Monday, February 22, 2010

BPL : Benteng Sama Kuat

Ramai peminat yang menyatakan tidak berpuas hati dengan keputusan seri di citeh semalam. Memang sebagai peminat setia The Reds, itulah seharusnya yang perlu kita semua rasakan. Permainan yang agak membosankan daripada kedua-dua pasukan jelas mendominasi saingan semalam. Dengan kedua-dua pasukan lebih berminat untuk bermain secara berhati-hati dan cuba menutup peluang di antara satu sama lain, jelas keputusan seri wajar untuk kedua-dua pasukan. Saya juga kecewa namun harus ditegaskan Liverpool bermain di kandang lawan menentang pasukan yang penuh dengan barisan bintang (kononnya) dan merupakan salah satu pencabar ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan. Lebih penting untuk Liverpool adalah untuk tidak mencicirkan mata apabila bertemu dengan pesaing-pesaing terdekat ini. Citeh yang kerugian besar kerana mereka bermain di tempat sendiri dan gagal memanfaatkan peluang bagi mengutip tiga mata penuh. Untuk Liverpool keputusan seri ini menunjukkan barisan pertahanan semakin mantap dan sukar untuk dibolosi ( 2 gol bolos di dalam lapan perlawanan terakhir). Pengadil perlawanan ini cukup mengecewakan kerana lebih berminat untuk memberikan kad kuning kepada pemain-pemain Liverpool sedangkan pemain-pemain citeh turut melakukan kesalahan demi kesalahan termasuklah memegang bola di dalam padang tetapi terlepas daripada dihukum. Pengadil perlawanan ini lebih layak untuk diturunkan bagi mengadili perlawanan peringkat tadika sahaja kerana jelas bersikap berat sebelah dan cuba untuk merencatkan rentak permainan Liverpool. Hilang rasa seronok menonton perlawanan ini kerana jika hendak bermain secara lembut, padang bolasepak bukanlah tempatnya. Bolasepak adalah permainan fizikal dan pasti ada agresif di dalam permainan ini tetapi tidaklah sehingga tahap mencederakan pemain itu sendiri. Satu mata berharga berjaya dibawa pulang ke Anfield dan selepas ini Liverpool perlu bermain dengan lebih baik untuk mencapai kemenangan. Berita gembira untuk semua peminat The Reds adalah kembalinya penyerang utama Fernando Torres dan pemain tengah Yossi Benayoun yang pasti akan menguatkan cabaran Liverpool pada baki perlawanan musim ini.


YNWA

3 comments:

Pert Doherty said...

aku geram ngn agger.. pehal la dia banyak sgt wat silap yang merbahaya.. pasing team lawan saje2.. nasib la xde kena gol.. ish2.. xpe la ada masalah batin kot.. hahaha..

Anonymous said...

How the duo looks like in the Mancini's team ~~http://www.newsoftheworld.co.uk/sport/football/734141/CITY-SET-UP-EVERY-LIVERPOOL-FANS-WORST-NIGHTMARE.html

beemer said...

pert ..
sib baik citeh pun sengal jugak game ni .. hehe!