Thursday, February 18, 2010

Taiwo : Hasrat Ke BPL

Liverpool merupakan pasukan terbaru yang dikaitkan dengan pemain pertahanan kiri kelab Ligue 1 Perancis Olympique Marseille Taye Ismaila Taiwo a.k.a Taye Taiwo. Pemain antarabangsa Nigeria ini telah menyatakan minat beliau untuk menyertai kelab liga perdana inggeris terutama sekali kelab yang bermain di Liga Juara-Juara Eropah termasuklah Liverpool. Sumber dari Perancis telah menyatakan Taiwo yang memiliki sentuhan jaringan melalui sepakan percuma di luar kotak penalti kini diintai oleh Liverpool dan juga satu lagi kelab liga perdana inggeris iaitu citeh. Kedua-dua kelab ini dikhabarkan sedang memantau prestasi semasa Taiwo di Ligue 1. Pemain berusia 24 tahun dibeli oleh Marseille untuk menggantikan Bixente Lizarazu yang telah menyertai Bayern Munich. Taiwo pernah bersama-sama skuad muda Nigeria di Piala Dunia Remaja FIFA 2005. Beliau telah menjaringkan 2 gol yang membolehkan Nigeria mara ke final pertandingan tersebut sebelum tewas kepada Argentina dengan jaringan 2-1. Selain daripada itu Taiwo juga menyertai Piala Negara-Negara Afrika pada 2006 dan 2008. Taiwo pernah meraih gelaran Pemain Muda Terbaik Afrika pada 2006. Memiliki ketinggian 1.83 meter (6 kaki), beliau dikatakan mempunyai susuk tubuh yang sesuai untuk permainan agresif di liga perdana inggeris. Saya berpendapat, Taiwo mungkin berada di dalam senarai pemain yang dipantau oleh Liverpool untuk dibeli pada musim panas nanti. Namun sebarang keputusan belum lagi dibuat oleh Rafa dan juga pihak pengurusan Liverpool. Sejauh mana perkembangan berita ini, sama-sama kita saksikan pada musim panas nanti. Saya juga pasti Marseille mahukan yuran perpindahan yang tinggi untuk pemain ini dan itu mungkin satu situasi yang tidak digemari oleh Liverpool.


YNWA

1 comment:

Obi Wan Kenobi said...

Helo, u liverpool fans ? please jojn n visit blog fantasi futbol gua di http://fantasifutbol.blogspot.com ,ok thanks n chow.!