Showing posts with label Liverpool. Show all posts
Showing posts with label Liverpool. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Meireles : Sang Singa Dari Bumi Portugal

Sebelum perlawanan menentang “big team” semalam, Meireles telah dipanggil oleh bossnya, King Kenny ketika berada di bilik persalinan pasukan.

Meireles (dalam hati) : Apa pulak boss panggey chek dah dekat2 nak start game nih? Ketaq lutut nih, dah la tak penah kena panggey lagi sebelum ni. Ka dia nak pelangkung sebab chek rembat ayam serama dia petang semalam? Uisk saspen betui la camni.

Setelah semua pemain keluar dan bersiap sedia untuk turun ke padang, Meireles menghadap King Kenny face to face seperti kata orang puteh.


Meireles : Yup boss, what can I help you ? (cehh speaking english pulak mamat ni).


King Kenny : Uish sejak bila hang terror sembang english ni? (dgn muka kagum).


Meireles : Lucas yang ajaq boss .. piaw punya dia taruk chek .. cengey oo mamat tu .. tak padan dengan kecik kemetot .. nak kona pun takut boss ..


King Kenny : Ooo ya ka? Baguih baguih … senang sket hang nak paham arahan atas padang nanti.


Meireles : Boss .. game dah nak start dah .. kang depa maen dgn 10 org aja kang ..


King Kenny : Eh lupa pulak .. ni ha aku nak turun ilmu dan nak bagi petua sikit kat hg.


Meireles : Ilmu? Petua? Chek ok aja boss .. kalu dapat petua nak kelihatan hensem dalam keadaan botak .. lagi chek suka .. hehe!


King Kenny : Banyak la hang punya hensem .. hang ada hati nak ganti jambu sebelum ni ka?


Meireles : Eh takde la camtu boss (dengan muka malu2).


King Kenny : Dah2 mengarut .. ni ha .. aku tengok kaki kiri hang power gila masa hang payung gol lawan Stoke sebelum ni .. rasanya hang boleh guna lagi untuk game ni ..


Meireles : Ooooo itu macam ka boss .. bleh tarak hal punya .. chek kasi special lagi nanti ..


King Kenny : Ingat Meireles, aku nak hang payung kaw2 punya bila depan gol .. kalu ada yang sebok nak tahan, hang payung sekali dengan depa masuk dalam gol ..


Meireles : Roger boss .. arahan diterima .. chek nak pi join kawan2 kat atas padang dah ni ..


King Kenny : Ok hang bleh pi .. pasal mamat jambu tu .. semua dah dapat amanat semalam ..


Meireles (dalam hati) : Phewwwww … lega chek .. sib baik dia tak hingaq pasal ayam serama tuh ..


Semasa perlawanan tersebut, Meireles telah berjaya menjaringkan gol dengan rembatan kaki kiri tahap dewa dengan gaya terbang ke awan. Terkial-kial defend dan keeper “big team” tengok bola tu masuk jaring. Manakala King Kenny dengan selamba kodok melompat depan bench “big team” untuk meraikan gol tersebut. Class tu bai class!!!

Sejurus selepas tamat perlawanan, di dalam bilik persalinan :

King Kenny : Baguih semua baguih … macam ni baru kita kata “The Liverpool Way” …


Meireles : Amacam boss .. ok ka gol yang chek payung dengan kaki kiri tadi?


King Kenny : Terbaek la hang ni .. siap terbang2 lagi haa masa payung bola tu … nganga aja defend ngan keeper depa tengok bola tu masuk gol .. tahan ngan cekup angin aja la jawabnya ..


Meireles : Sudah semestinya boss. Dah 4 bijik ni boss .. chek mintak halal aja la ayam serama nohh .. kira upah score gol la boss .. bleh kan? kan? kan?


King Kenny : Ayam serama? (konpius jadinya manager Liverpool ni)


Meireles : Ala ayam serama belakang umah boss tu .. chek (tak sempat abis ayat)


King Kenny : Woi .. mahai ayam serama champion yang aku beli tu .. hang amik buat lauk ka? Patut la asyik ilang aja ayam serama aku .. ingat musang seguntang yang rembat .. rupa-rupanya musang botak yang punya keja ..


Meireles : Ala boss .. tekak chek teringin sangat nak makan kari ayam Portugal .. lama dah chek tak balik kampung .. cari ayam kat kedai semua abis sebab cuti raya cina .. lalu kot belakang umah boss dengaq bunyi ayam .. so apa lagi .. mission accomplished la jawabnya .. sori tak sempat nak anta umah boss .. abis chek balun kat umah .. hehe!


King Kenny : Hang mai sini, hang mai sini … sedap hang buat lauk ayam serama aku nohh ..


Meireles dengan lajunya terus berlari keluar bilik persalinan dan dikejar tak cukup tanah oleh King Kenny .. Gerrard, Carra, Agger , Skrtel serta Reina konpius … Lucas pulak kata “sejak bila pulak depa maen aci ligan tak ajak chek nih? Hampeh tul depa nih ..” – Sekadar gurauan untuk menceriakan kan lagi hari buat para peminat Liverpool ..


Tahniah kepada pemilik, pengurus, pemain, staff dan juga semua peminat Liverpool di atas kejayaan yang amat membanggakan semalam. Semua meramalkan kita bakal dibelasah oleh “big team”, lebih-lebih lagi kita gunakan lima pemain pertahanan. Akibatnya .. Liverpool pulang dengan tiga mata penuh ke Anfield. Percaturan taktikal yang cukup mantap oleh King Kenny disertakan dengan kesungguhan serta kerajinan para pemain Liverpool di atas padang dan tidak dilupakan para peminat Liverpool yang berada di stadium. Memang terbaeklah sorakan yang diberikan. Tenggelam habis suara penyokong “big team”. Seperti yang King Kenny katakan .. kebangkitan Liverpool harus diteruskan .. fokus kita adalah perlawanan yang berikutnya. WALK ON REDS!!! YNWA!!!


YNWA

Friday, September 25, 2009

Liverpool : Belanjawan Ciput Hingga 2014


Para peminat Liverpool di seluruh dunia telah dikejutkan dengan pengumuman oleh sebuah firma perlaburan iaitu Rothschild and Merrill Lynch semalam. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh firma ini, Liverpool akan dikenakan belanjawan terhad sebanyak 20 juta pound semusim selama 5 musim sehingga 2014. Apakah belanjawan terhad ini? Menurut firma tersebut belanjawan terhad ini merangkumi semua aktiviti jual beli pemain baru pada musim-musim yang akan datang. Ianya juga termasuklah pembaharuan kontrak yang bakal diberikan kepada pemain-pemain kesebelasan utama. 20 juta pound setiap musim selama 5 musim dan ditambah akan ada pengurangan di dalam belanjawan tersebut jika ada pemain yang ditawarkan kontrak baru pada musim-musim yang akan datang? Lebih baik bawa pasukan Liverpool ini dan bermain di divisyen dua Inggeris jika itu belanjawan yang digebangkan oleh pemilik-pemilik amerika tersebut. Janganlah memperbodohkan para peminat Liverpool, adakah bijak untuk meletakkan belanjawan membeli pemain baru dan memberikan kontrak baru kepada pemain sedia ada di dalam satu akaun? Patutlah bila ditanya mengenai belanjawan pasukan, samada Hicks atau Gillett dengan pantas memberikan jawapan “20 juta pound”. Sekarang kita tahulah mengapa angka 20 juta pound ini kerap bermain di mulut mereka. Dan terjawablah juga mengapa Rafa terpaksa menjual pemain dahulu sebelum beliau membeli pemain baru. Rafa terpaksa menghadapi keadaan ini sehingga 2014!!! Persoalan buat kita semua para peminat Liverpool, berapa lama Rafa akan bertahan dengan keadaan ini? Perlu diingatkan Rafa meninggalkan Valencia untuk menyertai Liverpool dahulu disebabkan oleh perkara yang sama iaitu pertikaian mengenai belanjawan yang boleh dikeluarkan oleh kelab untuk membeli pemain-pemain baru. Dan perkara yang sama hampir berulang kembali di Liverpool.

Sungguh memalukan keadaan ini kerana sebagai sebuah kelab yang cukup tersohor di dunia bolasepak dan bermain di Liga Juara-Juara Eropah hampir setiap musim, belanjawan 20 juta pound setiap musim ini bagaikan langit dengan bumi berbanding dengan belanjawan pasukan-pasukan utama lain di Liga Perdana Inggeris. Bagaimana kita hendak bersaing untuk merebut gelaran Liga Perdana Inggeris jika peluang untuk mendapatkan pemain-pemain terbaik dihadkan oleh belanjawan ini? Nampaknya semakin sukar buat Liverpool untuk memberikan saingan jika beginilah keadaannya di Anfield. Mempunyai pemilik-pemilik yang hanya pandai membuat hutang dan kemudiannya hanya mencari jalan untuk mendapatkan pembiayaan semula untuk hutang tersebut bukanlah cara yang bijak untuk menguruskan sebuah kelab bolasepak seperti Liverpool. Dalam bahasa yang lebih mudah, jika tidak berduit janganlah bercita-cita untuk menguruskan sebuah kelab Liga Perdana Inggeris, lebih-lebih lagi sebuah kelab gergasi seperti Liverpool. Sesuatu yang harus difahami oleh pemilik-pemilik ini, jika mahu terlibat dengan kelab seperti Liverpool, pelaburan yang diperlukan bukanlah puluhan juta tetapi mampu mencapai ratusan juta malah berbilion pound jika mahukan pasukan tersebut berjaya. Dan kekuatan kewangan ini perlu ada di dalam poket pemilik sendiri dan bukannya membuat pinjaman dari bank. Alasan seperti Liverpool perlu berhati-hati berbelanja supaya tidak menerima nasib seperti Leeds United tidak boleh digunapakai kerana seperti yang saya tegaskan sebelum ini, pemilik perlu mempunyai kekuatan kewangan sendiri dan bukannya membuat hutang untuk menguruskan kelab. Kita mungkin boleh memberikan ruang untuk pemain-pemain muda beraksi serta menjual pemain-pemain yang tidak diperlukan di dalam skuad utama. Namun itu bukanlah penyelesaian terbaik kerana kita juga perlu mendapatkan pemain-pemain bertaraf bintang seperti David Villa atau Franck Ribery jika berhajat untuk menguasai Liga Perdana Inggeris dan juga Eropah. Mungkin sudah tiba masanya Hicks dan Gillett ditunjukkan jalan keluar dari Anfield kerana mereka semakin tidak digemari oleh para peminat. Dan kepada Parry dan Moores, mungkin anda akan dimakan sumpah peminat kerana disebabkan “kecerdikan” anda berdua yang menyebabkan Liverpool berada di dalam keadaan sekarang.


YNWA

Saturday, September 12, 2009

Liverpool : Selamat Datang Standard Chartered

Berakhirlah riwayat syarikat arak yang telah menjadi penaja Liverpool selama 17 tahun. Berita yang amat menggembirakan buat peminat muslim Liverpool. Selepas ini bolehlah berkira-kira untuk memiliki jersi replika Liverpool yang sudah lama diidamkan. Saya masih terfikir apalah modal mereka yang suka mencari pasal dengan para peminat Liverpool sebelum ini. Satu perkembangan positif dari kem Liverpool apabila menamatkan jaringan penajaan dengan syarikat arak tersebut dan memeterai perjanjian penajaan baru dengan konglomerat perbankan dunia yang berpengkalan di London iaitu, Standard Chartered. Perjanjian yang dilaporkan bernilai 80 juta pound itu merangkumi tajaan sebanyak 20 juta pound semusim selama empat musim. Penajaan oleh Standard Chartered ini akan bermula pada pertengahan tahun hadapan setelah kontrak penajaan dengan syarikat arak tersebut berakhir. Jumlah penajaan yang diterima oleh Liverpool ini menyamai penajaan yang diterima oleh salah satu daripada kelab-kelab utama di Liga Perdana Inggeris dan ianya merupakan jumlah penajaan yang tertinggi. Liverpool mengambil langkah pantas apabila hak rundingan eksklusif dengan syarikat arak tersebut tamat pada bulan Julai lepas. Syarikat arak tersebut telah gagal untuk menyamai jumlah 20 juta setahun yang ditawarkan oleh Standard Chartered bagi pakej penajaan terbaru skuad The Reds ini.

Pengarah komersial Liverpool, Ian Ayre telah memainkan peranan penting di dalam usaha menarik minat penaja baru untuk melabur ke atas Liverpool, salah satu jenama yang cukup ternama di dalam dunia bolasepak dunia. Liverpool yang sebelum ini dikritik hebat kerana kegagalan mereka untuk mempergunakan sepenuhnya kelebihan yang mereka miliki untuk menjana lebih pendapatan melalui jumlah peminat yang cukup besar di seluruh dunia. Melalui penajaan baru ini, Liverpool dijangkakan akan meluaskan dan mengukuhkan penguasaan ke atas pemasaran jenama mereka di seluruh dunia selepas ini. Dengan pengumuman rasmi yang dijangka akan dibuat pada minggu hadapan, penajaan Standard Chartered ini telah menunjukkan Liverpool kini sedang mara ke arah yang betul. Dengan penajaan ini juga, Rafa dijangkakan akan mempunyai lebih dana untuk mendapatkan pemain-pemain baru pada musim hadapan. Cuma antara persoalan yang menjadi tanda tanya kita semua, adakah Rafa akan mendapat dana yang sepatutnya? Atau adakah pemilik-pemilik Liverpool akan cakap tidak serupa bikin lagi dan Rafa masih terpaksa menjual sebelum dapat membeli pemain baru? Sama-sama kita saksikan episod ini pada musim depan nanti. Kepada Purslow dan Ayre, tahniah di atas kegigihan anda berdua untuk membangunkan Liverpool. Selamat Datang kepada Standard Chartered dan kehadiran anda dialu-alukan oleh semua peminat Liverpool di seluruh dunia.


YNWA

Tuesday, September 8, 2009

Liverpool : Pasukan Lumba Kereta Formula Superleague


Saya tidak pasti berapa ramai di antara kita yang menyedari kewujudan pasukan lumba kereta The Reds yang kini sedang beraksi di pertandingan Formula Superleague. Walapun pasukan bolasepak kendalian Rafa Benitez di Liga Perdana Inggeris memulakan kempen musim ini dengan keputusan yang tidak konsisten, pasukan lumba kereta The Reds dengan pelumba dari Sepanyol yang mengemudi kereta tersebut telah mengukuhkan lagi kedudukan mereka di carta Formula Superleague dengan persembahan yang lebih mantap di Estoril. Pemandu Sepanyol, Adrian Valles menamatkan perlumbaan ditempat kedua dan kesembilan di dalam dua perlumbaan di litar Portugal itu. Dan itu mencukupi untuk pasukan dari Merseyside ini untuk mendahului dengan kelebihan 58 mata daripada pencabar terdekat itu pasukan Spurs di dalam pertandingan yang bertemakan kepada pasukan bolasepak utama eropah itu. Pasukan dari utara London itu dengan pemandi Craig Dolby hanya mendapat tempat kelapan di perlumbaan pertama dan terkeluar di perlumbaan kedua. Pemenang utuk perlumbaan pertama adalah pelumba Argentina, Esteban Guerreri untuk pasukan Olympiakos dan perlumbaan kedua dimenangi oleh pemandu dari kelab tuan rumah FC Porto iaitu Alvaro Parente. Bekas perlumba Formula One, Sebastian Bourdais turut menyertai perlumbaan ini.

Valles amat gembira dengan pencapaian mereka di Estoril kerana matlamat utama mereka pada perlumbaan ini adalah untuk mengukuhkan kedudukan di tempat teratas carta dan mereka telah melakukakannya dengan baik. Valles menambah lebih banyak kemenangan menyusul selepas ini tetapi mereka perlu lebih kompetatif kerana pasukan-pasukan lain semakin meningkat persembahan mereka menjelang perlumbaan pusingan akhir di Jarama. Sekarang bukanlah masa untuk berehat kerana sebarang kesilapan akan membawa pada kepada pasukan, tambah Valles lagi. Nampaknya pasukan lumba kereta The Reds semakin menghampiri kejayaan di pertandingan Formula Superleague dengan pesembahan yang semakin konsisten sehingga sekarang. Diharapkan kejayaan pasukan lumba kereta ini boleh menjadi inspirasi bagi pasukan bolsepak Liverpool di dalam menggalas cabaran mereka pada musim ini. Mungkin saingan tidak sesengit kejohanan bolasepak di peringkat eropah tetapi kejayaan pasukan lumba kereta The Reds ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.


YNWA

Monday, September 7, 2009

Liverpool : Skuad Liga Juara-Juara Eropah 09/10


Dengan musim Liga Juara-Juara Eropah yang akan bermula pada minggu hadapan. Cabaran Liverpool akan dipikul oleh senarai 28 orang pemain yang telah didaftarkan untuk beraksi di kejohanan tersebut. Liverpool yang tidak bermain di pusingan kelayakan kerana mendapat bye di pusingan tersebut akan terus beraksi di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah. Liverpool akan memulakan cabaran di Eropah dengan perlawanan di tempat sendiri menentang pasukan dari Hungary Debreceni VSC di tempat sendiri pada 16 September sebelum berkunjung ke Itali untuk menghadapi Fiorentina. Perlawanan timbal balik kemudian menyusul dengan Lyon sebelum bertandang semula ke Hungary untuk menghadapi Debreceni VSC. Perlawanan peringkat kumpulan ini berakhir dengan perlawanan di tempat sendiri menentang Fiorentina pada 6 Disember nanti. Diharapkan Liverpool dapat beraksi dengan baik pada musim ini kerana Liga Juara-Juara Eropah tidak pernah menghampakan kita di dalam menawarkan mutu permainan berkualiti dari Liverpool. Berikut adalah senarai penuh 28 orang pemain yang akan mengibarkan cabaran Liverpool di Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini :


PENJAGA GOL

Diego Cavalieri, Pepe Reina, David Martin.


PERTAHANAN

Glen Johnson, Daniel Agger, Fabio Aurelio, Sotirios Kyrgiakos, Emiliano Insua, Jamie Carragher, Stephen Darby, Martin Kelly, Martin Skrtel, Andrea Dossena.


TENGAH

Alberto Aquilani, Steven Gerrard, Yossi Benayoun, Javier Mascherano, Lucas Leiva, Jay Spearing, Damien Plessis, Albert Riera.


PENYERANG

Fernando Torres, Andriy Voronin, Dirk Kuyt, Ryan Babel, David Ngog, David Amoo, Nathan Eccleston.


YNWA

Sunday, September 6, 2009

Liverpool : Tertunda Lagi


Antara rancangan masa depan Liverpool selain daripada mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah adalah pembinaan stadium baru di Stanley Park. Pembinaan stadium baru ini adalah antara agenda yang memang dicanangkan oleh pemilik sewaktu mereka mengambilalih Liverpool dahulu. Pembinaan stadium baru di Stanley Park ini adalah amat penting untuk meneruskan survival Liverpool di dalam era bolasepak moden yang jelas menuntut komitmen dari segi kewangan yang semakin meningkat saban hari. Pembinaan stadium baru ini juga akan membolehkan Liverpool menyaingi pencabar-pencabar lain di Liga Perdana Inggeris yang mempunyai kapasiti stadium yang lebih besar untuk menempatkan bilangan penonton yang lebih banyak. Hasil yang diperolehi oleh kelab-kelab utama Liga Perdana Inggeris yang mempunyai kapasiti stadium 50,000 temapat duduk ke atas pasti akan membantu kewangan kelab secara langsung. Kelab-kelab utama ini mampu menarik penonton untuk memenuhi stadium di setiap perlawanan tidak kira samada perlawanan yang membabitkan Liga Perdana Inggeris atau Liga Juara-Juara Eropah. Liverpool yang berpengkalan di Anfield jelas mempunyai ramai peminat yang setia dimana di setiap perlawanan, kapisiti Anfield berjumlah 45,000 tempat duduk pasti akan dipenuhi oleh para peminat.

Namun itu yang menjadi persoalan kita sekarang ialah sejauh mana perkembangan rancangan pembinaan stadium baru Liverpool di Stanley Park? Jawapannya ialah kita semua akan kempunan lagi untuk melihat pembinaan stadium baru ini dalam masa terdekat. Khabar terbaru dari Anfield telah menyatakan pemilik Liverpool telah menangguhkan rancangan untuk membina stadium baru di Stanley Park sehingga keadaan ekonomi dunia pulih seperti sedia kala. Ini adalah kerana kesukaran untuk mendapatkan kredit pembiayaan berjumlah 490 juta pound bagi membiayai pembinaan stadium baru tersebut. Stadium baru di Stanley Park ini mempunyai kapasiti sebanyak 60,000 tempat duduk dan bakal menggantikan Anfield yang dibina pada 1884 dijangkakan akan dibuka pada tahun hadapan. Tetapi keadaan ekonomi dunia yang semakin meleset sekarang telah menyebabkan pembinaan stadium baru ini dihentikan pada bulan Ogos lepas dengan tiada tarikh baru ditetapkan untuk menyambung semula pembinaan ini. Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Urusan Liverpool, Christian Purslow di dalam kenyataan beliau kepada media.

Perancangan stadium baru memang baik untuk masa depan Liverpool tetapi yang menjadi persoalan ialah mampukah Liverpool menanggung hutang sebanyak 490 juta pound yang diperlukan untuk pembinaan stadium baru tersebut? Janganlah kita menjadi seperti pasukan senapang yang mempunyai stadium baru tetapi terpaksa mengkuruskan belanjawan bagi mendapatkan pemain baru. Untuk pelaburan jangka panjang, pembinaan stadium baru pasti akan menguntungkan kelab. Diharapkan Liverpool dapat menstrukturkan hutang yang diperlukan untuk membina stadium baru tersebut dengan baik agar tidak menganggu sebarang perancangan Liverpool untuk memenangi kejuaraan di setiap pertandingan yang disertai. Perkembangan pasukan haruslah selari dengan perancangan kewangan Liverpool dan kita tidak mahu disebabkan masalah kewangan, perkembangan pasukan akan terbantut di separuh jalan. Penangguhan ini juga memberi peluang kepada para peminat Liverpool untuk terus merasai suasana di Anfield yang jelas telah menjadi gelanggang keramat Liverpool dan penuh dengan nostalgia semenjak zaman berzaman.


YNWA

Wednesday, September 2, 2009

Liverpool : Seperti Anak Tiri

Di suatu petang yang hening dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, dua sahabat peminat sejati The Reds iaitu Mamat dan Usin duduk di pondok tepian sawah sambil menikmati angin petang yang bertiup dengan nyaman. Mereka berdua merehatkan diri setelah sehari suntuk bekerja sambil menunggu ketibaan waktu berbuka puasa. Mamat yang memang terkenal dengan semangat merahnya itu di serata kampung hinggakan orang-orang kampung menggelarkan beliau Mamat “Kop” mengambil nama The Kops stand di Anfield. Usin juga tak kurang hebatnya minat kepada pasukan dari Merseyside ini. Kedai Pak Long Amat di hujung kampung menjadi port utama mereka jika ada perlawanan membabitkan Liverpool. Jika mereka berdua ada di situ, maka habislah astro Pak Long Amat menjadi milik mereka. Penyokong-penyokong pasukan lain seperti Meon pengikut setia Setan Merah, Padil yang mengagumi pasukan senapang mahupun Sarip yang menyokong pasukan jambatan pasti akan tarik muka empat belas jika terserempak mereka berdua di kedai Pak Long Amat. Bukannya apa, mereka pasti akan kempunan untuk melihat perlawanan pasukan mereka kerana Mamat dan Usin pasti mahu menonton perlawanan Liverpool sahaja. Kedai terdekat lain yang mempunyai astro hanyalah kedai mamak nun jauh di pekan. Tidak menjadi pilihan mereka semua kerana jika perlawanan habis lewat pagi, perjalanan pulang agak mengerikan kerana terpaksa melalui perkuburan lama yang berusia beratus tahun dan mencabar tahap keberanian para penduduk kampung. Sudah ramai penduduk kampung yang disapa oleh penghuni-penghuni di situ tapi tiadalah yang cedera atau jatuh sakit sehingga sekarang. Berbalik kepada Mamat dan Usin, dua sahabat ini memulakan perbualan setelah badan sungguh selesa berbaring di atas lantai pondok tersebut,

Mamat: “Tiada apa yang menarik buat Liverpool semalam la bro.”
Usin: “Tiada yang menarik? Apa maksud hang ni bro? Aku tak bapa faham la.”
Mamat: “ Semalam kan hari last untuk beli pemain, takdak langsung berita pemain baru yang masuk ke Liverpool.”
Usin: “ Oh pasal beli player baru la ni. Aku pun tunggu jugak pagi ni mana la tahu ada pemain baru yang tiba di Merseyside semalam. Hampeh senyap sunyi saja Anfield.”
Mamat: “Aku ingat dapat la jugak tengok kelibat David Villa atau David Silva di Anfield kali ni tapi bayang pun tak nampak la jawabnya.”
Usin: “Hang tau dak pasai apa team kita nih tak dapat perform dengan baik pada awai-awai musim ni?”
Mamat: “Bukan kena tanya pak nujum pun nak tahu kat mana kekurangan pasukan kita. Selain dari ilang playmaker Alonso, boss Liverpool, Rafa kena jual pemain dahulu barulah dia boleh bawa masuk pemain baru. Bukanlah cara tu salah tetapi seingat aku, Rafa kena buat macam tu semenjak dia mula amik alih Liverpool 5 musim yang lepas.”
Usin: “Aku setuju, Johnson, Aquaman dan si Spartan tu semua dibeli hasil daripada jualan pemain oleh Rafa. Bukan ker owner mangkuk 2 ekor tu cakap dia ada bagi Rafa 20 juta untuk beli pemain?”
Mamat sambil mencebik mulut: “Huh, kita semua kena tipu la dengan lembu-lembu tu bukan Rafa sorang aja. Ada ka patut, budget untuk renew kontrak baru pemain termasuk dalam budget untuk beli pemain? Bodo piang sungguh.”
Usin pun mengangguk: “ Setahu aku, Aquaman bukan kita bayar semua sekaligus, Johnson pun tolak utang Crouch dan Spartan harga pun ciput. Mana pegi abis duit jual Alonso tu bro? Banyak tu.”
Mamat: “Itu yang buat aku meluat dekat owner mangkuk tu, dengar kata depa buat bayar bunga pinjaman dengan bank. Bangang betul ada ka depa yang buat hutang, Liverpool pulak yang kena bayar. Ni semua keja si ikan pari yang sangat cerdik amik owner yang mangkuk untuk jadi tokey Liverpool. Kalu la awal-awal amik DIC yang kini jadi tokey di City, bayangkan dengan siapa yang akan jadi member satu team dengan Gerrard dan Torres. Unlimited fund weii!”
Usin: “ Peminat Liverpool satu dunia memang meluat giler dengan mangkuk 2 ekor tu, banyak lagi musibah dari pekdah yang diaorg bawa masuk ke Liverpool bro.”
Mamat: “Bila la nak berambus mangkuk 2 ekor ni, jutawan Kuwait nak beli aritu tapi nak jual harga mahal tak ingat dunia. Pastu takmo jual semua saham pulak tu. Nak jugak menyibuk dalam lembaga pengarah Liverpool.”
Usin: “Memang betui la apa yang hang cakap bro. Owner mangkuk tu tak bapa nak support Rafa untuk amik pemain baru. Rafa siap merayu supaya diberi lebih bantuan kewangan untuk mendapatkan tambahan beberapa pemain baru untuk musim ni tapi kena reject mentah-mentah. Memang dah patut berambus 2 ekor mangkuk tu.”
Mamat: “Kalau nak jadi owner kelab tapi tak mahu keluar duit, lebih baik balik kampung tanam jagung. Tak menyusahkan orang lain. Memang kita tak bernasib baik dapat owner yang takdak semangat Liverpool ni.”

Kedua-dua sahabat tersebut memandang jauh ke arah sawah sambil mengenangkan nasib yang bakal menimpa Liverpool pada musim ini. Tiba-tiba muncul Dali, member sekampung yang turut berminat menonton Liga Perdana Inggeris tetapi tidak menyokong mana-mana pasukan. Atas sebab patriotik katanya. Dali menyapa dua sahabat yang sedang termenung jauh itu.

Dali: “Wei apa kes menung jauh-jauh ni sampai bapa kilometer sawah korang lalu ni, awek lari ka? Hehehe!”
Mamat: “Ceh hang rupanya Dali, aku ingatkan sapa tadi. Apa pulak awek lari wei, Milah anak tok penghulu tu dah sign kontrak dengan aku la. Aku dah booking awai-awai lagi. Hahaha!”
Usin: “Wei sejak bila hang ada skandal dengan anak tok penghulu ni bro? Aku tak tau pun. Hehehe!”
Mamat sengih: “ Pandai makan, pandai la simpan bro. Hehehe!”
Dali: “Dah-dah sembang pasal awek. Ni apasal hangpa dua orang dok menung jauh sangat ni? Sampai aku dah dekat pun hangpa tak perasan langsung.”
Mamat: “Kitaorang tengah bincang pasal aktiviti perpindahan dan juga owner Liverpool yang hampeh tu.”
Dali: “ Oooooo patut la termenung jauh. Ni bincang pasal masalah Liverpool secara global rupanya.”
Usin: “Betui tu bro. Hangin betul dengan owner kayap Liverpool ni. Abis tradisi kelab jadi mainan.”
Mamat: “Dali, apa pandangan hang sebagai neutralist tentang peluang Liverpool pada musim ni?”
Dali: “Pendapat aku? Mudah sahaja, Liverpool dan 3 lagi kelab utama pasti akan menguasai kembali liga perdana sedikit masa lagi. Kenapa? Kelab-kelab utama ini selalunya mengambil sedikit masa untuk panas enjin. Bagi la 3-4 perlawanan lagi, hang akan tengok perubahan yang amat ketara nanti.”
Usin: “Tapi Liverpool dah kalah dua kali ni bro. Pening jugak memikirkan apa yang dah berlaku di Anfield.”
Dali: “Kena ingat musim masih ada sembilan bulan, banyak lagi kemungkinan yang akan berlaku seperti kecederaan, penyertaan di dalam liga juara-juara dan juga kembalinya pemain-pemain utama ke tahap kecergasan yang sebenar. Faktor-faktor ini sedikit sebanyak akan mencorakkan persaingan liga di sepanjang semblan bulan ini.”
Mamat: “Aku yakin dengan Rafa dan juga Liverpool walaupun prestasi agak terumbang-ambing setakat ini. Harapnya pemain-pemain yang cedera dapat kembali ke kesebelasan utama secepat mungkin bagi menggantikan pemain yang under performing sekarang ni.”
Usin: “Tak payah sebut la sapa, kang kasi panas aja hati.”

Dali tersenyum melihat gelagat kedua-dua sahabatnya itu. Untuk menghilangkan rasa gundah mereka berdua, Dali mengajak mereka layan pasar ramadhan di tapak niaga FAMA berhampiran balai raya.

Dali: “Jom layan param (pasar ramadhan), mana tahu kot-kot terserempak dengan Milah buah hati hang.”
Mamat dengan pantasnya bergerak: “Jom-jom cepat kang tutup pulak param tu nanti.”
Usin: “Ek eleh rilek aaa bro, tak lari punya si Milah tu. Kalau lagi best siap pakej jumpa dengan mak mertua hang lagi. Hahaha!”

Ketiga-tiga sahabat itu pun berlalu ke pasar ramadhan dengan menaiki motosikal masing-masing. Perut masing-masing sudah terbayang ayam percik yang bakal menjadi mangsa santapan berbuka nanti.

*Hanya Imaginasi Penulis Setelah Tempoh Perpindahan Tamat Semalam.

YNWA

Wednesday, August 26, 2009

Liverpool : Tengah Perlu Perubahan

Setelah melihat 3 aksi perlawanan awal musim Liverpool pada kali ini, jelas dapat saya rumuskan di sini, Liverpool amat lemah di bahagian tengah. Kelemahan ini telah menyebabkan Liverpool kehilangan penguasaan di tengah padang terutama sekali ketika menentang Tottenham dan juga Aston Villa. Walaupun hakikat ini tidak mahu diakui oleh Rafa, saya yakin para peminat sekalian tahu kelemahan Liverpool pada ketika ini. Dan tiada guna kita mengenangi kehilangan Alonso kerana beliau tidak lagi bersama-sama kita. Lucas walaupun diwar-warkan oleh Rafa antara pemain yang mempunyai masa depan cerah di Anfield jelas masih jauh panggang dari api. Perlawanan demi perlawanan, beliau masih berada di tahap lama dan tidak mahu menunjukkan sebarang peningkatan walaupun telah diberi banyak peluang oleh Rafa. Peminat semakin hilang sabar dengan corak permainan beliau yang jelas akan memudaratkan Liverpool. Terbaru, beliau telah mendermakan sepakan percuma dan menolong untuk menewaskan Reina melalui sepakan tersebut. Sudah sampai masanya Rafa meletakkan beliau di bangku simpanan atau terus menjual beliau bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan kepada pasukan. Rafa tiada pilihan? Mungkin jika bercakap mengenai pengganti Alonso, itu mungkin benar tetapi untuk meletakkan Lucas dan berharap beliau bermain seperti Alonso, itu merupakan satu malapetaka. Sistem yang digunapakai sekarang amat sesuai jika Alonso masih bersama-sama Liverpool. Rafa perlu membuat sedikit perubahan kepada percaturan taktikal jika beliau masih mahu melihat Liverpool mencabar kejuaraan liga. Gerrard, Benayoun, Kuyt, Riera adalah antara pilihan pemain yang mampu mevariasikan corak permainan Liverpool.

Saya masih mahu melihat kelibat Aquilani secepat mungkin beraksi di kesebelasan utama Liverpool dan ianya pasti tidak akan berlaku di dalam masa terdekat. Diharapkan Aquilani mampu memberikan lebih banyak suntikan kreativiti kepada bahagian tengah Liverpool. Dan janganlah beliau menjadi seperti Dossena di Anfield. Ianya bukan sesuatu jaminan Aquilani akan terus bermain dengan baik di bahagian tengah Liverpool, namun sekurang-kurangnya Aquilani mampu untuk terus membantu menjana serangan daripada bahagian tengah Liverpool, itu sudah cukup baik. Walaupun belum diketahui kemampuan pemain tengah Itali ini, beliau sungguh berkobar-kobar untuk memulakan kariernya dengan Liverpool. Dan terdapat juga desas-desus yang Rafa kini menimbangkan untuk membawa Rafael Van der Vart ke Anfield dengan bayaran 10 juta pound dari Real Madrid. Saya tidak pasti sejauh mana benarnya berita ini, namun jika dilihat dengan perangai pemilik-pemilik Liverpool sekarang, memang Van der Vart tidak akan menjejakkan kaki ke Anfield. Biar apa pun yang berlaku, saya masih percayakan Rafa merupakan pengurus yang bakal membawa kejuaraan liga ke 19 kembali ke Anfield. Masalahnya cuma satu iaitu kurangnya sokongan kepada beliau daripada pemilik kelab untuk membeli pemain-pemain baru. Sekali lagi saya tegaskan di sini, Menang, Kalah atau Seri, kita semua akan tetap bersama-sama LIVERPOOL FC!!!


YNWA

Monday, July 20, 2009

Liverpool : Sejarah Menjadi Inspirasi


Di antara kelebihan yang dimiliki oleh para peminat Liverpool di Malaysia dan dunia amnya adalah KESETIAAN yang tidak berbelah bagi kepada kelab dari Merseyside ini. Ramai antara rakan-rakan yang saya kenali telah mengikuti perkembangan kelab ini semenjak berpuluh tahun dahulu lagi. Sebagai peminat setia, di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua 12 tarikh/tahun yang cukup signifikan di dalam sejarah penubuhan kelab Liverpool ini. Sejarah ini telah membuktikan bahawa Liverpool adalah antara kelab terbaik di persada bolasepak dunia. Artikel ini saya petik dari laman web rasmi liverpoolfc.tv :

If it wasn't for one man, Liverpool Football Club would never have been born. When Everton left Anfield in a dispute over rent in 1892, club chairman John Houlding stayed behind along with a handful of supporters and just three first-team players. But he was determined to see football continue at the ground. He formed a new club from scratch, chose the name Liverpool… and created a legend.

Even John Houlding couldn't have predicted how successful it would become. More than 100 years on, no English club can match the LiverpoolFC roll of honour; League Champions 18 times, FA Cup winners seven times, League Cup winners seven times, European Cup winners five times and UEFA Cup winners three times.


When it is completed, the History channel will chart the rise and rise of Liverpool FC to the very summit of the England game, from the struggles of the early years right up to Gerard Houllier's historic treble in 2001. This channel will recall glorious domestic victories and European triumphs and reflect on the tragedies of Heysel and Hillsborough.


We've focused on 12 key dates in Liverpool Football Club's history to begin with but over time, we'll have over 100 chapters in this section alone as we present the ultimate history of England's greatest ever football club. This is a story of incredible passion and pride - a story that not only inspires Liverpool fans but football supporters the world over.


1892 – Liverpool Football Club formed

The history of Liverpool Football Club begins with our greatest rivals and neighbours, Everton, for it was from a dispute with Everton that Liverpool Football Club was born.

1901 - Our first title win

In mid-February of the 1900-01 season, Liverpool had lost eight games and conceded 31 goals and the championship looked a pipe-dream. Twelve games later and after nine wins and three draws, the title was ours.

1950 - First Wembley appearance

Arsenal provided the opposition when Liverpool made their first appearance at Wembley. It should have been a momentous occasion in the club's history but a 2-0 defeat prolonged the Reds’ wait for FA Cup glory.

1959 - Shankly appointed manager

December 1st 1959 is a date that will forever be etched in the annals of Anfield history. For it was on this day that Liverpool Football Club announced Huddersfield Town boss Bill Shankly would be their new manager in succession to Phil Taylor.

1965 - Winning the FA Cup for first time

There was a feeling of quiet optimism around Anfield that this could, at last, be Liverpool’s year in the competition we so desperately craved success in. After all, we were the reigning league champions and, under Bill Shankly, anything seemed possible.

1977 – 1st European Champions

If winning the FA Cup for the first time in 1965 is regarded as the greatest day in the history of Liverpool Football Club, then there is no doubt that winning the European Cup for the first time in 1977 was the greatest night.

1985 - Heysel Disaster

No one will ever forget the tragic events at the Heysel Stadium in Brussels on May 29 1985. Liverpool were playing Juventus in the European Cup Final and what should have been one of the greatest nights in the club's history turned into the lowest.

1986 - Doing the Double

Liverpool Football Club kicked off the 1985/86 under a giant cloud. The events of Heysel just four months previous had heaped shame on Anfield but that grey cloud was to have a glorious silver lining.

1989 – Hillsborough

On April 15th 1989, over 25,000 Liverpool supporters travelled down to Hillsborough to watch the FA Cup semi-final match with Nottingham Forest. 96 of them never returned.

2001 - Clinching the cup treble

Just four days after dramatically snatching the FA Cup from Arsenal's grasp in Cardiff, and with the Worthington Cup already safely tucked away in the Anfield trophy cabinet, Liverpool's class of 2001 completed an unprecedented cup treble.

2005 - Champions League Winners 2005

On what will go down as THE most incredible night in this club's illustrious history Liverpool reclaimed their crown as Kings of Europe after miraculously overcoming a 3-0 half-time deficit to defeat AC Milan at the Ataturk Stadium in Istanbul.

2006 - FA Cup Winners 2006

The 2006 FA Cup Final will be remembered in Anfield folklore as the Gerrard final as captain fantastic Steven Gerrard rescued Liverpool with a stunning last minute equaliser to break West Ham's hearts and force extra-time.


YNWA

Saturday, July 4, 2009

Liverpool : Koleksi Kata-Kata Lagenda

Kepada rakan-rakan yang merupakan "orang lama" kepada Liverpool FC, pasti ada di antara petikan kata-kata di bawah yang pernah anda baca di media dan juga internet. Ianya adalah merupakan petikan kata-kata daripada lagenda-lagenda Liverpool termasuklah Ian Rush, Bill Shankly, Bob Paisley dan juga tidak ketinggalan petikan daripada pengurus Lverpool sekarang, Rafael Benitez. Petikan kata-kata ini merupakan pembakar semangat kepada pemain-pemain Liverpoool dahulu dan juga sekarang. Koleksi 20 petikan kata-kata terbaik ini adalah dari laman rasmi liverpoolfc.tv yang telah mengadakan undi untuk memilih petikan kata-kata yang terbaik. Antara yang tersenarai adalah petikan kata-kata Rafa ketika di masa rehat separuh masa pertama ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 04/05 menentang AC Milan di Istanbul, Turki. Liverpool pada ketika itu sedang ketinggalan 0-3 kepada Milan dan petikan kata-kata Rafa telah menaikkan semangat anak buahnya pada ketika itu. Hasilnya mereka berjaya menjaringkan 3 gol pada separuh masa kedua dan seterusnya merangkul trofi kejuaraan pada musim tersebut dengan menewaskan Milan melalui sepakan penalti. Mari kita hayati koleksi 20 petikan kata-kata terbaik dari liverpoolfc.tv :

1. "If Everton were playing at the bottom of the garden, I'd pull the curtains." (Bill Shankly)

2. "In my time at Liverpool we always said we had the best two teams in Merseyside: Liverpool and Liverpool Reserves." (Bill Shankly)

3. "Please be quick, I need to get to the hospital to make sure Robben is okay!" (Rafa after Arjen Robben's theatrics led to Pepe Reina being sent off)

4. "If you're in the penalty area and don't know what to do with the ball, put it in the net and we'll discuss the options later." (Bob Paisley)

5. "Mind you, I've been here during the bad times too - one year we came second." (Bob Paisley)

6. "Liverpool are magic, Everton are tragic." (Emlyn Hughes)

7. "It was like playing in a foreign country." (Ian Rush on his time with Juventus in Italy)

8. "Anybody who plays for me should be a bad loser." (Graeme Souness)

9. "You can't call yourselves Liverpool players if you have your heads down. If we create a few chances we have the possibility of getting back into this. Believe you can do it and you will. Give yourself the chance to be heroes." (What Rafa Benitez reportedly told his players at half-time in Istanbul)

10. "Of course I didn't take my wife to see Rochdale as an anniversary present, it was her birthday. Would I have got married in the football season? Anyway, it was Rochdale Reserves." (Bill Shankly)

11. "Nobody likes being criticised, particularly by players who will be in Disneyland this summer on their holidays rather than the World Cup in Japan." (Phil Thompson responding to criticism from Frank de Boer of Barcelona, who said Liverpool were boring)

12. "As a manager you are important sometimes and you make mistakes, but the most important people are your staff and your players. Never call me the special one." (Rafa Benitez)

13. "I will never forget Steve Nicol's arrival in October 1981. Until then, the three Scots already at Anfield, Al, Graeme and me, had been pretty well able to look after ourselves. We had built up an understanding that the Scots were the master race. We would quote historical facts to the English players to prove it. Some of the most important inventions and discoveries in the world came from from Scots, like television, the telephone, penicillin, the steam engine and tarmac. Their names are part of history - John Logie Baird, Alexander Graham Bell, Alexander Fleming, James Watt. Not to mention those other wonders of the world, golf and whisky... Everything we had built up, he destroyed in 10 minutes." (Kenny Dalglish on his fellow Scotsman)

14. "He couldn't play anyway. I only wanted him for the reserve team." (Bill Shankly upon hearing Celtic's Lou Macari had snubbed Liverpool in favour of a move to Manchester United)

15. "Our job is to make the fans happy. When we win, 45,000 people go home happy. When we lose, it not only affects them, it affects their cats." (Gerard Houllier)

16. "Take that bandage off. And what do you mean about YOUR knee? It's Liverpool's knee!" (Bill Shankly to Tommy Smith)

17. "Chairman Mao has never seen a greater show of red strength." (Bill Shankly)

18. "Who's bigger than Liverpool?" (Jamie Carragher when asked by Sky Sports if he'd thought of moving to a bigger club)

19. "When I was at Valencia my wife said that we would win the league. She was right and to mark the occasion she asked me for a new watch. I bought her the watch, but then she said that we would win the UEFA Cup and that when we did she wanted another watch. Now she says that we will win the Champions League and that she will want an even more expensive watch. My wife has a lot of confidence and a lot of watches." (Rafa Benitez)

20. "Some people believe football is a matter of life and death, I am very disappointed with that attitude. I can assure you it is much, much more important than that." (Bill Shankly)
.
.
YNWA

Thursday, June 18, 2009

EPL : Liverpool Bermula Di Tempat Lawan LAGI!!!

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris Musim 09/10 - LIVERPOOL

AUGUST
15 Tottenham (A)
19 Stoke (H)
22 Aston Villa (H)
29 Bolton (A)

SEPTEMBER
12 Burnley (H)
19 West Ham (A)
26 Hull (H)

OCTOBER
3 Chelsea (A)
17 Sunderland (A)
24 Man Utd (H)
31 Fulham (A)

NOVEMBER
7 Birmingham (H)
21 Man City (H)
28 Everton (A)

DECEMBER
5 Blackburn (A)
12 Arsenal (H)
16 Wigan (H)
19 Portsmouth (A)
26 Wolverhampton (H)
28 Aston Villa (A)

JANUARY
9 Tottenham (H)
16 Stoke (A)
26 Wolverhampton (A)
30 Bolton (H)

FEBRUARY
6 Everton (H)
9 Arsenal (A)
20 Man City (A)
27 Blackburn (H)

MARCH
6 Wigan (A)
13 Portsmouth (H)
20 Man Utd (A)
27 Sunderland (H)

APRIL
3 Birmingham (A)
10 Fulham (H)
17 West Ham (H)
24 Burnley (A)

MAY
1 Chelsea (H)
9 Hull (A)

Sudah meluat sebenarnya bila sahaja mengetahui Liverpool membuka tirai Liga Perdana Inggeris musim 09/10 di tempat lawan lagi. Sudah banyak kritikan yang saya baca dari dahulu lagi mengenai jadual perlawanan yang membabitkan Liverpool dari beberapa musim yang lalu. Mungkin sesetengah daripada kita tidak kisah samada kita bermula di Anfield atau di tempat lawan kerana jumlah perlawanan adalah sama banyak. Tetapi saya tidak berpendapat sedemikian kerana adalah lebih baik untuk kita membuka tirai di Anfield kerana kemenangan di tempat sendiri pasti akan memberikan lebih keyakinan kepada pasukan kita untuk memberikan cabaran di Liga Perdana Inggeris. Sepatutnya jadual perlawanan liga ditetapkan jika sesuatu pasukan bermula di tempat sendiri pada musim ini, secara automatik di musim hadapan pasukan tersebut akan bermula di tempat lawan dan begitulah seterusnya. Ianya adalah lebih adil dan boleh mengelakkan sebarang penipuan yang mungkin akan berlaku. Jika 3 pasukan yang baru naik ke Liga Perdana, mereka perlu adakan undian sesama mereka untuk menggantikan pasukan yang tersingkir dari Liga Perdana Inggeris. Di dalam kes ini, 3 pasukan baru ini perlu mengundi sesama untuk menentukan siapa yang akan bermula di tempat sendiri (jika ada antara pasukan yang tersingkir itu bermula di tempat sendiri pada musim baru). Yang lebih parah, pemenang liga sebelum ini bermula di tempat sendiri menentang pasukan baru naik pangkat, Birmingham! Liverpool pula terpaksa berdepan dengan Harry Redknapp lagi di White Hart Lane. Seperti kata seorang pengkritik, seseorang perlu bercakap dengan komputer yang digunakan oleh FA England untuk mengeluarkan jadual perlawanan ini. Berikut adalah statistik perlawanan permulaan Liverpool di Liga Perdana Inggeris dari musim 99/00 :

MUSIM 99/00
Sheffield Wednesday (A)

MUSIM 00/01
Bradford (H)

MUSIM 01/02
West Ham (H)

MUSIM 02/03
Aston Villa (A)

MUSIM 03/04
Chelsea (H)

MUSIM 04/05
Tottenham Hotspur (A)

MUSIM 05/06
Middlesbrough (A)

MUSIM 06/07
Sheffield United (A)

MUSIM 07/08
Aston Villa (A)

MUSIM 08/09
Sunderland (A)

MUSIM 09/10
Tottenham Hotspur (A)

Memang betullah kata pengkritik tersebut, seseorang perlu bercakap dengan komputer milik FA England. Terlalu terang lagi bersuluh tahap kepeningan komputer tersebut. 6 musim berturut-turut Liverpool bermula di tempat lawan memang satu statistik yang melampau berat sebelahnya. Atau ada yang takut dengan cabaran Liverpool? Masihkah anda semua ingat kritikan Rafa terhadap seseorang yang berada di dalam FA England musim lepas?


YNWA

Monday, June 15, 2009

Liverpool : JANGAN HAMPIRI Alonso Dan Mascherano!!!


Perang untuk mempertahankan Alonso dan Mascherano daripada pemangsa-pemangsa di pasaran perpindahan pemain nampaknya berterusan. Seperti yang kita semua telah jangkakan, pemangsa-pemangsa ini akan mencuba dengan pelbagai helah untuk mendapatkan 2 bintang ternama Liverpool ini. Pelbagai desas-desus yang telah kita baca serta dengar dan ada di antaranya membabitkan hal keluarga pemain terbabit itu sendiri. Dan saya amat pasti perkara ini tidak akan berakhir sehinggalah pasaran perpindahan telah ditutup ataupun kedua-dua bintang Liverpool ini ditawarkan kontrak baru oleh kelab. Adakah Liverpool akan berdiam diri sahaja terhadap segala spekulasi yang timbul ke atas kedua-dua pemainnya ini? Mari kita lihat reaksi Liverpool di dalam usaha untuk mengekalkan Alonso dan Mascherano di Anfield pada musim depan.

Di dalam satu kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh kelab melalui laman web rasmi liverpoolfc.tv, Liverpool telah menyatakan kelab untuk mengekalkan serta menegaskan Xabi Alonso dan Javier Mascherano BUKAN UNTUK DIJUAL kepada mana-mana kelab di pasaran perpindahan pemain. Alonso seperti di dalam mana-mana spekulasi telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid manakala Barcelona pula dikatakan berminat untuk mendapatkan Mascherano. Penyerang muda Real, Alvaro Negredo dan Alberto Bueno telah dijadikan umpan untuk menarik minat Liverpool bagi menjalankan sebarang urusan perpindahan bagi Alonso. Walaubagaimanapun, pengurus Liverpool, Rafael Benitez dengan tegas telah mengenepikan dakwaan ini dan beliau telah menyelar spekulasi ini dengan berkata Barcelona “Tidak Mampu Untuk Membeli” Mascherano dan Real diberi amaran Alonso “Bukan Untuk Dijual”. Bagi Rafa, kedua-dua pemain tengah beliau ini amatlah penting di dalam usaha Liverpool mengejarkan kejuaraan pada musim depan. Liverpool menyokong sepenuhnya kenyataan dari pengurus mereka ini dan menegaskan sebarang bidaan untuk kedua-dua pemain ini akan ditolak tanpa sebarang rundingan. Tambahan kepada sokongan kepada Rafa ini, Liverpool telah menyatakan tiada sebarang bidaan rasmi dari mana-mana kelab untuk kedua-dua pemain terbabit dan Liverpool tidak berminat untuk mendapatkan mana-mana pemain Sepanyol yang cuba dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield. Berikut adalah Kenyataan Rasmi daripada Liverpool Football Club di laman rasmi liverpoolfc.tv :

Liverpool Football Club has today released the following statement. "Despite repeated media speculation on the futures of Xabi Alonso and Javier Mascherano, Liverpool has received no official approach or offer from any club regarding the players.

"Neither is for sale and furthermore Liverpool has no interest in the long list of Spanish based players being linked with a move to Anfield as part of any deal."

Dengan Kapitan Gerrard yang telah diberikan tugas untuk membantu Torres di dalam usaha membolosi gol pihak lawan, di sinilah terletaknya kepentingan kedua-dua jeneral padang Liverpool ini. Alonso ditugaskan untuk mengawal bahagian tengah Liverpool dari dikuasai pihak lawan serta membantu bahagian serangan dengan umpanan-umpanan tepat dari beliau. Mascherano pula ditugaskan untuk membantu Alonso dengan memusnahkan sebarang gerakan serangan dari lawan ke arah barisan pertahanan Liverpool dan beliau juga secara langsung terbabit membantu Carra dan rakan-rakan di bahagian tersebut. Kemampuan melakukan umpanan tepat serta memusnahkan gerakan serangan inilah yang merupakan aset penting buat kedua-dua pemain tengah Liverpool ini. Kita telah melihat kemampuan mereka ini pada musim lepas dan terbukti mereka berdua ini adalah nadi bahagian tengah Liverpool. Tanpa mereka berdua, jelas sekali jentera tengah Liverpool kurang berkesan untuk membantu pertahanan dan juga serangan. Jangan berkompromi dengan sebarang urusan perpindahan yang membabitkan mereka berdua kerana tindakan tersebut akan membawa Liverpool ke arah kegelapan serta kehancuran.


YNWA

Thursday, June 11, 2009

Liverpool : Siapa Yang Akan Ke Anfield?

Disebabkan oleh kebangkitan Liverpool pada musim lepas yang begitu ketara di Liga Perdana Inggeris, terdapat ramai pemain yang dikaitkan dengan desas-desus perpindahan ke pasukan bimbingan Rafael Benitez ini. Walaupun keadaan kewangan Liverpool yang agak terhad, ini tidak bermakna Liverpool akan berdiam diri sahaja di pasaran perpindahan pemain. Rafa telah menegaskan beliau akan membawa masuk beberapa pemain untuk memantapkan lagi skuadnya pada musim depan selain daripada mengekalkan pemain-pemain utama seperti Xabi Alonso dan Javier Mascherano di dalam kesebelasan utamanya. Berikut adalah antara beberapa pemain yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield pada musim panas ini :

STEPHANE SESSEGNON
- Pemain muda berusia 24 tahun dari kelab Paris St German (PSG).
- Pemain antarabangsa Benin yang sebelum itu mewakili Le Mans.
- Susuk tubuh dan gaya permainan seperti Micheal Essien.
- Masih belum menyatakan komitmen jangka panjang bersama PSG.
- Mempunyai kontrak 4 tahun lagi dengan PSG.
- Beliau dilaporkan menarik bidaan bernilai 12 juta pound.

GLEN JOHNSON
- Pemain Terbaik Portsmouth bagi musim 08/09.
- Pemain pertahanan kanan England di bawah Fabio Capello
- Berpindah dari Chelsea 2 tahun lalu dengan yuran perpindahan 4 juta pound.
- Liverpool mahu mencari pengganti kepada Steve Finnan.
- Juga mahu memastikan Arbeloa dicabar di posisi tersebut.
- Harga perpindahan dilaporkan bernilai antara 10-15 juta pound.
- Chelsea dikatakan turut berminat untuk mendapatkan semula Johnson.

DAVID SILVA
- Valencia terpaksa menjual Silva disebabkan masalah hutang kelab.
- Rafa dikatakan amat berminat dengan pemain sayap Valencia ini.
- Setelah terlepas Barry kepada City, Rafa perlu mencari penggantinya.
- Silva dilaporkan bernilai 20 juta pound.
- Real Madrid turut berminat dengan pemain sayap ini.
- Rafa dikhabarkan telah membuat bidaan 15 juta pound + Voronin.

SYLVIAN DISTIN
- Pemain pertahanan tengah Portsmouth.
- Gandingan mantap bersama-sama Sol Campbell di Fratton Park.
- Villa turut dikatakan berminat untuk mendapat pemain ini.
- Distin dilaporkan memang berminat ke Anfield.
- Liverpool cuba mendapatkan beliau musim lepas tetapi ditolak Portsmouth.
- Portsmouth mahukan 2 juta pound untuk pemain pertahanan ini.

MICHEAL OWEN
- Musim panas ini Owen dijangka akan kembali ke Anfield.
- Semenjak keluar dari Liverpool ke Real, kerjaya Owen bertambah malap.
- Kegagalan Newcastle kekal di Liga Perdana mempengaruhi keputusan Owen.
- Masalah kecederaan dan kecergasan Owen masih menghantui beliau.
- Perjanjian yang mengambilkira keadaan tersebut perlu difikirkan Owen.

JAVI MARTINEZ
- Pemain Athletic Bilbao yang dikatakan akan menjadi pengganti Alonso.
- Pemain berusia 20 tahun ini dibeli Bilbao dengan harga 6 juta pound.
- Nilai semasa beliau dilaporkan mencecah 10 juta pound.
- Martinez dikatakan berminat dengan cabaran di Liga Perdana Inggeris.

BREDE HANGELAND
- Pemain Fulham yang menjadi sasaran setiap pengurus termasuk Rafa.
- Liverpool mahu mencari pengganti kepada Hyypia yang berhijrah.
- Carragher juga semakin menghampiri penghujung kariernya.
- Hangeland dikatakan pemain sesuai untuk menggantikan mereka.
- Hangeland tidak mahu berpindah dari Fulham pada musim depan.
- Namun jika ada tawaran lumayan, Fulham pasti sukar untuk menolaknya.

CARLOS TEVEZ
- Beliau dikatakan hampir pasti meninggalkan Old Trafford.
- Rafa antara pengurus pertama yang berminat mendapatkan beliau.
- Pasti akan diterima baik oleh peminat Liverpool di Anfield.
- Reaksi negatif dari peminat Manyoo jika perpindahan ini berlaku.
- Tevez pasti akan menguatkan jentera serangan Liverpool.
- Liverpool perlu membayar 22 juta pound untuk khidmat beliau.

AARON LENNON
- Pemain sayap Spurs yang kembali menemui rentak permainannya.
- Merupakan pemain sayap England di bawah Fabio Capello.
- Mempunyai larian pantas dan hantaran lintang yang baik.
- Pengganti sesuai kepada Pennant yang akan dijual oleh Liverpool.
- Ada laporan mengatakan Spurs menukar Lennon dengan Pennant.

EZEQUIEL LAVEZZI
- Pemain antarabangsa Argentina yang mewakili Napoli di Serie A.
- Perselisihan dengan pengurusan Napoli mungkin menyebabkan perpindahan.
- Dikhabarkan telah menulis surat kepada peminat Napoli akibat insiden ini.
- Dikatakan mempunyai gaya permainan seperti Carlos Tevez.
- Nilai di pasaran pemain mencecah 22 juta pound.

DIEGO FORLAN
- 32 gol di La Liga musim ini telah menarik minat pasukan gergasi lain.
- City juga dilaporkan berminat dengan Forlan.
- Forlan masih ada tugas yang belum diselesaikan di Liga Perdana Inggeris.
- Keinginan beliau ini telah menarik minat Rafa untuk mendapatkan beliau.
- Atletico pasti tidak mahu melepaskan penjaring gol utama mereka ini

STEWART DOWNING
- Rafa telah lama berminat membawa Downing ke Anfield.
- Peluang beliau bertambah cerah setelah Boro tersingkir dari Liga Perdana.
- Prestasi Riera adalah sederhana semenjak dibeli musim lepas.
- Pemain sayap kiri yang lebih mantap diperlukan Liverpool.
- Harga perpindahan Downing dilaporkan bernilai 12 juta pound.
- Boro telah mengumumkan Downing sedia untuk dilepaskan.
- Masalah kecederaan kaki Downing sekarang perlu diambilkira Rafa.

MAURO ZARATE
- Pemain pinjaman yang sekarang mewakili Lazio di Serie A.
- Lazio telah melambatkan perjanjian untuk mendapatkan pemain argentina ini.
- Ini menyebabkan Rafa turut melahirkan minat untuk mendapatkan beliau.
- Zarate pernah mewakili Birmingham di Liga Perdana Inggeris.
- Jumlah jaringan 2 angka beliau di Serie A telah meningkatkan minat Rafa.

ADAM JOHNSON
- Jika Liverpool gagal mendapatkan Downing, Johnson adalah penggantinya.
- Pemain muda bawah 21 tahun England ini telah beraksi baik untuk Boro.
- Dengan kontrak hanya tinggal 12 bulan lagi, Boro mungkin menjual beliau.

TUNCAY SANLI
- Penyerang Boro yang berasal dari Turki.
- Beliau masih mahu beraksi di Liga Perdana Inggeris.
- Penyingkiran Boro dari Liga Perdana Inggeris menguatkan lagi spekulasi beliau.
- Bernilai antara 5 sehingga 7 juta pound di pasaran perpindahan pemain.
- Cukup sesuai untuk dijadikan penyerang sokongan kepada Torres.

Jika dilihat daripada senarai pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, saya pasti tidak cukup muka surat untuk saya menulisnya. Saya pasti Rafa akan lebih berhati-hati dengan pembelian beliau pada musim panas ini. Selain daripada perlu berbelanja dengan bijak, Rafa juga perlu pastikan pemain yang beliau bawa masuk mampu untuk memantapkan lagi permainan Liverpool untuk musim depan. Selain daripada itu, Rafa perlu memastikan Kapten Gerrard dan Torres berada pada tahap kecergasan terbaik untuk mengemudi cabaran Liverpool di Liga Perdana Inggeris pada musim depan. Perlu diingatkan, tidak mungkin Liverpool mampu memiliki semua pemain yang disenaraikan di atas, kebanyakan pemain yang dikaitkan dengan Liverpool adalah berdasarkan berita dari media dan internet sahaja. Jika ada antara mereka yang ke Anfield, saya pasti mereka adalah antara pilihan terbaik untuk Liverpool pada musim depan.


YNWA