Friday, October 23, 2009

LFC : Rush, Hansen, McMahon Dan Dalglish Bersuara




Empat Lagenda Liverpool iaitu Ian Rush, Alan Hansen, Steve McMahon dan Kenny Dalglish, hari telah menyeru semua peminat Liverpool samada di Anfield dan juga di seluruh dunia supaya bangkit menyatakan sokongan kepada pengurus serta pemain-pemain Liverpool menjelang perlawanan penting pada hari Ahad ini. Keempat-empat lagenda Liverpool ini berpendapat kini sudah tiba masanya para peminat Liverpool bersatu untuk membantu kelab gergasi Merseyside ini keluar daripada kemerosotan prestasi ini. Rush amat yakin para peminat Liverpool pasti akan menyokong sepenuhnya pasukan mereka di Anfield pada hari Ahad nanti. Namun menurut Rush, semuanya tidak akan bermakna jika pemain-pemain yang diturunkan oleh pengurus di atas padang gagal untuk beraksi pada tahap terbaik mereka untuk memenangi perlawanan tersebut. Tambah Rush semuanya bergantung kepada pemain yang bakal diturunkan nanti, pengurus telah melaksanakan tugas dengan memilih pemain terbaik untuk perlawanan tersebut. Rush amat yakin dengan kerjasama daripada semua pihak, Liverpool pasti akan kembali bangkit ke prestasi terbaik sedikit masa nanti.

Manakala lagenda Liverpool yang berpengalaman selama 14 tahun sebagai pemain dan pengurus Liverpool, Kenny Dalglish pula memberitahu, pihak pengurusan Liverpool kini berdiri teguh di belakang Rafa Benitez dan percaya beliau akan membawa Liverpool keluar daripada kemerosotan prestasi ini. Dalglish juga percaya para penyokong Liverpool akan memainkan peranan mereka pada hari Ahad nanti untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada pemain di atas padang supaya mereka dapat beraksi pada tahap terbaik. Berdasarkan pengalaman beliau sebagai pemain dan pengurus, Dalglish berpendapat kedua-dua pihak tersebut mempunyai keyakinan dan kepercayaan di antara satu sama lain. Dalam perkataan yang lebih mudah, pengurus perlu mempunyai keyakinan serta kepercayan kepada pemain dan begitu juga pemain harus yakin serta percaya kepada pengurus. Dalglish seperti juga Rush berpendapat, adalah amat penting untuk semua pihak di Liverpool bersatu untuk membawa kelab ini keluar daripada kemerosotan prestasi terburuk di dalam masa 22 tahun.

Sementara itu, seorang lagi lagenda Liverpool iaitu bekas pemain pertahanan tengah, Alan Hansen pula berpendapat Liverpool bakal melakukan kejutan di Liga Perdana Inggeris dengan menumpaskan musuh tradisi mereka pada hari Ahad nanti. Hansen mengakui Liverpool kini bukan berada pada tahap prestasi terbaik mereka namun beliau amat yakin Liverpool pasti akan berusaha berhabis-habisan untuk mencapai kemenangan pada hari Ahad nanti. Menurut Hansen, jangan terkejut jika melihat peningkatan mendadak Liverpool pada perlawanan Ahad nanti. Tambah Hansen, kecederaan kepada pemain-pemain utama Liverpool seperti Gerrard, Torres dan juga Johnson sedikit sebanyak menyumbang ke arah kemerosotan prestasi ini. Pemain-pemain lain juga menurut beliau gagal beraksi di tahap terbaik apabila diturunkan oleh pengurus di atas padang. Hansen juga berpendapat Liverpool terlalu bergantung kepada Gerrard dan juga Torres namun menurut beliau, tidak banyak yang boleh dilakukan Rafa Benitez kerana pilihan pemain adalah terhad. Hansen juga pasti pengurus musuh tradisi Liverpool juga akan berhati-hati di dalam perlawanan ini. Menurut Hansen, jika silap percaturan maka mereka pasti akan dibaham oleh singa yang sedang luka ini.

Seorang lagi lagenda Liverpool iaitu Steve McMahom yang kini bertugas sebagai salah seorang Pengarah di Profitable Group dan juga sebagai pengulas bolasepak di rangkaian ESPN pula berpendapat, jangan tertipu dengan prestasi Liverpool sekarang ini. Bekas pemain tengah Liverpool ini berpendapat, Liverpool mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan pada hari Ahad nanti. Menurut Macca, semua orang tahu bagaimana Liverpool dan para peminat mereka di Anfield, mereka akan bangkit dan peperangan pasti akan berlaku di sana nanti. Jika Liverpool berjaya memenangi perlawanan pada hari Ahad nanti maka mereka akan kembali ke dalam persaingan untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Macca juga berpendapat Liverpool terlalu bergantung kepada kekuatan tiga pemain iaitu Torres, Gerrard dan juga Mascherano. Tanpa mereka bertiga, Liverpool pasti akan menghadapi masalah. Seperti juga Hansen, Macca juga berpendapat Rafa Benitez mempunyai pilihan pemain yang amat terhad di bangku simpanan dan tidak banyak yang boleh dilakukan oleh beliau. Macca juga tidak terkejut jika lebih banyak mata akan dicicirkan oleh pasukan-pasukan utama Liga Perdana Inggeris pada musim ini kerana liga ini menjadi semakin kompetatif. Dan tiada lagi mata mudah seperti musim-musim sebelum ini. Semua pasukan utama termasuk Liverpool bepeluang untuk berada di dalam saingan liga dan memenangi kejuaraan pada musim ini. Macca juga memberi nasihat kepada Rafa agar memperkukuhkan pertahanan Liverpool dan menggunakan pemain yang ada dengan lebih efisen agar potensi mereka dapat dimaksimumkan semasa berada di atas padang.

Kepada rakan-rakan peminat, jika lagenda-lagenda Liverpool ini bersama-sama bersatu hati untuk menyatakan sokongan mereka tanpa berbelah bagi kepada kelab, kenapakah kita tidak boleh menjadi seperti mereka? Saya faham anda semua amatlah kecewa dengan prestasi Liverpool sekarang ini, namun saya menyeru anda semua supaya bersatu di belakang kelab kita ini. Lupakan sebentar segala masalah yang timbul di Liverpool. Tidak kira ideologi mana yang anda semua bawa, saya mahu kita semua bersatu untuk membawa Liverpool keluar daripada kemerosotan prestasi ini. Saya yakin serta percaya Liverpool akan kembali kepada prestasi terbaik sedikit masa nanti bermula dengan perlawanan pada hari Ahad nanti.



YNWA

12 comments:

ms.hafiz said...

harap jangkaan hansen benar...
utk kembali hidupkn peluang
mncabar kejuaraan!!!

Faizal said...

As a rallying cry..Tapi ada ramai juga legenda Liverpool yang mengkritik teruk Benitez, Antaranya Ian St John dan Graeme Souness.To be fair to Benitez, dia dan owners sama sahaja teruk. Benitez akan guna alasan owners for Liverpool's problems dan sebaliknya owners akan blame Benitez. They will blame each other but maybe not in public.Tapi kalau Benitez tak happy dengan owners kerana tak diberi dana yang "cukup", dia tak perlu bersekongkol dengan mereka dan makan gaji dengan mereka.As simple as that.

RABUN said...

Herm rasanya Bernitez tak teruk, dia banyak beri kemenangan pada Liverpool dengan player yang mampu dibeli Liverpool hanya pemaian kelas kedua sahaja,

berbeza dengan Setan Merah dan chealsea yang mampu membeli player kelas dunia, kecuali Tores yang dibeli agak mahal skit dan berstatus player kelas pertama dunia,

aku sebenarnya sentiasa positif dengan team liverpool

kecuali aku amat kecewa dengan bernitez kerana memberi kepercayaan kepada LUCAS!

nampak lekeh persoalan ini bukan Lucas, lucas dan lucas

pada pemerhatian aku ini lah lubuk kelemahan Liverpool

aku nak tengok kalau dia masih bermain ahad ni...

Apapun LIVERPOOL YNWA!!

Firol said...

Ini masa bangkit..ini peluangnya...jangan sia-siakan



Lucas tak payah turun takpe....letak je benny dgn riera kawasan tu...dari Lucas...

aku tak nampak pun bantuan dia dalam team..kalau takde pun takpe

MCM said...

Lucas lah lubang kekalahan liverpool selama ini....dan rafa juga penyumbangnya kerana mencipta lubang melalui lucas...

rosli said...

Setuju sama MCM

beemer said...

hafiz ..
mintak2 masin la mulut hansen ..

beemer said...

Faizal ..
sekurang-kurangnya mereka menyatakan sokongan kepada Liverpool FC ..
Anda?
Souness? St John?
St John mungkin boleh digunapakai ..
Souness minta maaf saya katakan .. as a manager ... rekod tidak sehebat mana ...
owners amerika tu semua peminat liverpool tahu ... beli kelab dgn guna hutang bank ...

beemer said...

bro indra ..
spot on bro ..
bab lucas wa dah letih nak komen ..
letih woo dah tiga tahun pening kepala dgn mamat ni ..

beemer said...

bro firol ..
dlm bahasa mudah ... anonymous .. hehehe!
bangkit reds bangkit!

beemer said...

mcm ..
lucas ni wa rasa dah lama terjun lubang .. tapi tak reti2 nak kuar sendiri ..

beemer said...

rosli ..
welkam bro ..
ramai betul ahli Kelab Peminat Buang Lucas ni .. hehehe!