Letih sebenarnya jika hendak melayan kerenah pengurus pasukan bakar hitam ini kerana semua tahu mengenai kekronian beliau ini. Tindakan yang bagus dari Rafa dengan tidak menghiraukan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus murahan tersebut. Biasalah jika sebelum ini di setiap perlawanan menentang Liverpool pasti semua yang dibuat Rafa tidak kena pada pandangan beliau. Macamlah beliau mempunyai rekod yang lebih baik daripada Rafa. Jika sekadar hendak menolong kroni untuk menggangu persiapan Liverpool, lebih baik diam dan menguruskan pasukan sendiri sahaja. Begitu juga dengan kenyataan peludah bersiri yang kini bermain dengan pasukan bakar hitam ini. Beliau menganggap mudah untuk menang di Anfield dan kini bersedia untuk diboo di sana. Cakap sahaja banyak tetapi prestasi di atas padang tidak sebaik mana, jika betul-betul bagus beliau tentu tidak akan dijual oleh Liverpool. Jika perangai sudah cukup buruk di Liverpool, ludahan bersiri tetap diteruskan di pasukan-pasukan yang diwakilinya selepas Liverpool. Hairan bin ajaib, pemain yang mempunyai rekod serta reputasi yang cukup buruk seperti beliau masih boleh bermain di liga perdana inggeris sehingga sekarang. Barangkali mungkin layak bermain di pasukan bawahan sahaja sebenarnya. Walaupun rekod pasukan bakar hitam ini agak baik sekarang ini, itu bukanlah satu halangan untuk Liverpool mengalahkan mereka di Anfield.
Liverpool bakal kehilangan Skrtel yang cedera sewaktu kunjungan ke Romania untuk perlawanan Liga Europa sebelum ini. Begitu juga dengan pemain pertahanan Greek Kyrgiakos yang masih digantung perlawanan akibat kad merah. Tempat Skrtel bakal diambil oleh Carragher sementara itu saya berharap dapat melihat penampilan kembali pertahanan muda Martin Kelly. Kelly mungkin akan disaingi oleh Degen untuk slot pertahanan kanan ini. Berita baik untuk para peminat Liverpool di mana kita mungkin bakal melihat kemunculan Torres pada perlawanan ini setelah direhatkan di Romania. Jika dilihat betapa ganasnya pasukan bakar hitam ini, maka kemungkinan besar Aquilani tidak akan dibenarkan beraksi oleh Rafa. Pada pendapat saya perlawanan ini akan lebih bersifat pertarungan fizikal dan jika pengadil yang ditugaskan adalah pengadil untuk pertandingan sekolah tadika, maka kita boleh melihat perlawanan yang pasti akan dipenuhi dengan keputusan berat sebelah nanti (berdasarkan pengalaman menonton perlawanan Liverpool sebelum ini). Liverpool harus bermain secara fizikal jika berhajat untuk menghalang pasukan bakar hitam daripada mencederakan mereka. Liverpool boleh menang perlawanan ini berdasarkan kepada prestasi semasa yang baik dan disokong oleh pemain ke 12 di Anfield. Ayuh lebarkan rekod kemenangan untuk baki perjuangan pada musim ini. Berikut adalah barisan kemungkinan pemain yang bakal diturunkan pengurus Rafa Benitez nanti :
Formasi : 4-4-1-1
Barisan Kemungkinan :
RIENA
KELLY CARRAGHER AGGER INSUA
KUYT AQUILANI MASCHERANO BENYOUN
GERRARD
TORRES
Keputusan : 2-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard dan Torres.
Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812
28/02/10 Jam 1100 Malam
YNWA
No comments:
Post a Comment