Wednesday, December 9, 2009

UCL : Melayan La Viola

Awal pagi ini bakal menyaksikan Liverpool turun menentang Fiorentina di dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah a.k.a perlawanan pemanas badan untuk Liga Europa. Saya tidak kisah siapa yang mahu Rafa turunkan tetapi inilah peluang terbaik untuk melihat aksi pemain-pemain muda Liverpool di atas padang. Menang atau kalah sudah tidak mempunyai makna buat Liverpool tetapi kita semua sebagai peminat mahukan kemenangan di Anfield sebelum menutup tirai Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini. Lagipun Fiorentina perlu menjelaskan hutang yang belum dibayar oleh mereka sebelum ini. Rayuan Lyon kepada Liverpool? Saya tidak boleh komen banyak kerana bak kata bro Amberan (LIVERPOOLKITA), politik bolasepak perlu difahami dengan lebih mendalam oleh para peminat, jika tidak sukar untuk kita membaca strategi setiap pasukan di atas padang. Jika dilihat pada keadaan sekarang, skuad Liverpool yang kini semakin hampir untuk bebas daripada masalah kecederaan yang tidak kunjung selesai. Saya berharap Rafa bertegas untuk menyimpan semua pemain-pemain utama Liverpool dan lebih fokus untuk menentang skuad senapang di Anfield pada hujung minggu nanti. Mereka pun sudah mula bergebang besar untuk menang di Anfield, terutama sekali kedengaran dari pemain pertahanan tengah mereka yang tidak pernah beraksi di Anfield. Vermaelen. Bagi saya ada juga bagusnya jika mereka bergebang besar, biarlah ianya menaikkan semangat pemain-pemain kita untuk bermain dengan lebih baik nanti. Debut sulung Aquaman? Saya masih ragu-ragu untuk mempercayai pemain tengah Itali ini bakal bermula ketika menentang Fiorentina ini, mungkin penampilan sebagai pemain gantian selama 20-30 minit akan menjadi pilihan Rafa. Diharapkan tiada pemain Liverpool yang cedera di dalam perlawanan yang kurang penting ini. Liverpool akan mengalami kerugian besar jika ada pemain utama yang diturunkan tetapi ditimpa kecederaan yang tidak terduga.


YNWA

3 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

harap aquilani la penyelamat kite...
masalah mid...

Anonymous said...

Benitez telah mencatat pencapaian demi pencapaian. Malam tadi benitez mencipta 2 pencapaian dalam 1.

Dengan kekalahan kepada Fiorentina, maka Liverpool telah mengutip mata paling sedikit dalam sejarah Liverpool di peringkat kumpulan di UCL.

Satu lagi pencapaian Benitez ialah Liverpool pertama kali kalah 2 perlawanan di Anfield dalam UCL secara berturutan.

Kepada yang masih menyokong Benitez, sila buka mata terhadap pencapaian Benitez, Tidak dinafikan Benitez ada mencapai kejayaan di awal kerjayanya sebagai pengurus Liverpool.

Tetapi kejayaan telah digantikan dengan kegagalan demi kegagalan. Liverpool telah gostan ke belakang mutakhir ini.

RABUN said...

kita silap dikala kita mengharap barisan muda liverpool diturunkan benitez menurunkan hampir kesemua pemain utama... he he sangat tak mengerti aku...

masih tak dapat infomasi ada yang tercedera ker tak?