Saturday, December 19, 2009

BPL : Waspada Dengan Pompey


Jika melihat pada carta kedudukan liga perdana sekarang. Liverpool dijangka tidak menhadapi masalah untuk menewaskan skuad dari selatan England iaitu Portsmouth a.k.a Pompey ini. Namun seperti yang saya tulis sebelum ini, jangan tertipu dengan kedudukan liga apabila berhadapan dengan mereka di Fratton Park nanti. Skuad Pompey ini semakin menunjukkan peningkatan apabila diterajui oleh bekas pengurus skuad jambatan runtuh iaitu Grant. Mereka hanya tewas tipis dan nyaris membawa pulang mata di dalam perlawanan liga dengan skuad jambatan runtuh sebelum ini. The Reds pasti akan menghadapi tentangan yang sengit daripada mereka kerana skuad Pompey ini sedang bergelut untuk keluar dari kedudukan terbawah liga perdana. Mereka juga akan bermain di tempat sendiri dan bakal mendapat sokongan sepenuhnya daripada penyokong mereka nanti. Jesteru itu, pemain-pemain Liverpool harus berhati-hati dengan pemain-pemain Pompey seperti Dindane, O’Hara, Finnan (ex-Liverpool), Kaboul dan juga penyerang mereka Piquionne. Mereka ini mampu menjaringkan gol untuk menyukarkan laluan Liverpool di Fratton Park nanti.

Berbalik kepada skuad Liverpool, Rafa Benitez kini memiliki hampir kesemua pemain terbaik beliau kecuali pemain sayap, Albert Riera yang masih mengalami kecederaan. Rayan Babel dan Glen Johnson kini dilaporkan telah cergas sepenuhnya dan bersedia untuk diturunkan pada perlawanan ini. Johnson dijangkakan akan beraksi kembali menentang pasukan lama beliau di slot pertahanan kanan yang diisi oleh Jamie Carragher pada perlawanan menentang Wigan sebelum ini. Penyerang utama Fernando Torres dijangka akan mengetuai serangan Liverpool bersama-sama dengan Kapitan Gerrard. Torres yang direhatkan sebelum ini dan beraksi hanya sebagai pemain gantian, dijangka cergas sepenuhnya untuk perlawanan ini. Di atas kertas, Liverpool dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini, namun dengan prestasi Liverpool yang masih belum konsisten sepenuhnya setakat ini, kita perlu lebih berhati-hati dan tidak tertipu dengan skuad Pompey ini. Saya jangkakan Liverpool mampu mengutip tiga mata penuh di dalam perlawanan ini dengan kehadiran gandingan Gerrard – Torres untuk menggempur kubu Pompey di Fratton Park. Berikut adalah barisan kemungkinan pemain-pemain yang bakal diturunkan di Fratton Park :

Formasi : 4-2-3-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

JOHNSON AGGER CARRAGHER AURELIO

AQUILANI MASCHERANO

KUYT GERRARD BENAYOUN

TORRES


Keputusan : 2-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Benayoun dan Torres.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812

19/12/09 Jam 0840 Malam


YNWA

19 comments:

Takiya Genji said...

klh dan klh.. no komen dh..

Anonymous said...

hancus, hampeh..bagero.aku dah tak reti ngan permainan liv skarang ni, semua x menjadi baik pengurus, ketua pasukan.mgkin kah ini protes pemain utk pengurus blah..mgkin jugak..kalau bukan..memang liv dalam situasi paling buruk dalam sejarah, hari ini aku rasa malu ngan pasukan pujaan aku..sebelum ini masih bersabar..tapi bila. apa yang tak kena?..main pasif memang perangai liv..aku tak reti dah...hampeh3

Anonymous said...

benitek patut belah dari liv...n byk pemain pn harus get out..termasuk gerrard..mgkin ada yg bengang..tapi gerrard memang hancus sekarang ni...Si lucas.....nko bole mampus. baik aku sokong fulham kalo gini lah permainan liv....jgn nak harapkan penalti...liv dh semakin hancurrrrr

Anonymous said...

apa usaha kita nak keluarkan benitez ? sapa bole bg cadangan

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

aquilani maseh jadi simpanan kerana sampah si lucas...

apis.. said...

klu rs liverpool smkin hancus n nak sokong team lein,anda dipersilakan..
liverpool tidak memerlukan penyokong2 lalang spt anda semua..

Anonymous said...

harap jangan melatah.Bila tak sokong manager dikatakan lalang pula..

takde orang nak sokong team lain la, cuma tak sokong manager..kamu tak boleh beza ke antara manager dengan kelab?

Liverpool lebih utama dari seorang individu yang bernama rafa benitez

Anonymous said...

sebenarnya Liverpool tidak memerlukan individu seperti apis yang bak kata sokong bawa rebah..nanti kalau benitez dah tak jadi pengurus liverpool kamu boleh ikut sokong dia ke mana saja dia pergi.

apis.. said...

sementa rafa menjadi pengurus nie,kite sepatotnye mnyokong beliau..
klu nak kritik pun,jgn mengkritik sebagai seorang pemilik plak..
mcm la kuasa ade pd tgn awk 2..
klu die dah xjd pengurus,nak wat camne..
sokongan peminat trus pada kelab.. wahai anonymus,klu kelab mengalami kekalahan jgn la sampai nak sokong kelab lain..
ibarat awk 2 penyokong lalang..
bak dari petikan anonymus la,"benitek patut belah dari liv...n byk pemain pn harus get out..termasuk gerrard..mgkin ada yg bengang..tapi gerrard memang hancus sekarang ni...Si lucas.....nko bole mampus. baik aku sokong fulham kalo gini lah permainan liv..."
e2 la ayat dari seorang pemilik liverpool..
kononnya la...

Anonymous said...

untuk si apis
nko bole bersabar ke dengan kelab kesayangan nko jd camni?
engko ingat aku ni lalang?aku menyatakan pendapat aku tentang perlawanan semalam, nko tgk kn? bagu? baik? bermutu?...bukan aku x ble menerima kekalahan..aku mmg sabar, aku memang setia...tetapi kalah dgn kelab tercorot...nko x bengang...abis tempat bagi komen begini lah bagai aku nak melepaskan geram, x kan aku nak marah kat bini , anak aku...aku sakit hati...berapa lama mau tunggu keadaan begini..nko kalo peminat liv tentu tau sejarah...x penah main mcm ni , seburuk2 souness atau houlier...abis...nak sabar. aku mmg tau kata2 aku x di dengari oleh benitez..ni namany blog livepool untuk kita menyatakan sesuatu...itu pendapat aku...aku sayang liv..tapi aku dah tak sayang benitezdan adik angkatnya lucas...apa percaturan dia sekarang?aku dah 35 tahun penyokong liverpool..apa yg aku ckp nak sokong fulham tu adalah bahasa kiasan..betapa sayangnya aku pada kelab ni. nko sorang je yg x paham. kepada yang menyokong aku..kita lancarkan perang...benitez harus undur dari anfield...ini masa nya dia berundur.bukan aku x berterima kasih pada benitez,terima kasih kerana juara champions league dll piala..benitez mmg ada jasa. akan tetapi prestasi nya kini dan x sesuai. dia perlu berundur. dia mmg nak ke real madrid. itu mmg cita2nya...silalah ke madrid, dia akan sesuai d sana.kepada apis...jgn menerima sahaja keadaan..kalo perlu kita bercakap..kita bercakap seadanya dari konon terus sokong membawa rebah.

apis.. said...

mmg btoi ape yg ko ckp 2..
tp komen 2 biar la bernas skit..
dulu klu menang,terlalu menyanjung..
nie dah kalah,maki hamun plak..
xbley la nak salahkan manager bulat2..
klu dah trok,player gak terlibat..
even klu manager bagus tahap mane pun tp player cam cibai,xgune gak..
haih,nak komen pun btoi2 la..
komen mcm dah benci sgt pd kelab..
fans lein pun geram gak tgk match smlm..
tp nak wat camne..
player xperform..
sblom nie taktikal rafa menjadi jer..
tp smlm xmenjadi plak..
lein la klu rafa yg mein..
bleh la same2 kite kutuk die..
waduh2..

Anonymous said...

2 la aku ckp pengurus n pemain dah makin teruk. walau x berkuasa ngan kata2 ni.. aku amat sedih
Liga inggeris kuasa di tangan pengurus..bukan x bagus si benitez..tapi dah out..mamat ni nak balik kampong..n aku bukan lalang mcm nko kata...aku setia..walau aku cakap kasar..bukan makna aku x sayang..n aku bukan LALANG..
Musim baru ni..mmg taktikal benitez hancur..jgn nak tegakkan mamat ni.awl musim dah kalah..x konsisten, x mencabar, x melawan, defensive..semua x kena.
Keje sape yg p jual alonso kalo x keje benitez..abis taktikal dia masukkan lucas pemain penting konon nya ...Menjadi?..sape x sakit hati kalo main baik tetibe nak beli barry..jangan nak daleh..kalo alomso ada x kan jd bgini...nko sokong lah hape je kerja benitez.Nko dengar lah ape kata2 comentatorn kata2 di blog mat saleh...90% ckp benitez bertanggungjawab.

Anonymous said...

keje sape yang p beli aquilani.semua penyokong berkobar2 nak tgk aqui main.sape suh beli pemain yang sakit...memang mahal..peminat dah teruja nak tgk dia MAIN..DULU SAKIT, SEKARANG DAH OK..masih si mamat lucas haprak yang main nyah hape2..konon bagus, x pecaye buka blog mat saleh, dgr pa kata mereka.jd perancangan benitez ni baguslah pembelian pemain sakit dikala liv memerlukan seorang pemain midfield yg kreatif. dr awal musim permainan liv mati si tgh padang..mach dah ok, dia bekerja bentes n kejar, tapi si lucas?...apa keje mamat ni dari terhoyong hayang kat tengah,kekadang gila nak jaring gol..habuk pun tarak..bola depan pintu gol pon hancus.ni la perancangan benitez. si mamat ekor kuda dah di loan..bagi lagi main. aku ckp2 x paham. nko paham agaknya..paham untuk kalah..ini liverpool la bukan kelab corot. sekarang liv dh jd makanan kelab corot..bagus? tp nko penyokong ssetia yang angguk je semua benda ..,,,aku tidak. benitez n kuncu2 harus belah

apis.. said...

klu cam2,nape ko xgi ckp sndri je ngan benitez 2..
klu lucas 2 mmg x dinafikan la..
mmg skang nie permainan die terok..
klu alonso ade skang nie pun,blom tentu liverpool akn sehebat yg ko sangka..
xkan baru beli aquilani nak trus perform bgus..
bg la mase nak sesuaikan dulu..
mamat 2 br pulih,ko dah predict mcm2..
aku bkn nak backup rafa 100%..
kdg2 taktikal die xmenjadi gak..
klu die kene pecat pun,nak wat camne..
e2 keputusan owner..
tp cara ko 2 mngalahkan rafa..
jual e2 la,beli ini la..
mayb ko yg ptot main utk liverpool..
e2 la ngko..
menang bkn main puji..
bile kalah,maki hamun mengalahkan owner kelab jer..
come on la..

Anonymous said...

ekekekkek..kelakar le korang nih...

Rafa masih dic2 x kemana2 sebabnya camne dia nak belah..owner Liverpool tuh duit x cukup/xde nak cari pengganti...lagipun manager mana yg nak dtg kalau duit ciput nak beli players xde??

Anonymous said...

si aqui dh sembuh, tp ampai bila benitez nk bagi dia main?..nak bagi main nnt dh menang 2,3 kosong...bile?..kalah adalah memanjang.kalo x di bagi aqui main, bila dia nak selesa n nak perform..asyik2 masuk lucas beluncas tu.2 la strategi benitez yg aku x paham.beli pemain sakit...ok lagi...dah sembuh ok lagi..tp x bagi main..benitez dh mengarut

apis.. said...

btoi2..
xde manager yg nak take over..
yg ade skang nie pun kire ok la..
yg psl aquilani 2 aku xbley predict la..
e2 terserah pd manager..
klu manager kene pecat pun,mayb manager yg br pun akan alami nsb serupa gak..
duit xde..
kelab plak asyik berhutang jer..
mengarut2 die pun,menang gak champions league..
hahahaha

Anonymous said...

aku dh banyak bukak blog liverpool bg fan2 di malaysia..hampir semua mcm yg aku katakan..spt buang benitez n jual lucas. ayat2 yg aku baca lagi sengal n power ..tp x de plak suara en. apis di blok2 lain bagi mempertahankan kata2 spt dalam blog ni..aku rasa baik nko pi sangkal n sokong benitez nko tu di blog2 lain..aku masih berpegang bahawa benitez, lucas dll yang sewaktu dgn nya harus blah..jual murah2 kat pasar malam.

apis.. said...

mungkin bapak ko pemilik kelab nie kot..
sng2 nak jual2 pemain..
xpaham la aku ngan ko nie..
smbg sokong kelab nie dah 35 tahun..
tapi komen cam br smlm je sokong..
aduh..
apsal ko xckp je lahir2 ko dah sokong kelab nie..
br gempak..
hahaha