Saturday, December 5, 2009

BPL : Bergusti Di Ewood Park

Perlawanan menentang Blackburn di Ewood Park pada malam ini pasti sengit. Awal-awal lagi sahabat baik si tua hidung merah, Allerdyce telah bergebang besar bersama-sama dengan penjaga gol mereka Robinson. Biarlah mereka dengan gebangan besar tersebut kerana semuanya akan ditentukan di atas padang bukan di mulut busuk mereka. Seperti musim-musim sebelum ini, Liverpool pasti akan menghadapi corak permainan tidak bertamadun Blackburn yang pasti akan cuba “bergusti” pada malam ini berbanding cuba bermain bolasepak di atas padang. Disebabkan keadaan ini, pengurus Liverpool Rafa Benitez pasti akan lebih berhati-hati dengan pemain yang diturunkannya. Penyerang utama Liverpool Fernando Torres dijangka akan berada di dalam skuad ke Ewood Park tetapi beliau akan mengisi bangku simpanan dan mungkin akan dimasukkan pada separuh masa kedua jika keadaan mendesak buat Liverpool. Manakala pemain tengah Itali, Alberto Aquilani juga tidak akan diturunkan di kesebelasan utama disebabkan Rafa mahu mengambil langkah berjaga-jaga dengan kecederaannya. Aquilani dijangkakan akan mengisi bangku simpanan pada malam ini dan jika beliau bernasib baik, penampilan di separuh masa kedua akan dibenarkan oleh Rafa. Jika dilihat kepada keseluruhan skuad Liverpool, Rafa telah mempunyai hampir kesemua pemain kesebelasan utamanya di dalam sesi latihan. Persoalan yang timbul hanyalah masa yang diperlukan untuk mengembalikan kecergasan mereka ke tahap terbaik. Saya amat berharap kita mampu melihat kesebelasan pemain terbaik pada malam ini setelah hampir berbulan skuad Liverpool ini dilanda oleh masalah kecederaan. Berikut adalah adalah barisan kemungkinan pemain kesebelsan utama yang bakal diturunkan oleh Rafa Benitez di dalam perlawanan ini.

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON AGGER CARRAGHER AURELIO

LUCAS MASCHERANO

BENAYOUN GERRARD RIERA

KUYT


Keputusan : 2-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard dan Benayoun.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro Super Sport Rangkaian 813

05/12/09 Jam 1055 Malam


YNWA

3 comments:

Anonymous said...

The earlier Rafa goes the better it will be to all genuine Liverpool fans. Rafa in the eyes of true fans is long finished.

Another draw vs Blackburn, eh?..Dont tell me that Liverpool were again unlucky.

Expect Rafa to offer the same boring excuses for the draw. And he will also say that the next game against Arsenal will kickstart our season. It was supposed to be against MU, then against Birmingham, City, Everton and bla bla bla..

We take one step forward only to take two steps backward in the next game. This is Liverpool under Rafa.

Gerrard's 500 appearance for Liverpool wont last long because at the current rate, Lucas and Kuyt will easily surpass his milestone. Gerrard isn't indispensable but Kuyt and Lucas are.

To sum up, there are 3 craps in Liverpool team, Rafa, Lucas and Kuyt. They all should be sold to the lowest bidders!!!

Anonymous said...

Rafa boleh berambus...dan jangan lupa bawa bersama buah hati mu, Lucas dan Kuyt.

Lucas dan Kuyt adalah pemain terhebat Liverpool, sebab itu mereka pasti diturunkan setiap perlawanan, Gerrardpun tak sehebat mereka.

Dan Rafa adalah bukan sahaja pengurus Liverpool terbaik tetapi pengurus terbaik seluruh dunia.

Oleh itu tidak wajar untuk mereka bertiga bersama dengan Liverpool.

Anonymous said...

yup ade 3 craps dlm liv team..

dan ade 2 org yg 'sgt' memberi smgt dan skongan terhadap liv..

mereka adalah...jeng3..

hicks dan gillet...

2 org yg anonymous puji..sbb mereka bkn sampah dlm liv team..mrk terbaik..

bgus..

hbt..

kacak..

penyelamat liv..

yg smph adlh rafa...

org yg x blik kmpung walaupun ayh die mati..krn liv ade prlawann penting..

mmprknalkan rafalution..tp dikritik hebat walaupun skuad kite fresh..dan x byk kecedaraan..

rafa mmg sampah..

hicks dan gillet buah hati anonymous adlh yg trbaik dlm skuad..

mmberi motivasi dlm skuad dgn hutang2 nya..