Saturday, October 10, 2009

Rafa : Gurauan Atau Sindiran?

Setelah membelasah dan memalukan pengurus Liverpool, Rafa Benitez di media beberapa hari lalu, pemilik bersama Liverpool Gillett dan Hicks telah mendedahkan yang mereka akan memberikan dana 12 juta pound kepada Rafa untuk membeli pemain baru apabila pasaran perpindahan pemain dibuka semula pada bulan Januari 2010 nanti. 12 juta pound? Ini guruan tahap tenuk atau lawak bodoh yang mengalahkan lawak jenaka Charlie Chaplin dan Three Stooges? Adakah Gillett dan Hicks menganggap Liverpool ini adalah pasukan bolasepak yang hanya mahu bersaing untuk mengekalkan kedudukan di Liga Perdana Inggeris? Atau adakah 12 juta pound ini hanya untuk menenangkan Rafa daripada menyerang mereka kembali? Jika ini alasannya, maka memang wajar mereka ditunjukkan jalan keluar dari Anfield. Namun jika benar Rafa hanya diberikan peruntukan sebanyak 12 juta pound (jauh dari mencukupi) untuk memperkuatkan barisan pemain Liverpool, maka berikut adalah senarai kemungkinan pemain-pemain yang boleh dibeli oleh Rafa dengan peruntukan sebanyak itu. Saya jangkakan Rafa hanya boleh membeli 1-2 pemain sahaja dari senarai ini. Melainkan Putera Faisal dari Arab Saudi datang untuk menyelamatkan Liverpool dan memberikan dana yang mencukupi untuk membeli pemain-pemain baru.


PERTAHANAN

Gary Cahill – Bolton
Bekas pemain Aston Villa yang kini beraksi dengan cukup cemerlang di Bolton. Villa menerima bayaran 5 juta pound daripada Bolton untuk pepindahan beliau. Beliau kini telah dipanggil untuk mewakili England. Namun Gary Megson dan Bolton pasti tidak mahu melepaskan beliau. Harga anggaran 10 – 15 juta pound.

Carles Puyol – Barcelona
Dengan kontrak yang berbaki semusim lagi, Barcelona berminat untuk melepaskan beliau sebelum kontrak ini tamat dan Puyol akan pergi tanpa apa-apa bayaran perpindahan. Liverpool akan menhadapi saingan daripada Arsenal yang turut berminat dengan khidmat beliau. Harga anggaran 3 – 5 juta pound.

Micheal Ciani – Bordeaux
Beliau yang baru menyertai juara Perancis, Bordeaux pasti sukar untuk dilepaskan oleh kelab Ligue 1 Perancis ini. Harga anggaran 10 – 13 juta pound.

Ryan Showcross – Stoke City
Nadi kepada barisan pertahanan skuad The Potters ini telah menarik perhatian banyak kelab-kelab utama. Showcross masih muda dan beliau dilaporkan kini sedang mengadakan rundingan dengan Stoke untuk memperbaharui kontraknya. Liverpool akan menghadapi saingan dari manyoo untuk mendapatkan beliau. Harga anggarn 5 – 8 juta pound.

Matthew Upson – West Ham
Bekas pemain skuad senapang yang kini mewakli pasukan dari London, West Ham. Dengan berita yang mengatakan kedudukan skuad The Hammers kini tidak menentu, tawaran daripada Liverpool serta peluang bermain di Liga Juara-Juara Eropah pasti sukar untuk ditolak Upson. Harga anggaran 5 – 10 juta pound.


TENGAH

Patrick Viera – Inter Milan
Pemain Perancis dan juga bekas pemain skuad senapang ini dapat menawarkan kestabilan kepada barisan tengah Liverpool jika itu yang diinginkan oleh Rafa. Pemain yang semakin tersisih daripada perhatian Mourinho ini adalah pilihan yang baik kecuali rekod kecederaan beliau yang agak meragukan. Pasukan jambatan runtuh juga dikatakan berminat dengan Viera. Harga anggaran 3 – 8 juta pound.

David Bentley – Tottenham Hotspurs
Pembelian yang agak berisiko memandangkan banyak masalah yang dihadapi pemain ini. Selain daripada itu, beliau agak lama tidak turun bermain bolasepak. Namun jika Rafa mampu melakukan keajaiban untuk memulihkan kembali karier bolasepak Bentley, pelaburan ke atas beliau pasti akan bebaloi. Harga anggaran 7 – 13 juta pound.

Rafael van Der Vaart – Real Madrid
Pemain antarabangsa Holland yang semakin tidak mendapat tempat di Real. Beliau pernah ditawarkan kepada Liverpool semasa perbincangan mengenai perpindahan Alonso. Masih mempunyai sentuhan yang hebat dan mampu menghidupkan kembali kreativiti barisan tengah Liverpool. Harga anggaran 8 – 14 juta pound.

Alan Dzagoev _ CSKA Moscow
Permata CSKA Moscow untuk masa hadapan. Pemain tengah berusia 19 tahun ini mempunyai daya pecutan yang pantas pasti akan bergandingan baik dengan Torres. Harga anggaran 12 – 18 juta pound.

Marek Hamsik – Napoli
Rakan sepasukan Martin Skrtel yang mewakili Slovakia. Pemain tengah Napoli ini cukup berbakat, sehingga kini beliau telah menjaringkan 5 gol untuk Napoli di Serie A. Pemain muda Slovakia ini baru berusia 22 tahun dan Napoli pasti tidak akan melepaskan beliau dengan harga yang murah. Harga anggaran 13 – 20 juta pound.

Steven Defour – Standard Leige
Skuad biru Merseyside dan skuad senapang turut berminat mendapatkan beliau sebelum ini. Begitu juga pasukan galaktikus. Namun harga beliau akan menjadi penghalang kepada Liverpool. Harga anggaran 18 – 25 juta pound.

Sulley Muntari - Inter Milan
Tottenham dikatakan masih berminat dengan beliau. Kreativiti yang ditawarkan oleh bekas pemain Portsmouth pasti memenuhi kehendak Rafa. Harga anggaran 15 – 20 juta pound.


SERANGAN

Kenwyne Jones – Sunderland
Penyerang bertubuh sasa ini telah saban musim menjadi nadi bahagian serangan skuad Black Cats ini. Telah menjaringkan 5 gol setakat ini di liga perdana Inggeris. Harga anggaran 15 – 22 juta pound.

Marouane Chamakh – Bordeaux
Menjadi sasaran skuad senapang dan juga West Ham pada musim panas yang lepas. Penyerang Bordeaux ini telah menyatakan hasrat untuk bermain di Liga Perdana Inggeris. Hanya masa akan menentukan bilakah beliau akan tiba di bumi England ini. Harga anggaran 8 – 13 juta pound.

Edin Dzeko – Wolfsburg
Penyerang skuad juara Jerman ini telah menjadi sasaran AC Milan pada musim panas yang lepas. Pemain berusia 23 tahun telah menjaringkan 26 gol di dalam 32 perlawanan Bundesliga pada musim 08/09. Harga menjadi halangan kerana Wolfsburg tidak akan melepaskan beliau dengan harga yang murah. Harga anggaran 20 – 26 juta pound.

Carlton Cole – West Ham
Seorang lagi pemain daripada skuad The Hammers yang masa depannya belum pasti. Sesuai bergandingan dengan Torres kerana keupayaan beliau untuk membuat umpanan kepada rakan serangan. Harga anggaran 7 – 10 juta pound.

Goran Pandev – Lazio
Pemain antarabangsa Macedonia ini berharga 17 juta pound semasa skuad senapang dan Tottenham menunjukkan minat terhadap beliau pada musim panas lepas. Jika Rafa berjaya memohon sedikit dana tambahan, tidak mustahil pemain ini boleh tiba di Anfield. Harga anggaran 15 – 20 juta pound.

Bobby Zamora – Fulham
Penyerang bertubuh sasa Fulham ini telah banyak membantu pasukan dari London ini layak ke Europa League pada musim ini. Kelebihan beliau adalah kemampuan untuk membuat umpanan kepada rakan serangan dan juga susuk tubuh yang sasa mampu mengatasi pemain pertahanan lawan. Harga anggaran 3 – 7 juta pound.

Darren Bent - Sunderland
Bekas penyerang Tottenham yang kini menemui kembali sentuhan berbisa beliau di bawah tunjuk ajar Steve Bruce. Bent kini telah menjaringkan 7 gol dan bergandingan baik dengan Jones di barisan serangan skuad Black Cats. Harga anggaran 15 – 23 juta pound.


YNWA

12 comments:

zafa said...

bia putera arab tu beli la liverpool..kalo bagi mangkuk dri amerika tu,aku rasa hancur la livrpool xlama lagi....benitez da terbaek da...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tukar owner...
semua settle...

INDRA QIRANA said...

menarik kalau dapat salah seorang dari nama yang dikenali kat senarai tu,

zafa said...

aku rasa liverpool perlu dptkan penyerang lagi sorg....pertahanan dan pemain tengah pom perlu,tp keutamaan ialah penyerang,,amik flsafah drpd club real madrid,menyerang adalah pertahann yg terbaek

Firol said...

12 juta...

apada...memang gile betul 2 ekor mangkok ni...

TUKAR KAMI MAHU TUKAR!!!! KATAKAN TAK NAK KEPADA TOM N JERRY...!!!!

MOFASAD said...

xpaham la orang tua 2 orang 2... sian diorang...

http://liverpoolmalaya.blogspot.com/

beemer said...

zafa ...
putera faisal ada syarat ...
utang 2 ekor tu kena settle sblm buleh amik alih ..

beemer said...

meniti senja ..
kalu la semudah ABC nak tukar owner kan senang ..

beemer said...

bro indra ...
ada yg menarik gak kat list tu ...
bleh dpt pd harga murah ..

beemer said...

zafa ...
striker ... we want villa!!!

beemer said...

bro firol ...
sib baik anfield tu kat england ..
kalu kat JB ka ...
mampuih kena sekeh 2 ekor tu ..

beemer said...

mofasad ..
2 ekor tu mmg susah utk difahami ...