Sunday, February 28, 2010

Carragher : Pengorbanan Mr Liverpool

Pemain pertahanan senior Liverpool, Jamie Carragher mahu bermain di bahagian pertahanan tengah jika beliau berhasrat untuk bermain bolasepak dengan lebih lama. Walaupun Liverpool hanya dibolosi dua gol di dalam lapan perlawanan terakhir dan mengukuhkan lagi cabaran mereka ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan setelah Carragher beraksi di bahagian pertahanan kanan (akibat kecederaan Johnson) semenjak awal tahun ini, Carragher percaya kini sudah tiba masanya untuk beliau kembali beraksi di posisi kegemarannya iaitu pertahanan tengah. Menurut Carragher, di dalam sejarah Liverpool tiada pemain yang beraksi di luar posisi lebih kerap berbanding beliau dan hampir separuh kariernya di Liverpool, Carragher bermain di luar posisi. Bagi Carragher, inilah perngorbanan beliau kepada Liverpool kerana mahukan pasukan lebih berjaya. Dan beliau mula melakukannya semenjak mula-mula mewakili Liverpool dan tidak hanya semasa kecederaan Johnson baru-baru ini. Carragher percaya Johnson akan kembali pulih dan mengisi kembali posisi pertahanan kanan Liverpool kerana Johnson sendiri mahu bermain dengan baik untuk Liverpool bagi menjamin tempat beliau ke Piala Dunia di Afrika Selatan pada musim panas nanti. Carragher bagaimanapun memahami setiap keputusan pengurus dan bagi beliau jika diberi peluang untuk bermain di pertahanan tengah, beliau akan memberikan yang terbaik kerana itulah posisi terbaik beliau bersama-sama Liverpool. Itulah Carragher yang kita semua kenal, kepada peminat Liverpool yang mengikuti perkembangan beliau semenjak kemunculan pertama beliau bersama-sama Liverpool, pasti amat memahami pemain yang cukup setia dengan pasukan ini. Kita pasti menghargai pengorbanan dan sikap tidak mementingkan diri beliau demi untuk kemajuan pasukan. Selain daripada Kapitan Gerrard, beliau boleh dianggap sebagai Mr Liverpool yang cukup komited kepada pasukan. Kita kini memiliki 4 pemain pertahanan tengah yang cukup baik di Liverpool. Carragher, Agger, Skrtel dan Kyrgiakos mampu untuk diturunkan di mana-mana perlawanan dan boleh beraksi dengan baik. Ditambah dengan dua lagi pemain pertahanan muda iaitu Martin Kelly dan Daniel Ayala yang turut mampu beraksi di posisi pertahanan tengah, Liverpool tidak ketandusan bakat untuk mengisi posisi tersebut pada masa hadapan.


YNWA

2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

go liverpool go...

beemer said...

hopefully semangat sampai abis season...