Thursday, December 3, 2009

Torres : Hanya Anfield


Penyerang utama Liverpool, Fernando Torres kini semakin pulih daripada kecederaan yang dialami beliau. Torres yang kini hampir tiga minggu diketepikan daripada kesebelasan utama disebabkan kecederaan tersebut kini dikhabarkan telah bersedia untuk diturunkan semasa menentang Blackburn pada hujung minggu ini. Berita ini pasti amat menggembirakan peminat-peminat Liverpool yang mahu melihat aksi Torres kembali di atas padang. Pada perlawanan ketika menentang musuh sekampung Merseyside iaitu Everton sebelum ini, Torres dilaporkan masih mengalami sedikit kesakitan walaupun Rafa dikhabarkan telah bersedia untuk menurunkan beliau. Disebabkan kesakitan tersebut, Rafa mengambil keputusan untuk merehatkan Torres selama seminggu lagi. Sama-sama kita saksikan samada Torres mampu untuk diturunkan pada minggu hadapan.

Di dalam pada itu, terdengar juga berita lawak senario yang mengatakan citeh bersedia untuk mendapatkan Torres dengan bayaran 50 juta pound pada musim panas hadapan. Masih pekak nampaknya penyamun-penyamun yang berada di kelab yang merasakan mereka hebat disebabkan mempunyai duit yang banyak. Telah beberapa dinyatakan sebelum ini samada daripada pihak Torres atau Liverpool serta Rafa sendiri, penyerang utama Sepanyol ini tidak akan dijual pada sebarang harga. Malah Rafa sendiri akan angkat kaki jika pemilik-pemilik “cerdik” Liverpool menjual Torres. Itu belum lagi dikira tahap kemarahan para peminat Liverpool jika Torres dijual semata-mata kerana pemilik mahukan duit. Torres telah menyatakan komitmen beliau kepada Liverpool. Beliau merasakan diri beliau adalah seorang “scouser” dan Anfield adalah bagaikan kampung halaman beliau. Torres juga senang dengan kota Merseyside yang pada pendapat beliau penduduknya adalah cukup berbudi bahasa termasuklah para peminat Everton sendiri. Ramai peminat Everton yang menegur dan bersembang dengan beliau tanpa sebarang niat untuk menyusahkan Torres dan keluarganya. Golongan kelas pekerja di kota Merseyside amat disenangi oleh Torres. Berbeza dengan keadaan di Madrid dimana beliau tidak digemari oleh peminat Real dan beliau sentiasa menjadi buruan jika keluar bersama-sama keluarganya. Keadaannya amat berbeza di Merseyside dimana lebih banyak ruang untuk beliau menjalani kehidupan biasa seperti penduduk kota Merseyside yang lain. Selain itu beliau menikmati kehidupan di kota Merseyside sebagai seorang bapa dan beliau akan berbangga jika anak beliau mampu untuk bertutur di dalam bahasa “scouser” apabila dia membesar nanti.

Kepada citeh, silalah berambus dengan duit yang ada pada anda. Bukan setakat 50 juta pound, 500 juta pound belum tentu Liverpool akan menjual penyerang yang cukup berharga ini. Dan janganlah anggap permainan melalui media akan mampu mempengaruhi Torres. Saya tidak nafikan setiap pemain ada harganya namun ianya berbeza buat Torres. Berbeza kerana beliau ke Anfield dengan tujuan untuk berbakti kepada kelab yang beliau sokong daripada kecil lagi. Dalam erti kata lain seperti Kapten Fantastik Liverpool Steven Gerrard, Torres juga merupakan seorang peminat Liverpool. Saya yakin Torres akan bersama Liverpool untuk satu jangka masa yang panjang. Dan Liverpool hanya akan melepaskan beliau jika Torres sendiri yang mahu mencuba cabaran baru di luar liga perdana inggeris. Telah ditegaskan oleh Torres sebelum ini, beliau hanya mempunyai dua pilihan selepas Liverpool iaitu samada mencuba cabaran baru di Serie A Itali ataupun menamatkan kariernya di Atletico Madrid. Jika kedua-duanya tidak dapat dipenuhi, maka beliau akan menamatkan kariernya di Anfield dan memahat nama sebagai seorang lagenda Liverpool. Menurut Torres lagi, tugas beliau di Liverpool belum selesai kerana setakat ini beliau hanya menjaringkan sebilangan gol sahaja. Beliau mahu kekal di Liverpool dan memenangi kejuaraan serta piala bersama-sama kelab dari Merseyside ini. Secara sinis saya katakan kepada citeh, takkan harga Torres jauh lebih murah dari Kaka dan Ronalgado-gado (meminjam ungkapan bro indra) kan?


YNWA

2 comments:

ABU said...

...nampak gaye team lain boleh mimpi lah nak dapatkan khidmat torres!! dia pun amat bijak mengambil hati penyokong2 liverpool....

cuma yang buat seram sejuk sikit pasal haramjadah hicks & gillet yang banyak hutang tu..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tahu tak pe abu...
jual je la kat pak arab...
confirm...
kaye kite...