Wednesday, February 17, 2010

Rodriguez : Gembira Di Anfield

Pemain sayap Liverpool yang baru berpindah dari Atletico Madrid pada bulan Januari lalu, Maxi Rodriguez menyatakan kegembiraan beliau setelah berpindah ke Anfield. Pemain antarabangsa Argentina itu juga menyatakan minggu pertama bermain di liga perdana inggeris adalah cukup baik buat beliau. Maxi menyatakan hidup di Anfield adalah cukup berbeza dengan Madrid namun itu tidak sedikit pun menghalang beliau untuk menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan di sini. Dengan minggu demi minggu berlalu, Maxi semakin serasi dengan kehidupan di Anfield dan beliau pasti keadaan akan menjadi semakin mudah apabila beliau menyesuaikan diri sepenuhnya di Anfield nanti. Mengenai bolasepak, Maxi sedia maklum corak permainan di liga perdana inggeris lebih agresif berbanding dengan corak permainan di La Liga. Bagi Maxi, tidak kira di mana seseorang pemain bermain bolasepak, yang paling penting adalah permainan ini masih menggunakan sebiji bola di atas padang. Bola inilah yang akan menentukan sejauh mana keupayaan seseorang pemain bolasepak untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan di sesuatu liga yang disertainya. Bagi Maxi, beliau cukup gemar dengan corak permainan agresif di liga perdana inggeris. Tambah beliau corak agresif ini akan menjadikan permainan bolasepak itu lebih kompetatif di antara dua pasukan. Contoh terbaik buat Maxi adalah perlawanan liga perdana inggeris di antara Liverpool dengan jiran sekampung Merseyside yang lalu. Perlawanan yang penuh kompetatif dan itulah yang diharapkan oleh Maxi daripada liga perdana inggeris. Mungkin ramai di antara peminat-peminat Liverpool masih sangsi dengan keupayaan Maxi. Namun kita harus ingat bahawa Maxi masih terlalu baru di liga perdana inggeris, beliau baru menyertai Liverpool selama lebih kurang sebulan. Mungkin beliau masih lagi perlu meningkatkan kecergasan dan memerlukan lebih banyak permainan bagi meningkatkan prestasi beliau. Dan kita juga perlu ingat, semasa di Atletico, beliau lebih banyak memanaskan bangku simpanan. Berilah masa sehingga hujung musim ini untuk beliau menyesuaikan diri dengan liga perdana inggeris dan juga Liverpool.


YNWA

No comments: