Penyerang muda Liverpool dari Sepanyol, Dani Pacheco amat gembira dengan sumbangan yang diberikan beliau semasa beraksi sebagai pemain gantian di dalm perlawanan dengan Unirea. Bagi Pacheco, setiap peluang yang diberikan oleh pengurus Rafa Benitez akan digunakan sepenuhnya untuk menimba pengalaman dan berusaha untuk menempatkan diri di kesebelasan utama. Di dalam perlawanan dengan Unirea, umpanan tepat beliau kepada Ngog membolehkan Liverpool memenangi perlawanan tersebut. Kredit juga harus diberikan kepada Ryan Babel yang membuat hantaran awal untuk membolehkan jaringan tersebut dihasilkan. Pacheco yang masuk pada minit ke 75 untuk menggantikan Aquilani, ternyata memberikan kelainan kepada barisan serangan Liverpool. Keadaan ini turut diakui oleh penolong pengurus Liverpool Sammy Lee. Beliau mengakui Liverpool sedar akan bakat yang dimiliki oleh Pacheco dimana pergerakan lincah penyerang Sepanyol ini adalah aset untuk Liverpool bagi memecahkan benteng pasukan yang mengamalkan corak bertahan semasa menentang The Reds. Dan bagi Lee, bakat pemain muda Sepanyol ini harus dikembangkan lagi agar Liverpool mempunyai barisan penyerang yang mantap di masa hadapan.
YNWA
No comments:
Post a Comment