Saturday, April 11, 2009

Liverpool vs Blackburn : Pembakar Semangat Sang Merah!

Diatas kertas memang Blackburn bukan lawan kepada Liverpool. Tapi dengan angkuhnya sebelum perlawanan pengurus Blackburn, Allardyce mengatakan pasukannya akan mengekplotasi sepenuhnya kelemahan Liverpool iaitu melalui set-piece. Tapi apa yang berlaku setelah perlawanan tamat sebentar tadi? Termakbulkah kata-kata Allardyce tersebut?

Blackburn dimusnahkan dengan mantap oleh Liverpool di Anfield 4-0 dan penjaringnya Torres 2 gol, Agger (ya dia sumbat gol malam ni!) dan Ngog. Insua bermain baik di bek kiri, Mascherano dengan larian mantap dan Agger dengan gol serta Benayoun yang banyak mengucar-kacirkan pertahanan Blackburn malam ini.

Harapan saya agar kemenangan ini menjadi pembakar semangat Liverpool untuk lebih yakin dalam meneruskan pertempuran di Jambatan Runtuh nanti. Dengan Kapitan Gerrard direhatkan malam ini untuk membolehkan beliau mengetuai Liverpool di sana nanti. Ayuh Sang Merah, ulangi keajaiban di Istanbul!!!

YNWA

No comments: