Friday, October 16, 2009

LFC : Skuad Piala Dunia 2010


Pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano mengetuai skuad antarabangsa Argentina mara ke Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan. Argentina yang menewaskan Uruguay 1-0 di tempat lawan, memerlukan jaringan lewat daripada pemain gantian Mario Bolatti 5 minit sebelum permainan tamat untuk menduduki tangga keempat kelayakan kumpulan Amerika Selatan. Mascherano yang bermain 90 minit penuh pada perlawanan itu adalah salah seorang daripda 4 pemain yang telah dijamin tempat mereka oleh pengurus Argentina, Diego Maradona di dalam skuad Piala Dunia Argentina yang bakal beraksi di Afrika Selatan nanti. Seorang lagi pemain Liverpool iaitu Emiliano Insua tidak bermain pada perlawanan tersebut setelah membuat kemunculan sulung ketika menang menentang Peru sebelum itu, namun beliau masih berpeluang untuk menyertai Mascherano ke Afrika Selatan jika mampu menunjukkan prestasi lebih mantap dengan Liverpool. Kita berharap Mascherano akan kembali ke Anfield dengan lebih bersemangat dan bersedia untuk menunjukkan prestasi terbaik beliau bagi membantu Liverpool menghadapi perlawanan-perlawanan yang akang datang. Kebimbangan Mascherano terhadap skuad Argentina kini lenyap setelah mereka berjaya melepasi perlawanan kelayakan Piala Dunia dan saya pasti kita akan melihat Mascherano yang berbeza selepas ini.

Berikut adalah senarai penuh daripada laman rasmi liverpoolfc.tv, pemain-pemain Liverpool yang berpotensi untuk membuat penampilan di pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan pada musim panas 2010 (jika tidak mengalami kecederaan) setelah skuad antarabangsa mereka berjaya melepasi pusingan kelayakan :

Glen Johnson, Steven Gerrard (England)

Andrea Dossena, Alberto Aquilani (Italy)


Daniel Agger (Denmark)

Martin Skrtel (Slovakia)

Albert Riera, Fernando Torres, Pepe Reina (Spain)

Javier Mascherano, Emiliano Insua (Argentina)

Lucas Leiva (Brazil)

Philipp Degen (Switzerland)

Ryan Babel, Dirk Kuyt (Holland)

Sotirios Kyrgiakos (Greece) dan Andriy Voronin (Ukraine) masih boleh menyertai rakan-rakan sepasukan mereka di Afrika Selatan jika skuad negara mereka berjaya melepasi perlawanan peringkat play off Piala Dunia nanti.


YNWA

2 comments:

RABUN said...

Lucas tu masih lagi ada dalam skuad Brazil ker? Apa ilmu dia pakai eh?

beemer said...

bro indra ...
dunga mmg kena mandrem yg sama dgn rafa ...