Wednesday, February 10, 2010

BPL : Jika 19 Kelab

Pasukan yang sedang bergelut dengan kemerosotan prestasi di liga perdana inggeris iaitu Portsmouth a.k.a Pompey kini dilaporkan sedang berhadapan dengan kemungkinan disingkirkan daripada liga. Pompey kini menghadapi masalah kewangan yang meruncing dan dikatakan gagal membayar gaji pemain-pemain mereka. Mereka kini diberikan tempoh tujuh hari untuk mencari pelabur baru untuk menyelamatkan kelab tersebut daripada muflis. Jika gagal mendapatkan pelabur maka Pompey tidak lagi dibenarkan untuk beraksi di liga perdana inggeris semua keputusan yang membabitkan Pompey pada musim ini akan dibatalkan. Jumlah pasukan di liga perdana inggeris akan menjadi 19 dengan jumlah keseluruhan perlawanan menjadi 36. Ini bermakna mana-mana pasukan yang menang dengan mereka akan ditolak tiga mata (enam mata untuk kemenangan double), tolak satu mata untuk keputusan seri dan tiada apa-apa perubahan untuk pasukan yang kalah kepada mereka. Pasukan-pasukan seperti Wolves, Wigan, Burnley dan Liverpool adalah antara yang akan mengaut keuntungan daripada situasi Pompey ini kerana mereka tidak akan ditolak mata kerana tewas kepada Pompey sebelum ini. Pasukan-pasukan seperti senapang, citeh, spurr dan juga West Ham adalah antara pasukan yang bakal ditolak mata di liga perdana inggeris jika Pompey gagal di dalam usaha mereka nanti. Liverpool akan kembali ke kedudukan di tangga ketiga jika jadual liga berubah akibat masalah ini. Kini Pompey juga bakal berdepan tolakan 9 mata penalti daripada FA England diatas masalah yang melanda mereka ini. Namun ini semua hanya congakan awal dan ianya masih belum berlaku kerana Pompey kini dikatakan sedang berbincang dengan beberapa pelabur yang berminat untuk membeli kelab tersebut. Berikut adalah kedudukan liga perdana inggeris pada 10/02/2010 jika Pompey disingkirkan daripada liga :

Chelsea 55
Manchester United 50
Liverpool 44
Arsenal 43
Tottenham 40
Manchester City 38
Aston Villa 38
Birmingham 34
Everton 29
Fulham 28
Stoke 27
Blackburn 25
Sunderland 24
Wigan 24
Burnley 23
Hull 23
Wolves 21
Bolton 19
West Ham 17


YNWA

2 comments:

Amirul Idham said...

eh? bagus tu.. liverpool no 3 tu... hahaha...

beemer said...

lawak betui .. pompey nak lingkup pastu kelab-kelab epl lain nak kasi loan bagi selamat pompey sampai ujung season ni supaya point depa tak kena tolak .. apa punya cara la ...