK Rabotnicki 2-0 melalui dua jaringan David Ngog di dalam perlawanan kelayakan Liga Europa di Macedonia pada awal pagi tadi. Tahniah juga kepada Uncle Roy kerana bermula dengan baik di dalam perlawanan kompetatif pertama bersama-sama skuad Liverpool. Langkah kanan bak kata orang dulu-dulu. Perlawanan ini juga menandakan bermulanya musim Liverpool untuk penggal 2010/2011. Ramai peminat yang gembira dan tak kurang juga yang memuji persembahan Liverpool pada perlawanan ini. Namun harus diingatkan, Rabotnicki bukanlah lawan yang boleh menguji kemampuan sebenar Liverpool. Bukan memandang rendah keupayaan kelab Macedonia ini tetapi kita harus ingat cabaran lebih besar menanti Liverpool pada musim baru ini. Namun bermula dengan kemenangan adalah satu kelebihan moral kepada skuad Liverpool. Ayuh! Teruskan perjuangan The Reds!


YNWA

Wednesday, July 28, 2010

Rodriguez : Perlukah Dilepaskan?

Antara pemain yang cukup baik untuk Liverpool pada musim lepas. Walaupun hanya menyertai kelab pada bulan Januari yang lalu, Maxi memberikan persembahan yang baik sebagai seorang pemain baru EPL. Kenapa beliau perlu dijual atau dipinjamkan pada musim yang baru ini? Masalah kuota EPL? Masalah berkaitan Mascherano? Atau hanya sekadar spekulasi? Uncle Roy perlu segera menjawab pertanyaan para peminat ini.


YNWA

Monday, July 26, 2010

Van der Vaart : Berminat Ke Liga Perdana

Jika kena dengan harga yang ditawarkan dan beliau sendiri amat berminat ke Liga Perdana, apa salahnya Uncle Roy menjenguk sekejap ke Sepanyol untuk melihat pemain ini?


YNWA

Saturday, July 24, 2010

Jansen : Ganti Kepada Insua?

Uncle Roy, Ada Brani angkat mamat ni dari Hamburg?


YNWA

Friday, July 23, 2010

Hyppia : Pemain - Jurulatih The Reds?

Al Kisahnya memberitahu Uncle Roy dikatakan berminat untuk mendapatkan kembali khidmat bekas pemain pertahanan Liverpool, Sami Hyypia. Uncle Roy mahu Hyypia berkhidmat sebagai pemain-jurulatih di dalam skuad Liverpool. Jika benar perkara ini akan berlaku, ianya pasti satu berita yang menggembirakan para peminat Liverpool di seluruh dunia. Persoalannya, adakah lagenda Liverpool itu mahu kembali ke Anfield setelah melalui musim yang baik di Bundesliga?


YNWA

Thursday, July 22, 2010

ROYVOLUTION : Wilson Bakal Mengegar Anfield

Biodata

Nama Penuh : Daniel Wilson a.k.a Danny Wilson
Tarikh Lahir : 27 December 1991 (1991-12-27)
Umur : 18
Tempat Lahir : Livingston, Scotland
Tinggi : 1.87 m
Posisi : Pertahanan Tengah, Kiri
Kelab : Liverpool
Jersi : -
Penampilan Karier : 24
Jaringan : 1

Antarabangsa

Scotland U17
Penampilan 4 Jaringan 1

Scotland U19
Penampilan 8 Jaringan 0


DANIEL WILSON
Selamat Datang Ke Anfield!!!


YNWA

Wednesday, July 21, 2010

LFC : 14 Hari Mencari Setia

Gerrard telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama Liverpool.
Torres bila lagi?


YNWA

Tuesday, July 20, 2010

ROYVOLUTION : Cole Tiba Di Anfield

Biodata

Nama Penuh : Joseph John Cole a.k.a Joe Cole
Tarikh Lahir : 8 November 1981 (1981-11-08)
Umur : 28
Tempat Lahir : Paddington, London, England
Tinggi : 1.76 m
Posisi : Sayap, Tengah
Kelab : Liverpool
Jersi : 10
Penampilan Karier : 423
Jaringan : 53

Antarabangsa

England U21
Penampilan 2 Jaringan 0
England
Penampilan 56 Jaringan 10


JOSEPH JOHN COLE
Selamat Datang Ke Anfield!!!



YNWA

Monday, July 19, 2010

Hodgson : Amanat Pertama

Dengar sini semua murid-murid ...
Sasaran utama Liverpool di musim baru nanti adalah untuk memperbaiki pencapaian di Liga Perdana Inggeris ...
Piala-piala yang lain tu kira bonus aja kalu buleh pegi jauh ...
Kita tak buleh tamak-tamak di musim baru nanti ...
Kang melepas semua, habuk pun tarak ...


YNWA

Friday, July 16, 2010

Gerrard : Siapa Tua?


Perez, rasanya ko tu lebih tua!!!


YNWA

Wednesday, July 14, 2010

Torres : FT9 = LIVERPOOL = EL NINO


Gambar Menceritakan Segalanya ...
Kami Menanti Kepulanganmu Ke Anfield ...


YNWA

Monday, July 12, 2010

Jovanovic : Menambah Sengat Serangan

Milan Jovanovic
Selamat Datang Ke Anfield


YNWA

Thursday, July 8, 2010

Ruiz : Antara Sasaran Awal Hodgson

Boss baru Liverpool Roy Hodgson tanpa membuang masa selepas perlantikan beliau pada minggu lepas terus meninjau pasaran perpindahan pemain. Hodgson dikatakan telah memulakan rundingan dengan kelab FC Twente untuk mendapatkan pemain sayap Costa Rica iaitu Bryan Ruiz. Hodgson bersedia untuk meletakkan bidaan sebanyak 13 juta pound bagi mendapatkan khidmat Ruiz. Kini Boss baru Liverpool ini dilaporkan masih berunding dengan kelab Belanda tersebut dan beliau telah membuat bidaan permulaan sebanyak 10 juta pound untuk mendapatkan Ruiz. Dijangkakan Hodgson akan meningkatkan lagi tawaran beliau untuk mendapatkan Ruiz.

Siapakah Ruiz? Beliau merupakan pemain antarabangsa skuad Costa Rica dan boleh bermain di posisi sayap, penyerang sokongan dan juga penyerang utama. Beliau kini berusia 24 tahun dan mempunyai ketinggian 1.86 meter. Sebelum menyertai FC Twente, Ruiz bermain untuk kelab Belgium iaitu Gent. Beliau menyertai FC Twente dengan bayaran perpindahan sebanyak 4.5 juta pound pada tahun 2009. Pada musim 2009 dimana FC Twente menjadi juara Eredivisie Belanda dibawah kendalian pengurus England Steve Mclaren, Ruiz menjaringkan 24 gol di dalam 34 penampilan untuk Twente. Satu jumlah yang cukup baik untuk pemain yang baru menyertai liga Belanda.


YNWA

Monday, July 5, 2010

Hodgson : Bermulanya Era Baru


ROY HODGSON
SELAMAT DATANG KE LIVERPOOL


YNWA

Wednesday, June 23, 2010

Dalglish : Komited Selamatkan The Reds


Perkhabaran terbaru yang diterima dari Anfield menyatakan lagenda Liverpool Kenny Dalglish kini telah bersedia untuk meninggalkan kelab jika pihak pengurusan mengambil keputusan untuk melantik pengurus Fulham, Roy Hodgson untuk menggantikan Rafa Benitez sebagai pengurus baru Liverpool. Pihak pengurusan Liverpool telah menegaskan bahawa peranan Dalglish bersama-sama pengarah urusan Christian Purslow untuk mencari pengurus baru Liverpool tidak melayakkan beliau sendiri untuk dilantik sebagai pengurus Liverpool. Walaupun begitu Dalglish sendiri dikatakan tidak bersetuju dengan pilihan pihak pengurusan (lembaga pengarah) Liverpool iaitu Hodgson dan beliau tidak dapat menyokong keputusan mereka ini meskipun Dalglish bersahabat baik dengan pengurus Fulham tersebut. Dalglish juga yakin beliau mampu mengemudi Liverpool di saat sukar yang yang kini dilalui oleh gergasi dari Anfiled ini. Walaupun kekurangan dana untuk membeli pemain baru serta masalah dengan pemilikan kelab yang tidak kunjung sudah, Dalglish dikatakan komited untuk membantu Liverpool. Jika Liverpool kehilangan Dalglish apabila Hodgson dilantik sebagai pengurus baru Liverpool, pengarah urusan Christian Purslow pasti akan terasa bahangnya kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Dalglish.

Persoalan yang masih belum terjawab adalah kenapa pihak pengurusan Liverpool dilihat seperti cuba mengelak daripada melantik Dalglish sebagai pengurus baru Liverpool? Bermacam-macam alasan yang diberikan oleh mereka apabila ditanya mengenai kedudukan Dalglish di Anfield. Saya melihat tindakan Dalglish untuk keluar dari Anfield (jika terjadi) bukan kerana merajuk atau membawa diri kerana tidak dipilih untuk mengemudi Liverpool tetapi lebih kepada tanda protes kepada pihak pengurusan yang semakin kurang prihatin terhadap kedudukan kelab. Saya akui Hodgson merupakan pengurus yang baik untuk mengemudi Liverpool tetapi jika kita mempunyai pilihan yang sebaik Dalglish, kenapa perlu dilihat ke tempat yang lebih jauh? Bukan berniat untuk menidakkan peluang Hodgson sebagai pengurus Liverpool kerana beliau juga layak untuk mengisi kerusi panas yang dikosongkan Benitez ini. Perlu diingatkan Dalglish adalah antara pengurus terbaik yang dapat mengenalpasti pemain-pemain muda yang berpotensi di England. Dalglish mungkin mengambil sedikit masa untuk memulihkan Liverpool tetapi perkara yang paling penting adalah untuk menstabilkan kelab di saat yang sukar sekarang ini. Bermula daripada itu, perancangan untuk memulihkan Liverpool boleh direncanakan mengikut idea Dalglish sendiri.

Secara peribadi saya berpendapat pihak pengurusan Liverpool (lembaga pengarah) berkemungkinan mahu mengelakkan peristiwa yang sama berulang kembali jika melantik pengurus yang cukup berpengaruh di kalangan peminat sepertimana yang berlaku kepada Rafa Benitez. Jika reaksi ke atas pemecatan Benitez menimbulkan kemarahan para peminat Liverpool di Anfield, bagaimana agaknya reaksi peminat (yang kini menyokong sepenuhnya perlantikan Dalglish) jika Dalglish pula mengalami nasib yang serupa? Alasan untuk mencari pengurus yang kini masih aktif di dalam bidang pengurusan bolasepak hanyalah sebagai gimik untuk menidakkan peluang Dalglish untuk mengemudi Liverpool. Seperti yang kita semua sedia maklum, Dalglish mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai pemain dan juga sebagai seorang pengurus. Selain daripada rekodnya yang cukup baik sebagai pemain/pengurus Liverpool, Celtic, Blackburn Rovers serta Newcastle, adakah kita sudah boleh menganggap kemahiran beliau sudah berkarat setelah sepuluh tahun meninggalkan dunia pengurusan bolasepak? Bak kata Jamie Redknapp, Dalglish masih mengikut perkembangan dunia bolasepak walaupun kini tidak lagi menjadi seorang pengurus. Dalglish selain masih menghadiri perlawanan yang membabitkan Liverpool, masih arif dengan sepak terajang dunia bolasepak (terutama Liverpool) kerana beliau bukanlah bersara sepenuhnya daripada bolasepak. Jika saya bertanya kepada rakan-rakan sekalian, siapa yang lebih mengenali asam garam Liverpool, Hodgson ataupun Dalglish?


YNWA

Tuesday, June 15, 2010

Mascherano : Belajar Bahasa Itali

Nampaknya seperti bermain dengan api, Kapten Argentina dan juga pemain tengah Liverpool Javier Mascherano telah mengeluarkan kenyataan yang kurang enak di kala keadaan kelab yang tidak menentu sekarang ini. Mascherano yang kini dikaitkan dengan kelab kelab Itali Inter Milan dibawah kendalian bekas pengurus Liverpool Rafa Benitez. Memburukkan lagi keadaan ini Mascherano mengakui beliau kini sedang mempelajari bahasa Itali di Piala Dunia Afrika Selatan. Media Itali dan juga England menggambarkan perpindahan ke kelab Itali tersebut sebagai sesuatu yang hampir pasti berlaku apabila Mascherano masih belum mahu menandatangani kontrak baru bersama-sama Liverpool walaupun ditawarkan 100 ribu pound seminggu sebelum ini. Mascherano mengambil langkah tunggu dan lihat sehingga kejohanan Piala Dunia berakhir pada pertengahan bulan Julai nanti. Keadaan ini pasti menimbulkan rasa kurang senang pihak Liverpool. Jika Mascherano benar-benar mahu meninggalkan Anfield, kita tidak harus menghalang kerana tiada guna untuk mengekalkan pemain yang tidak lagi berminat untuk mewakili Liverpool. Cuma perlu dipastikan harga yang diperplehi daripada penjualan beliau melebihi pelaburan 18 juta pound yang dikeluarkan untuk yuran perpindahannya sebelum ini. Dan perkara yang paling penting adalah memastikan wang yang diperolehi daripada penjualan Mascherano (jika berlaku) boleh dilaburkan untuk mendapatkan pengganti yang lebih baik daripada beliau.


YNWA

Wednesday, June 9, 2010

Dalglish : Pilihan Terbaik Liverpool

Lagenda Liverpool Kenny Dalglish a.k.a King Kenny diberitakan mahu dikeluarkan daripada panel pemilihan pengurus baru Liverpool. Dalglish kini dilaporkan berminat untuk mengemudi kembali Liverpool menjelang musim baru nanti. Kelab dari Anfield ini sedang giat untuk mencari pengganti kepada Rafa Benitez yang telah melepaskan tugas beliau sebagai pengurus Liverpool sebelum ini dan Dalglish serta pengarah urusan Christian Purslow diberikan tugas untuk mencari pengganti Benitez. Desas-desus ini timbul apabila sasaran utama Liverpool Roy Hodgson masih mahu kekal bersama Fulham di London dan ini menyebabkan Dalglish berminat untuk menabur bakti kepada Liverpool. Dalglish sebelum ini pernah menjadi pengurus Liverpool daripada tahun 1985 hingga 1991 dan selepas itu mengambilalih tugas pengurus di Blackburn, Newcastle dan juga Celtic. Beliau kembali ke Anfield pada tahun lepas dan menjalankan tugas sebagai duta Liverpool selain daripada mengawasi program pembangunan pemain-pemain muda di Akademi Liverpool. Tiada calon yang lebih sesuai untuk menggantikan Benitez di Anfield selain Kenny Dalglish. Beliau mempunyai pengaruh yang cukup kuat untuk kembali menstabilkan Liverpool yang dilihat terumbang-ambing sekarang ini. Persoalannya, mahukah dua ekor petualang besar tersebut melantik King Kenny sebagai pengurus Liverpool? Mereka pasti sedar pengaruh King Kenny yang lebih besar daripada Rafa Benitez di Anfield akan mudaratkan mereka di kemudian hari.


YNWA

Saturday, June 5, 2010

Rafa : Patah Tumbuh Hilang Berganti


GRACIAS RAFA BENITEZ
JASAMU TETAP DIKENANG


YNWA

Thursday, May 27, 2010

Tardelli : Pilihan Dari Brazil

Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang kelab Atletico Mineiro Diego Tardelli. Liverpool dijangkakan akan menawarkan 6 juta pound kepada kelab tersebut bagi mendapatkan Tardelli. Penyerang berusia 25 tahun ini telah beraksi dengan cukup cemerlang untuk kelab yang bergelar Belo Horizonte ini, membuat 33 kemunculan dan menjaringkan 19 gol untuk pada musim ini. Tardelli sebelum ini pernah beraksi untuk Real Betis dan juga PSV Eindhoven telah dinamakan antara pemain yang berada di dalam senarai 7 pemain simpanan untuk skuad 23 orang pemain antarabangsa Brazil yang bakal beraksi di Piala Dunia Afrika Selatan dibawah kelolaan pengurus Dunga. Sedikit halangan untuk Rafa Benitez jika berhajat untuk mendapatkan khidmat Tardelli kerana West Ham turut dilaporkan berminat untuk mendapat beliau. Dengan dana yang terhad, Tardelli adalah sasaran yang realistik bagi memperkuatkan barisan serangan Liverpool. Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau tetapi pemain sebeginilah yang selalunya menjadi sasaran Rafa Benitez disebabkan oleh Tardelli mungkin tidak menarik perhatian pasukan utama yang lain. Namun jika terlambat dan membiarkan beliau ke Piala Dunia dahulu, harga perpindahan beliau pasti meningkat jika beraksi cemerlang di Piala Dunia nanti.


YNWA

Wednesday, May 26, 2010

Milner : Minat Ke Anfield

Pemain tengah Aston Villa dan juga England James Milner memberitahu rakannya jika beliau diberi pilihan, maka Liverpool pasti akan menjadi destinasi idamannya. Walaupun citeh dan mengyu dikatakan sibuk untuk mendapatkan Milner, pemain berusia 24 tahun ini masih menyimpan harapan untuk mewakili Liverpool. Sementara itu pengurus Villa Martin O’Neill telah meletakkan yuran perpindahan sebanyak 40 juta pound ke atas Milner di dalam usaha beliau untuk memastikan Milner tidak menjadi sasaran kelab-kelab lain. O’Neill adalah antara nama-nama awal yang dikaitkan untuk mengambilalih tugas Rafa Benitez di Anfield jika pengurus berbangsa Sepanyol itu mahu beralih angin dari Liverpool pada musim panas ini. Faktor ini juga dilihat sebagai penarik kepada Milner untuk beraksi di Anfield. Sumber terdekat dengan Milner menyatakan disebabkan beliau dilahirkan di Leeds, maka beliau pasti tidak akan mewakili kelab daripada Manchester dan kelab yang sesuai dengan jiwa Milner hanyalah Liverpool. Sepatutnya Liverpool bertindak lebih awal untuk mengambil Milner iaitu ketika beliau bermain dengan Newcastle pada dua musim yang lepas. Tetapi sikap yang teragak-agak pengurusan Liverpool menyebabkan beliau memilih untuk mewakili Aston Villa. Milner adalah antara pemain England di liga perdana inggeris yang cukup menyerlah pada musim ini. Dan untuk mendapatkan khidmat beliau, pasti memerlukan kos yang cukup tinggi bagi menyakinkan Villa supaya melepaskan beliau.


YNWA

Tuesday, May 25, 2010

Aurelio : Terima Kasih Daun Keladi

Pemain pertahanan Liverpool daripada Brazil Fabio Aurelio telah menolak tawaran kontrak baru daripada Liverpool. Aurelio telah menolak tawaran kontrak bayaran berasaskan jumlah permainan yang disertai beliau dan akan meninggalkan Anfield pada awal bulan Jun nanti. Pengurus Liverpool Rafa Benitez mengesahkan perkara tersebut dan beliau mengucapkan terima kasih di atas khidmat Aurelio semasa berada di Anfield. Punca utama penolakan kontrak oleh Aurelio adalah kerana beliau mahukan kontrak tetap yang lebih menjamin masa depan beliau. Liverpool pula tidak dapat menawarkan kontrak sedemikian kerana rekod kecederaan Aurelio yang berpanjangan. Pada musim ini, Aurelio bermula dengan kecederaan lutut ketika bercuti di Brazil. Pada bulan Februari yang lepas, beliau sekali lagi mengalami kecederaan yang menyebabkan beliau tidak mampu bermain hingga ke penghujung musim ini. Walau apapun yang berlaku kedua-dua pihak (Liverpool dan Aurelio) telah mengambil keputusan yang baik. Kepada Aurelio, terima kasih kami ucapkan di atas khidmat cemerlang anda di Anfield. Kami semua pasti mengingati tendangan percuma anda yang cukup berbahaya itu.


YNWA

Monday, May 24, 2010

Riera : Cabut Ke Jerman?

Kelab Bundesliga Jerman VfB Stuttgart kini bercadang untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Liverpool dari Sepanyol, Albert Riera. Pemain antarabangsa Sepanyol ini dilihat tidak akan kekal di Anfield dan dijangka beliau akan dijual pada musim panas ini. Riera yang sebelum ini menyerang Pengurus Liverpool Rafa Benitez serta pihak pengurusan Liverpool dengan menyatakan beliau tidak mendapat pembelaan sepenuhnya ketika berada di Anfield. Stuttgart dilaporkan akan menawarkan jalan keluar daripada Anfield kepada Riera setelah mendapat lampu hijau daripada Liverpool. Kelab Jerman ini yang kini diuruskan oleh Christian Gross sedang mencari pemain sayap kiri untuk pasukan itu dan Riera dilihat oleh Gross sebagai calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut. Mungkin tidak menjadi masalah untuk Stuttgart membayar yuran perpindahan yang yang diminta Liverpool namun adakah mereka mampu memenuhi kontrak yang bakal diminta oleh Riera nanti? Jangan peristiwa yang sama berulang kembali apabila permintaan melampau Riera menghalang beliau berpindah ke Rusia pada awal Januari yang lalu.


YNWA

Sunday, May 23, 2010

LFC : Duit Oh Duit

Di dalam satu pendedahan yang dibuat oleh Pengurus Liverpool Rafa Benitez, beliau memberitahu bahawa di sepanjang enam musim bersama-sama Liverpool, beliau telah membuat keuntungan kepada kelab di dalam urusan jual beli (perpindahan) pemain. Beliau yang dikritik hebat kerana dikatakan tidak berjaya membawa ramai pemain berkualiti ke Anfield di sepanjang enam musim tersebut. Menurut Rafa, ada sesetengah pihak yang mendakwa beliau telah membelanjakan duit kelab sebanyak 280 juta pound. Namun Rafa menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan jumlah sebenar yang dibelanjakan untuk membeli pemain adalah 220 juta pound. Rafa juga berjaya mendapatkan 160 juta pound daripada penjualan pemain dan perbelanjaan bersih beliau hanya 60 juta pound di sepanjang enam musim dengan purata perbelanjaan hanya 10 juta pound semusim. Satu jumlah pelaburan yang cukup kecil jika diukur daripada saiz sebuah kelab seperti Liverpool. Tambah Rafa, jika ditolak daripada pendapatan Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 120 juta pound (minimum) untuk enam musim maka Liverpool masih mempunyai keuntungan 60 juta pound di sepanjang enam musim beliau di Anfield. Jika benar apa yang dikatakan beliau, jelas Liverpool masih membuat keuntungan (belum lagi dikira jumlah penajaan yang diterima Liverpool serta pendapatan daripada media penyiaran) daripada kejohanan yang disertai kelab. Persoalan yang masih belum terjawab, ke mana perginya semua pendapatan ini?


YNWA