Tuesday, December 8, 2009

LFC : Mencari Pilihan Terbaik Januari

Khabar dari Sepanyol menyatakan berikut adalah pemain-pemain Real Madrid yang bakal dilepaskan pada bulan Januari nanti. Terdapat banyak kelab-kelab seluruh eropah yang mahukan khidmat mereka ini dan Liverpool tidak terkecuali daripada menjadi sasaran spekulasi. Pemain-pemain ini masih mampu beraksi dengan baik namun disebabkan skuad utama mereka penuh dengan pemain-pemain ternama, peluang yang diperolehi terbatas. Senarai yang menarik jika dilihat pada harga yang akan ditawarkan oleh Real. Liverpool jika benar dikhabarkan mempunyai 12 juta pound dan ditambah dengan pendapatan daripada penjualan beberapa pemain, mungkin boleh melihat pada senarai pemain-pemain ini. Mungkin ada yang sesuai dengan corak permainan pasukan, asalkan ianya perlaburan yang munasabah. Berikut adalah senarai pemain-pemain yang dijangkakan berpindah dari Real pada bulan Januari nanti :

1) Ruud Van Nistelrooy (Penyerang, 4 juta pound)
2) Jose Maria Guti (Tengah, 4 juta pound)
3) Rafael Van der Vaart (Tengah, 8 juta pound)
4) Fernando Gago (Tengah, 7.5 juta pound)
5) Ezequiel Garay (Pertahanan, 6 juta pound)
6) Mahamadou Diarra (Tengah, 10 juta pound)
7) Rosyton Drenthe (Sayap, 6 juta pound)

Pada pendapat anda rakan-rakan peminat sekalian, pemain mana yang cukup sesuai di dalam senarai di atas untuk diserapkan ke dalam skuad Liverpool bagi menambahkan lagi kemantapan pasukan?


YNWA

11 comments:

Firol said...

RUT BAN NESTEROI DENGAN BAN DE BAT

Anonymous said...

borong semua..
jual babel 8, lucas 10, voronin 3, ngog 4, riera 12, dossena 5 = 40

Anonymous said...

jgn lupa jual benitez juga...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

1,3,4,7...

zafa said...

jaul lucas, sewa nistelrooy coz beli pom xberbaloi sbb dah tua,beli vaart

Firol said...

Rafa nak jual?..heheheh..agak-agak sape nak ....

45 darham!!!! 45 Darham!!!mari mari

Anonymous said...

selepas melihat semua pemain itu beraksi ,

yang paling sesuai ialah vandervaart (untuk menggantikan babael) , roystondrenthe (untuk menggantikan dossena), dan fernandogago (untuk menggantikan xabialonso).

MOFASAD said...

amri yahya!

Anonymous said...

ruud please.....



~~WALK ON~~


afiq_trulyREDZ


YNWA

ijat said...

borong semua..
jual babel 8, lucas 10, voronin 3, ngog 4, riera 12, dossena 5 = 40

jgn lupa jual benitez=liverpool kena byr 30 juta..

total= tggl la 10 juta..

haha..ape la prancangan ni..

saplo182 said...

rafa tolong ler beli aku, aku bleh men seme posisi, gaji takyah mahal2 janji dapat men kat anfield jadik ah


ynwa