Sunday, October 18, 2009

BPL : Belon Oh Belon

Tewas kali keempat pada musim ini di Liga Perdana Inggeris. Tidak banyak yang boleh saya komen kerana pasukan kita memang tidak cukup baik semalam. Gol Belon? Memang kita tidak bernasib baik kerana kita dibolosi gol sebegitu. Saya amat pasti budak kecik yang cerdik pandai itu akan phobia seumur hidup disebabkan kepandaian beliau membaling bola pantai ke depan gawang Liverpool. Mungkin beliau juga akan tukar pasukan kerana perasaan phobia tersebut. Kita harap beliau tidak berbuat sedemikian dan terus menyokong Liverpool. Kesebelasan utama yang memang amat pelik semalam menyebabkan kita gagal mendapatkan sebarang mata dari Stadium of Light. Kata Steve Bruce, mereka layak menang dan boleh menjaringkan 3-4 gol lagi pada separuh masa kedua. Betul ker? Rasanya skuad Kucing Hitam ni terkangkang menahan asakan Liverpool pada separuh masa kedua sehingga Bruce naik angin dengan Rafa. Mereka hanya bergantung kepada counter attack untuk menyerang Liverpool. Cuma pemain-pemain Liverpool gagal memanfaatkan peluang yang ada. Apabila melihat kesebelasan utama yang Rafa turunkan semalam, amat jelas tumpuan Rafa adalah kepada perlawanan dengan Lyon dan Manyoo pada minggu hadapan. Menyimpan Insua, Riera serta Mascherano di bangku simpanan dan merehatkan Gerrard serta Torres memang perancangan Rafa adalah untuk memenangi perlawanan-perlawanan tersebut. Dengan kesebelasan semalam, bonus untuk Liverpool jika kita menang atau seri perlawanan tersebut. Saya sedar amat sukar untuk menang dengan kesebelasan pemain semalam, seri adalah lebih realistik. Namun nasib tidak menyebelahi kita semalam. Kesebelasan pemain yang diturunkan telah menunjukkan kita memang kekurangan kualiti di bangku simpanan.

Semakin banyak suara-suara sumbang yang menyatakan Rafa perlu dipecat dan yang sedihnya kata-kata tersebut datang dari peminat sendiri. Terpulanglah kepada pendapat masing-masing kerana anda semua bebas bersuara. Bagi saya (bukan kerana percaya secara membuta tuli), masalah bukan kepada Rafa kerana beliau telah mempunyai pemain-pemain yang telah menjadi sasaran beliau untuk memperkuatkan pasukan seperti David Villa dan David Silva. Tetapi disebabkan hutang pemilik yang bertimbun, maka belanjawan untuk membeli pemain baru adalah terhad. Jangan kata Johnson dan Aquilani telah dibeli dengan jumlah harga 37 juta pound menunjukkan pemilik telah mengeluarkan duit. Ingat Johnson dibeli selepas ditolak hutang Portsmouth 7 juta pound (hasil jualan Crouch) dan Bayaran Aquilani menagmbil masa 5 tahun (bukan 20 juta sekaligus). Maka berapa sen yang dikeluarkan oleh pemilik? Telah saya tegaskan sebelum ini, Liverpool memerlukan pelaburan berjumlah ratusan juta pound jika mahu membentuk skuad yang lebih mantap. Jika memecat Rafa, anda ingat pengurus baru mahu menguruskan Liverpool dengan belanjawan seciput yang diperolehi Rafa? Buat sekarang, berikan kepercayaan anda kepada Rafa, jangan samakan Liverpool dengan pasukan lain yang mempunyai kewangan yang lebih kukuh. Jika anda benar-benar mahukan perubahan di dalam Liverpool, kita perlu menukar pemilik secepat yang mungkin. Saya yakin skuad Liverpool ini akan kembali bangkit ketika menentang Lyon dan Manyoo di Anfield nanti setelah tiga kali berturut beraksi di tempat lawan.


YNWA

8 comments:

kisuke-X said...

rafa.. xkn nk kene gulingkn beliau.. mane slh dan silap.. kalo lah sume player sunderland maen utk liverpool dan player liverpool maen tuk sunderland (utk game smlm shj).. ape jdnye? sape menang? fikirkan... liverpool adlh kelab gah dan besar.. tap player se gah dgn kelab? ntahlah.. buntu utk cr piala~

HeLL69 said...

tak tahu nak kate ape dah... betul kata penulis, kita kekurangan pemain berkualiti di bangku simpanan, kita kelab besar tapi apa nak jadi.. kalau gerad,tores,mrano,riara n kyut cedera? sapa nak main? rafa? or dua ekor koboi tu... dah 3 minggu telinga sakit kena komen team2 lain hehe tp aku tetap tak berubah hati liverpool tetap di hati..

Firol said...

susah jugak...


aku nak letak liverpool menang liga musim ni pun macam dah suam... pasni lawan Lyon dgn woMAN...

tunggu dan lihat...

beemer said...

kisuke ...
keep faith with rafa ..
bukan senang jd mgr liverpool ..

beemer said...

hell ...
wa nak panggil 2 ekor tu koboi pun rasa mcm tak layak ... koboi tak tembak geng sendiri ...
always reds bro!!!

beemer said...

bro firol ...
we'll wait n see ...
we will hv gerrard, torres n aquaman soon ..

kisuke-X said...

bro.. gua salute sama rafa & gua yakin ngan rafa.. cume gua bengang dgn pemaen2 liverpool yg laen.. asal ilang je due tonggak.. mule rebah semacam.. xleh nk diri atas kaki diri sendiri.. mane leh mcm tue.. nat gerrard da pencen.. susah la.. sob sob~

beemer said...

kisuke ..
tu la psl ..
tak paham betul ..
sepatutnya leh survive ..
tak sabar nak tunggu aquaman fully fit ..