Thursday, October 22, 2009

Kelly : Wajar Diberi Lebih Peluang

Masih ada hikmah sebenarnya di dalam perlawanan menentang Lyon tempohari. Hikmah kerana kita semua berpeluang untuk melihat seorang lagi permata bolasepak Liverpool muncul di tengah-tengah keributan yang sedang melanda pasukan dari Merseyside ini. Pemain yang saya maksudkan ialah Martin Kelly. Pemain muda berusia 19 tahun dari Whiston ini pasti memikat perhatian kita semua dengan persembahan mantap beliau di dalam perlawanan tersebut. Kelly sebenarnya adalah seorang pemain pertahanan tengah namun beliau memiliki verstailtiliti seperti Carragher iaitu mampu bermain di mana-mana posisi pertahanan Liverpool. Di dalam perlawanan dengan Lyon, Kelly bermain di posisi pertahanan kanan menggantikan Glen Johnson yang mengalami kecederaan sebelum perlawanan tersebut. Kelly sebelum ini, pernah bermain selama 19 minit apabila tampil sebagai permain simpanan ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang kelab Belanda, PSV Eindhoven pada Disember 2008.

Kelly adalah antara produk hasil daripada Akademi Liverpool dan beliau mula menyertai latihan di Melwood pada musim panas 2007. Sejurus selepas itu, beliau mula beraksi untuk skuad simpanan Liverpool bermula musim 2007-08. Seorang pemain pertahanan tengah yang berbadan sasa serta mempunyai ketinggian yang cukup baik (1.91m) untuk beraksi di barisan pertahanan Liverpool. Kelly pernah dipinjamkan kepada Huddersfield Town pada bulan Mac 2009 untuk menimba pengalaman. Beliau telah beraksi sehingga ke hujung musim tersebut dengan Huddersfield Town, bermain di dalam 7 perlawanan dan menjaringkan satu gol untuk mereka. Selepeas itu Kelly telah dipanggil untuk menyertai skaud bawah 20 tahun England untuk beraksi di kejohanan Piala Dunia bawah 20 tahun yang telah diadakan di Mesir. Walaupun England gagal beraksi dengan baik di kejohanan tersebut, pengalaman yang ditimba oleh Kelly amat berharga buat beliau di dalam usaha menjadi pemain yang lebih mantap. Sejurus selepas pulang daripada kejohanan ini juga, Kelly telah diberi kepercayaan oleh Rafa untuk menggantikan Glen Johnson di dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Lyon di Anfield.

Adakah kita akan melihat kemunculan Kelly sebagai pengganti Carragher di Anfield nanti? Sama-sama kita saksikan sejauh mana perkembangan anak muda ini di dalam skuad utama Liverpool nanti. Beliau telah membuktikan yang dirinya memang layak untuk diberi lebih banyak peluang untuk beraksi di kesebelasan utama dengan persembahan menarik beliau ketika menentang Lyon. Berfungsi sebagai attacking fullback di dalam perlawanan tersebut, Kelly mampu mengucar-kacirkan pertahanan Lyon dengan beberapa larian, umpanan serta cross yang begitu baik kepada barisan depan Liverpool. Beliau juga memiliki corak bentesan yang kemas dan mampu menghalang pemain lawan daripada masuk ke dalam kawasan penalti Liverpool. Saya amat berharap beliau terus kekal di Anfield dan berjuang untuk menempatkan diri di kesebelasan utama Liverpool. Saya dapat merasakan betapa ruginya Liverpool jika beliau dilepaskan untuk menyertai pasukan lain kerana saya pasti beliau mampu menjadi pemain yang mantap seperti Carragher. Cukuplah dengan beberapa pemain muda berbakat yang telah kita lepaskan, Kelly perlu dikekalkan untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan pemain yang dihasilkan oleh Akademi Liverpool.


YNWA

18 comments:

kingofangel said...

betul brooo.. saya pun persan gak dengan permainan mamat ni.. boleh tahan.. tapi aku rasa lebih sesuai main di bek kanan.. ada gaya johnson sikit.. Johnson tengok pun dah tak senang duduk dah..

FIROL said...

memang budak ni future betul..tak sangka dia boleh form baik malam tu...aku tgk ada gaya agger campur johhnson...serangan dan pertahanan boleh dibaiki

RAFA AMBIK PERHATIAN

INDRA QIRANA said...

ini membuktikan liverpool tak ketandusan player muda... kejayaan Setan merah adalah kerana banyak memberi peluang kepada pemain muda mereka

Harap harap Liverpool akan persiakan player yang satu ni... sgt teruja melihat permaiananya


YNWA!

kingofangel said...

x sabar bila la pulak ada pengganti Owen..

sydney said...

mr. Firol,gaya agger+johnson mmg betul.. 1st time ak tgk die maen,mule2 pelik sbb rasenye die ni mcm centre back. tinggi n elegan, very calm,beberapa last ditch tackle ala carragher, he is definitely the one for the future.

Aiman said...

Sokongan kepada benitez, sokongan yg membawa rebah..Dah 5 tahun kita ditipu oleh Benitez..Sekarang dia kata "trophies are not everything"..Amat malang kita mempunyai mentaliti manager macam ni.

Faizal said...

Kalau tak perlu trofi, apa yg nak diharapkan? Setakat top four setiap musim? Apa target Liverpool? Main bagus pun tak, konsistensi juga tiada, nak groom young players pun tak blh diharap.Ni kira alasan tebaru Benitez la selepas dia tertekan...hancur, hancur!

beemer said...

kingofangel ..
jgn gi jual sudah mamat ni ...
drp menghabiskan duit jutaan pound ..
lebih baik kita develop mamat ni menjadi top defender ..

beemer said...

bro firol ..
wa pun terkejut gak mlm tu ..
mula2 ternganga juga tgk ada seorang player tak kenal ..
alih2 itulah martin kelly ..
dia boleh pegi jauh kalu lebih byk peluang bermain ..

beemer said...

bro indra ..
kita byk player berbakat ..
tp sayang kena jual ...
mungkin kelly tak senasib mcm tu kot (harap-harap la) ...

beemer said...

kingofangel ..
owen mai anfield ahad ni ..
meh kita tgk dia berani dak main atas pdg ..

beemer said...

sis sydney ..
dia mmg CB ..
tp bleh main along the back four ..
verstail player cam carra jugak nih ..

beemer said...

Aiman ..
jika itu pendapat anda ..
saya tidak boleh menghalang ..

beemer said...

Faizal ...
ada link yang mengatakan Rafa berkata sedemikian?

ijat said...

knaper rafa dipersalahkan..

knape x player..

lg2 knaper x si dua ekor setan lahanat amerika owner liverpool 2..

kalo x de ilmu..x de bukti jgn nk blame rafa 100%..

baik duduk diam bc komen jer..

Faizal said...

Grow up la Ijat, sentimen kau sokong rafa harus ditolak tepi..sepatutnya kaji statements yg telah dibuat rafa..Kenapa player je yg patut dipersalahkan..siapa yang tentukan players.Kalau players yg berslah, maka bila menang player la yang patut dipuji, bukan Rafa..Jadi Rafa tiada peranan apa-ap la, baik masa menang atau kalah..Statement tidak matang dari kamu

beemer said...

ijat ..
cool bro cool ..
lebih baik kita tumpukan perhatian kpd game malam ni ...

YNWA!

beemer said...

faizal ...
adat ada peminat yg menyokong rafa ..
dan ada peminat yang tidak menyokong rafa ...
be cool bro ...
rasanya masa menang UCL 2005 .. Gerrard and his teammates mmg turut dipuji bukan?