Saturday, April 18, 2009

Xabi Alonso : Jangan Pergi

Baru sahaja terdetik untuk menulis artikel mengenai pemain tengah dinamik Liverpool, Xabi Alonso. Sudah agak lama saya bercadang untuk menulis tentang beliau yang merupakan salah seorang daripada pemain tengah terbaik di England dan untuk Liverpool itu sendiri pada masa sekarang. Tiba-tiba pada hari ini, di beberapa laman web utama terpapar berita mengenai pengurus Liverpool, Rafael Benitez mahu mempertahankan Alonso daripada disambar oleh mana-mana pemangsa yang berada di luar sana. Apa yang menyebabkan Rafa tiba-tba bertukar nada ke atas kedudukan Alonso di Liverpool? 

Seperti mana yang anda semua masih ingat ketika musim panas yang lepas sebelum bermulanya musim 08/09, Alonso hendak dijual sebagai cara untuk mendapatkan dana bagi membeli Gareth Barry oleh Rafa. Ini kerana pengurusan Liverpool enggan memberi dana bagi membeli Barry tetapi mereka dengan selambanya mengeluarkan dana untuk membeli Robbie Keane. Bukannya Robbie Keane pemain yang tidak baik, tetapi mungkin gaya permainan beliau tidak sesuai dengan Liverpool. Akibat dari timbulnya spekulasi ini, ramai peminat yang tidak bersetuju ke atas penjualan Alonso. Mereka semua tahu yang Alonso tidak patut dijual kerana beliau merupakan tonggak utama bahagian tengah Liverpool bersama-sama Kapitan Gerrard dan juga Mascherano. Penjualan beliau pasti akan menggangu bahagian tengah Liverpool. Bagi peminat mereka sanggup melihat Alonso bermain di Liverpool biarpun Barry terlepas dari genggaman. Barry boleh menggantikan Alonso tapi bolehkah beliau bermain lebih baik dari Alonso? Lebih baik gunakan dana dari jualan Robbie Keane untuk mendapatkan Barry pada musim panas ini. Jadikan Barry sebagai tambahan kepada kekuatan Liverpool di bahagian tengah. Gandingan Gerard-Alonso-Masch-Barry pasti akan mengegarkan Liga Perdana Inggeris pada musim depan. 

Saya masih ingat pada ketika spekulasi itu timbul, Alonso memang sangat sedih dengan cara dia diperlakukan oleh kelab. Memang apa yang berlaku sedikit sebanyak mempengaruhi emosi beliau sehingga beliau tidak dapat menggambarkan perasaannya ketika ditanya mengenai spekulasi ini. Hanya harapan untuk terus kekal di Liverpool sahaja jawapan dari beliau. Perlu diingatkan, Alonso TIDAK PERNAH meminta untuk berpindah dari Liverpool. Beliau seperti juga dengan Torres dan Reina amat sayangkan Liverpool dan merasa sangat bertuah dapat menabur bakti dengan kelab ini. Jika Alonso bukan pemain tengah yang baik, kenapa kelab-kelab ternama seperti Juventus, Arsenal dan Real Madrid serta Barcelona mahukan khidmat beliau? 

Berbalik kepada Rafa, beliau akan mempertahankan habis-habisan Alonso daripada disambar kepada pemangsa yang mula berkeliaran di sekeliling Liverpool. Secara professional, kemampuan Alonso untuk bangkit dari keadaan semasa beliau dihimpit spekulasi perpindahan tersebut dan memberikan persembahan terbaik buat Liverpool pada musim ini yang menyebabkan Rafa telah bertukar fikiran. Tanpa banyak bicara, beliau menegaskan Alonso adalah sebahagian daripada kunci kepada peningkatan Liverpool pada musim ini. Spekulasi terbaru mengatakan Real Madrid dan Barcelona akan cuba membuat bidaan ke atas Alonso. Goyahkah Alonso jika kelab-kelab ini datang untuk mendapatkan beliau? Adakah beliau masih ingat apa yang berlaku pada musim panas yang lepas? Masa yang akan menentukannya nanti.

Kepada Rafa, sila tebus kesilapan anda yang lalu, pertahankan Alonso dari dijual dan tawarkan kontrak baru kepada pemain tengah yang dinamik ini secepat mungkin. Jika masih berlengah-lengah, padah yang akan diterima Liverpool. Tetapi jika anda gunakan kenyataan anda itu dengan tujuan menaikkan harga Alonso di pasaran pemain maka saya pasti anda akan membuat kesilapan yang paling besar sebagai pengurus Liverpool. Buat Alonso, anda adalah Liverpool dan Liverpool adalah anda. Ayuh bersama-sama Liverpool untuk mencapai cita-cita anda. Semua peminat mahukan anda kekal di Anfield dan menjadi sebahagian daripada lagenda kelab yang penuh dengan sejarah ini. Kepada pengurusan Liverpool, anda semua jangan bermimpi untuk menjual Alonso atas alasan untuk mengumpul dana bagi pembelian pemain baru dan juga atas sebab keuntungan kerana anda pasti akan menerima amarahnya nanti.


YNWA


6 comments:

xali alonso said...

xali alonso x kan g nyer. hahahaaha......

hidayahnazri said...

rafa ckp tak nak jual kan :D

beemer said...

takut dia ckp tak serupa bikin aje sis .. hehehe ...
abis kuciwa peminat2 liverpool ...

xali alonso kena sambung kontrak lagi la kalu mau stay lagi ... 100 ribu pound seminggu cukup? hehehehe ...

Ir. Datok Carroll said...

huhu never...
never.
never.

alonso is not forsale

Che said...

Kalau Alonso nak pergi, dia patut dah pergi masa awal-awal musim ni.Sebab bagi aku masa tu la waktu di mana Liverpool sendiri mengakui berhasrat nak jual dia untuk back up duit nak beli Barry. tapi bila urusan pembelian barry gagal, jadi Alonso tak jadi dijual dan aku rasa perkara ni mungkin salah satu signifikan prestasi liga terbaik Liverpool sejak RB jadi manager sebab Alonso mungkin adalah salah seorang pemain paling konsisten prestasinya musim ini dan kalau dia dapat Liverpool palyer of the season 9voted by fans) pun memang bagusla.Bcoz he deserved it...

Firol said...

harap tak jual no 14 ni