Saturday, April 25, 2009

Kuyt : Kita Perlukan Keajaiban

Rata-rata peminat serta pemerhati bolasepak berpendapat Liverpool memerlukan keajaiban untuk memenangi trofi Liga Perdana Inggeris musim ini. Memang tidak dinafikan peluang Liverpool untuk menjulang trofi ini semakin sukar berikutan keputusan seri 4-4 dengan skuad senapang di Anfield tempohari. Bagaimana pula dengan pendapat pemain Liverpool sendiri? Mari kita lihat apa pandangan salah seorang pemain kesebelasan utama Liverpool selepas perlawanan dengan skuad senapang itu.

Pemain yang saya maksudkan ialah penyerang/pemain sayap Liverpool dari Belanda, Dirk Kuyt.  Menurut Kuyt, keadaan semakin sukar buat Liverpool dengan keputusan seri tersebut dan Liverpool memerlukan keajaiban untuk memenangi Liga Perdana Inggeris. Dengan keputusan seri tersebut kelebihan telah berpihak kepada manyoo. Tetapi Kuyt berpendapat lebih baik mendapat keputusan seri daripada kalah di dalam perlawanan tersebut. Jika kalah, Liverpool akan ketinggalan tujuh mata (jika manyoo menang kedua-dua perlawanan dalam tangan) dan keadaan pasti lebih sukar untuk mengejar. Yang positifnya Liverpool masih mempunyai pemain-pemain yang tidak akan berputus asa dan mereka akan berjuang sehingga ke akhir musim. 

Tambah Kuyt, dengan lima lagi baki perlawanan musim ini menentang Hull, Newcastle, West Ham, West Brom dan Spurs adalah amat penting untuk Liverpool mengurangkan kesilapan yang membolehkan pintu gol mudah untuk dibolosi seperti perlawanan menentang skuad senapang. Liverpool bermain baik di dalam perlawanan menentang skuad senapang, cuma 4 kesilapan sendiri telah menyebabkan pintu gol dibolosi. Amat penting untuk Liverpool terus memenangi baki perlawanan yang masih ada. Ini kerana setiap kemenangan akan mendatangkan tekanan ke atas manyoo.

Keajaiban boleh berlaku di dalam bolasepak dan tidak salah untuk kita sebagai peminat Liverpool berharap ianya boleh berlaku. Tetapi nasihat saya sebagai rakan peminat, usah kecewa jika kita gagal kali ini. Kita belajar dari pengalaman musim ini untuk mara ke hadapan. Jika gagal kali ini bukan bermakna gagal buat selamanya untuk Liverpool. Saya faham dengan hasrat semua peminat Liverpool untuk memiliki trofi Liga Perdana Inggeris setelah 19 tahun kita menanti dan ada yang berpendapat kali ini mungkin merupakan peluang yang terbaik. Jangan risau rakan peminat semua, selagi masih ada harapan walaupun sebesar kuman, kita perlu setia menyokong dan bersama-sama pasukan untuk melakukan yang terbaik. Lambat atau cepat, hanya masa yang akan menentukan.


YNWA

3 comments:

Firol said...

Keajaiban.....sekarang angka 4 menjadi angka bertuah liverpool... x mustahil la liverpool menang dengan berbeza 4 jaringan ..dan di nobat sebagai juara..

harap ..kalah pun takpe..tahun depan ada

@r zh@r said...

memang sukar. tapi apa-apa pun boleh jadi. yang penting liverpool kena menang semua game yang tinggal dan harapkan MalU 6 game akan datang kalah sekali seri 2 kali atau kalah 2 kali... boleh! tak mustahil!

beemer said...

wa harap player2 kita fight abis-abisan sampai abis musim...
biar diaorg tahu reds bukan main2 start dari season ni ...
game mlm ni ... 3 points to reds ... kalu 1-0 pun wa ok ... believe the impossible ...