Monday, March 1, 2010

BPL : BakarHitam Terbakar

Liverpool berjaya memenangi pertembungan dengan pasukan bakarhitam di Anfield dengan jaringan 2-1. Walaupun ianya bukan jaringan yang besar namun yang penting adalah tiga mata penuh yang dikutip pada perlawanan tersebut. Tiga mata ini membolehkan Liverpool masih berada di kedudukan untuk perebutan ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan. Perlawanan dengan pasukan bakarhitam ini sebenarnya lebih kepada pertarungan fizikal seperti yang kita ramalkan sebelum ini. Jika dilihat pada persembahan keseluruhan pada perlawanan ini, sepatutnya ada pemain pasukan bakarhitam ini dilayangkan kad merah akibat daripada tindakan ganas mereka. Bermain bolasepak seperti samseng dan bukan lagi bermain secara agresif. Buktinya? Maxi Rodriguez mendapat hadiah stud di perut, Gerrard hampir-hampir patah kaki diterjah oleh peludah bersiri (sehingga hampir menyebabkan pergaduhan) namun berjaya dielakkan setelah beliau melompat untuk mengelak serta beberapa lagi kekasaran yang diterima oleh pemain Liverpool. Taktik murahan yang digunakan oleh pengurus bakarhitam ini dikecam hebat oleh Liverpool kerana mereka bermain bolasepak dengan niat untuk mencederakan pemain lain. Pengadil juga tidak tegas pada perlawanan ini dimana sekurang-kurangnya dua orang pemain pasukan bakarhitam harus dibuang padang. Semakin lembab nampaknya pengadil yang ditugaskan untuk mengadili perlawanan. Walaupun diasak dengan pelbagai jenis kekasaran, namun itu tidak menghalang Kapitan Gerrard dan juga Torres untuk memberikan gol kemenagan kepada Liverpool. Walaupun pahit, namun hakikat ini diakui oleh pengurus bakarhitam yang pasukan beliau tidak mempunyai penjaring seperti Torres yang mampu menjadi penentu kepada kemenangan di dalam sesuatu perlawanan. Barisan pertahanan Liverpool sedikit goyah pada separauh masa kedua, mungkin disebabkan kelibat Mascherano tidak berada di bahagian tengah tetapi beliau beraksi di pertahanan kanan pada perlawanan ini. Kita semakin sampai ke penghujung musim, kini sudah tiba masanya untuk Liverpool mengutip mata semaksimum yang mungkin untuk ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.


YNWA

2 comments:

RABUN said...

sambil tu kene pastikan city, spurs, ngan villa tercicir mata.....

beemer said...

villa paling sengit saingan .. city n spurrr byk lagi game susah ..