Friday, December 11, 2009

LFC : Sukar Di Liga Europa


Laluan sukar bakal menanti Liverpool di pertandingan Liga Europa. Sukar kerana Liverpool kini diberitakan merupakan salah satu pasukan yang tidak diletakkan sebagai pilihan (seeded). Hanya 3 pasukan daripada pasukan tempat ketiga di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah yang akan diberikan status pilihan. Liverpool yang tewas pada perlawanan terakhir di peringkat kumpulan kini berkemungkinan akan bertemu pasukan-pasukan seperti Juventus, Wolfsburg, Unirea Urziceni atau Marseilles. Selain daripada 3 pasukan dari Liga Juara-Juara yang mendapat status pilihan, 12 pasukan yang berjaya memenangi kumpulan masing-masing di Liga Europa turut mendapat kelebihan tersebut. Pasukan-pasukan yang dijangka akan memenangi kumpulan Liga Europa adalah Ajax, Valencia, Hamburg, Sporting Lisbon, Roma, Galatasaray, Salzburg, Fenerbahce, Benfica, PSV, Werder Bremen dan juga juara musim lepas Shakhtar Donetsk. Pasukan-pasukan ini juga berpotensi menjadi lawan sukar kepada Liverpool di peringkat 32 Liga Europa.

Tidak cukup dengan kesukaran yang bakal dihadapi Liverpool, kedua-dua pasukan Merseyside (termasuk Everton) akan bermain di tempat sendiri dahulu pada awal Februari nanti. Ini menyebabkan kedua-dua pasukan tidak akan dibenarkan bermain pada hari yang sama akibat larangan polis. Keadaan ini juga bakal menyaksikan kedua-dua pasukan bermain pada dua hari yang berbeza atau mungkin lebih teruk pada minggu yang berbeza. Masalah ini mungkin akan menimbulkan beban kepada jadual Liverpool yang telah sedia padat. Jangkaan Liverpool akan mendapat laluan mudah di Liga Europa amat jauh sekali tersasar. Jika dilihat kepada senarai pasukan yang masih tinggal di dalam Liga Europa, cabaran sukar bakal menanti Liverpool dan jika kita mengambil mudah lawan yang bakal dihadapi, masalah besar akan timbul. Kita harus menghormati lawan di Liga Europa, namun janganlah sehingga mengugat keyakinan ketika menghadapi mereka nanti.


YNWA

2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

liverpool tetap bersamaku...

ABU said...

...hidup lfc ni memang selalu sukar!!! ..tetapi telah banyak kali kesukaran ini diatasi dengan usaha pasukan serta sokongan padu peminat.

..Piala Europa kita punya!!!