Sunday, February 14, 2010

Johnson : Peminat Liverpool Terbaik

Pemain pertahanan kanan Liverpool dan juga England Glen Johnson mengakui para peminat Liverpool adalah peminat terbaik di antara kelab-kelab yang pernah diwakilinya. Johnson percaya para peminat Liverpool berada di dalam kelas mereka tersendiri berbanding dengan peminat kelab-kelab yang lain berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang pemain bolasepak. Johnson menambah, jika ada yang menyatakan peminat Pompey adalah baik dan itu adalah penyataan yang betul namun ianya berbeza dengan para peminat Liverpool. Jika anda berjalan keluar ke padang Anfield untuk sesuatu perlawanan dan mendengar para peminat menyanyikan lagu rasmi Liverpool, ianya satu suasana yang cukup hebat dan membantu pemain untuk lebih bersemangat, tambah Johnson lagi. Menurut Johnson keadaan ini adalah antara sebab kenapa para pemain Liverpool cukup bangga apabila menyarung jersi Liverpool. Nampaknya pemain pertahanan kanan Liverpool ini semakin selesa di Liverpool dan saya pasti beliau akan terus mendapat sokongan peminat Liverpool di sepanjang karier bolasepaknya di Anfield.


YNWA

2 comments:

INDRA QIRANA said...

firts first main dulu dia antara best player liverpool,

kemudian mula merundum termasuk insiden bola pantai...kemudian mula drop..

liverpool mengumpul kekuatan sendiri ketika ketiadaanya, kini liverpool sudah mula pandai bertahan

semoga Johnson berjaya menyesuaikan diri dalam liverpool setelah sembuh kelak...

beemer said...

injury terus out johnson ni ..
hopefully bleh kembali ok lepas rehat panjang ..