Wednesday, February 24, 2010

Europa : Cabaran Romania

Pada awal pagi Khamis nanti, Liverpool akan bertandang ke Romania untuk perlawanan timbal balik Liga Europa menentang Unirea. Jika dilihat daripada persembahan pada perlawanan pertama di Anfield pada minggu lepas, Liverpool berdepan tugas yang agak sukar untuk menjinakkan jaguh Romania ini. Namun jika Liverpool mendapatkan satu gol di kandang lawan, peluang untuk mara agak cerah kerana Unirea harus menjaringkan 3 gol untuk mara ke pusingan berikutnya. Berdasarkan rekod barisan pertahanan Liverpool yang cukup baik di kebelakangan ini, sukar untuk Unirea membolosi benteng pertahanan Liverpool. Namun itu semua hanyalah satu gambaran di atas kertas, secara realiti jika Liverpool kehilangan fokus pada perlawanan ini, bahana bakal menimpa jika mengambil mudah pasukan Unirea ini. Secara keseluruhan, Unirea memiliki rekod yang cukup baik di tempat sendiri semasa mereka beraksi di Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini termasuklah kejayaan menewaskan kelab La Liga iaitu Sevilla. Keadaan ini sudah cukup untuk memberikan amaran kepada The Reds agar tidak mengambil mudah kelab Romania ini. Kapitan Gerrard telah menyatakan perlawanan akan lebih terbuka berbanding di Anfield kerana Unirea terpaksa menyerang Liverpool untuk mendapatkan gol. Peluang ini harus digunakan sepenuhnya oleh pemain-pemain Liverpool untuk mencuri gol di tempat lawan. Keadaan diakui sendiri oleh pengurus Unirea yang mahukan anak-anak buahnya menyerang Liverpool jika mahu mara ke pusingan berikutnya. Liverpool menerima berita gembira dengan kembalinya Torres dan juga Benayoun ke kesebelasan utama. Namun Rafa mungkin akan menyenaraikan mereka di bangku simpanan dan mungkin hanya diturunkan pada separuh masa kedua. Manakala Unirea pula kehilangan pemain utama mereka iaitu Brandan yang akan digantung perlawanan akibat menerima dua kad kuning. Liverpool harus lebih fokus pada perlawanan ini dan barisan pertahanan diharapkan bermain lebih baik daripada perlawanan menentang citeh tempohari. Dan jangan juga dilupakan ketangkasan penjaga gol Unirea yang beraksi seperti superman pada perlawanan di Anfield yang lalu. Berikut adalah barisan kemungkinan pemain-pemain yang bakal diturunkan oleh Rafa Benitez pada perlawanan awal pagi Khamis nanti :

Formasi : 4-4-1-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

CARRAGHER AGGER KYRGIAKOS INSUA

BENAYOUN AQUILANI MASCHERANO RIERA

GERRARD

KUYT

Keputusan : 1-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro SuperSport Rangkaian 811

26/02/10 Jam 0155 Pagi


YNWA

No comments: