Friday, October 30, 2009

Mata : Sayap Terbaru The Reds?

Pemain sayap Valencia dan juga pemain antarabangsa Sepanyol, Juan Mata telah mendedahkan bahawa pengurus Liverpool Rafa Benitez kini telah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat beliau. Mata dilaporkan telah menolak kontrak yang telah ditawarkan Valencia pada musim panas lalu akibat isi kandungan kontrak tersebut tidak memenuhi kehendak beliau. Agen beliau yang juga ayahnya iaitu Juan Mata Snr mahu Valencia lebih mengiktiraf bakat yang ada pada pemain muda ini dan ianya bukan semata-mata soal kewangan sahaja. Kegagalan Valencia menawarkan kontrak yang lebih baik dikatakan berpunca daripada kedudukan kewangan mereka yang kini semakin meruncing. Disebabkan keadaan ini tawaran yang hadir untuk pemain berusia 21 tahun ini amat sukar untuk ditolak oleh Valencia. Walaupun mempunyai kontrak sehingga 2012 dan dibayar 10 ribu pound seminggu oleh Valencia, Liverpool dijangka akan hadir dengan tawaran 16.5 juta pound untuk pemain sayap ini seawal bulan Januari 2010 apabila urusan perpindahan pemain dibuka semula. Valencia pasti tidak mahu menanggung kerugian yang lebih besar jika mereka lambat untuk menjual Mata dan jika rundingan untuk kontrak baru masih gagal mencapai kata sepakat, besar kemungkinan Mata akan dilepaskan untuk menyertai pasukan baru nanti.

Namun buat masa ini Mata mengakui Rafa Benitez adalah pengurus yang memiliki reputasi yang baik tetapi beliau hanya mahu menumpukan perhatian beliau kepada tugas di atas padang dan semua urusan berkaitan perpindahan beliau akan diuruskan oleh kelab dan juga agennya. Jika Liverpool berjaya mendapatkan Mata, dijangkakan karier bolasepak seorang lagi pemain sayap Liverpool dari Holland iaitu Ryan Babel akan berakhir. Saya menjangkakan Liverpool tidak mempunyai masalah untuk membayar gaji lebih daripada 10 ribu pound seminggu untuk Mata. Namun semuanya terpulang kepada Mata untuk menentukan arah tuju karier bolasepaknya kerana banyak kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau termasuklah Barcelona dan juga Real Madrid (kelab lama beliau). Adakah beliau akan tiba di Anfield pada Januari 2010 nanti? Sama-sama kita saksikan satu lagi episod perjalanan karier pemain muda Sepanyol yang berbakat dan mempunyai masa depan yang cukup cerah ini. Jika Rafa berjaya mendapatkan beliau maka akan bertambah lagi seorang pemain yang mampu membuat umpanan kepada Torres dan Gerrard di bahagian hadapan Liverpool selain Mata sendiri yang mampu menjaringkan gol.


YNWA

6 comments:

Anonymous said...

beli ler villa skali .
baru meletup :)

Firol said...

spekulasi baru....Lvpl memang perlukan sorang lagi bahagian tgh dan serangan utk mantap....

kesian lak tengok The Nine kite asik kena cantas teruk2..




tapi score jugak

ms.hafiz said...

mmg juan dalam list player idaman aku..xsangka btl2 benitez nak kan dia..harap2 jadi la..babel dh leh pegi..riera pun asyik injured je..

beemer said...

anoy ..
sen tak cukup nak beli villa ..

beemer said...

bro firol ..
mmg jadi sasaran bergerak nino ..
kena belasah aja ..

beemer said...

hafiz ..
16.5 juta pound kira on deal nih ..
hehehe! gaji ciput gila kat valencia 10,000 pound seminggu ..