Tuesday, February 23, 2010

Johnson : Hampir Pulih

Boss Liverpool, Rafa Benitez berharap pemain pertahanan kanannya Glen Johnson, kembali beraksi pada minggu hadapan. Johnson yang yang sudah hampir dua bulan diketepikan setelah mengalami kecederaan lutut ketika menentang Aston Villa pada 29 Disember yang lepas. Johnson telah terlepas tujuh perlawanan Liverpool di sepanjang tempoh kecederaan beliau tersebut. Rafa amat berharap supaya Johnson kembali cergas secepat mungkin setelah Torres dan Benayoun telah pulih daripada kecederaan. Dengan barisan pemain-pemain utama beliau yang kini telah kembali daripada kecederaan, Rafa berharap anak-anak buahnya mampu beraksi dengan lebih baik pada baki perlawanan musim ini. Kepulangan Johnson ke kesebelasan utama ini pasti amat menggembirakan para peminat Liverpool. Kehadiran beliau pasti akan mengukuhkan lagi barisan pertahanan Liverpool selain daripada menambahkan sengat Liverpool apabila menyerang pasukan lawan daripada bahagian kanan.


YNWA

No comments: