Monday, December 7, 2009

Carragher : Menghampiri 600

Setelah Kapten Fantastik Liverpool Steven Gerrard menggenapkan penampilan ke 500 beliau bersama-sama The Reds, kini seorang lagi “orang kuat” Liverpool akan mengikuti jejak langkah beliau. Namun begitu, pemain pertahanan tengah senior Liverpool dan juga penolong kapten Jamie Carragher bakal membuat penampilan ke 600 beliau bersama-sama The Reds. Carra yang kini hanya kurang 4 penampilan sahaja sebelum mencecah angka tersebut. Jika Carra berjaya membuat penampilan ke 600 bersama-sama Liverpool, beliau hanya kekurangan 20 penampilan sahaja untuk menyamai rekod penampilan yang dipegang oleh seorang lagi pemain pertahanan tengah lagenda Liverpool iaitu Alan Hansen. Carra memberitahu beliau sedar akan jumlah penampilan yang dilakukan olehnya di Liverpool dan kini beliau berharap dapat menyamai rekod Hansen pada penghujung musim ini. Bagi Carra, untuk dibandingkan dengan Hansen adalah sesuatu cukup baik buat beliau. Dan Carra tahu betapa hebatnya Hansen sebagai seorang pemain di Liverpool, untuk menyamai rekod penampilan Hansen adalah sesuatu yang cukup membanggakan buat Carra. Saya jangkakan Carra akan mengatasi penampilan Hansen sedikit masa lagi. Ini kerana pemain pertahanan tengah Liverpool ini masih mampu beraksi di kesebelasan utama untuk 2-3 musim akan datang. Tidak kira samada penampilan tersebut sebagai pemain utama ataupun pemain gantian. Carra yang kini telah kembali kepada prestasi terbaik beliau setelah mengalami kemerosotan di awal musim dijangkakan akan terus diberi kepercayaan oleh Rafa untuk mengemudi benteng pertahanan Liverpool di dalam masa terdekat ini. Beliau yang cukup kaya dengan pengalaman di liga perdana inggeris, masih diperlukan Liverpool untuk memimpin pemain-pemain pertahanan Liverpool yang lain seperti Johnson, Insua, Skrtel, Aurelio bersama-sama Darby, Ayala dan Kelly.


YNWA