Saturday, April 11, 2009

Rafa : Gunung Untuk Didaki

Reaksi spontan pengurus Liverpool apabila diminta untuk mengulas mengenai perlawanan semalam. Beliau turut mengakui Liverpool menghadapi kesukaran apabila bertandang ke gelanggang lawan minggu depan. Hanya keajaiban yang diperlukan Liverpool untuk meneruskan kemaraan dalam Liga Juara-Juara Eropah. Keupayaan mengatasi AC Milan di Istanbul dan empat jaringan ke atas Manyoo menjadi taruhan peminat-peminat Liverpool.

Benitez bagaimanapun menegaskan, keutamaan sekarang adalah untuk memenangi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Blackburn Sabtu ini di Anfield dan terus berada di dalam saingan mengejar kejuaraan liga. Beliau yang nyata kecewa dengan persembahan anak-anak buahnya, berharap Liverpool mampu menundukkan Blackburn dan seterusnya bersedia untuk menghadapi pertempuran di pusingan kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa depan.


Bukan mudah untuk menjaringkan 3 gol di gelanggang lawan, tapi Liverpool pernah melakukannya di Old Trafford dengan 4 gol. Kepada Benitez, jangan ulangi kesilapan yang sama seperti perlawanan semalam. Biar sesukar mana pun halangan di depan, kami para peminat tetap besama-sama dengan Liverpool. Kepada rakan-rakan, jangan terlalu kecewa kerana menang kalah adat pertandingan. Mungkin semalam hari yang kurang baik untuk Liverpool, tapi hari esok siapakan tahu? Ayuh tumpukan perhatian anda kepada Blackburn Sabtu ini.


YNWA


Sumber dari espnstar.com

Gambar dari telegraph.co.uk

No comments: