
Kita semua telah sedia maklum yang Aquilani dibeli oleh Rafa sebagai ganti kepada Alonso dan McManaman menjangkakan sukar untuk mencari pengganti seperti pemain Sepanyol tersebut. McManaman juga nyata kecewa apabila Alonso meninggalkan Liverpool pada musim panas yang lepas dan bukan mudah untuk mencari pemain berbakat seperti Alonso. Tambah McManaman, setiap pemain luar yang berpindah ke Liga Perdana Inggeris perlu diberi sedikti ruang untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepasukan dan juga dengan corak permainan liga tersebut. Liga Perdana Inggeris terkenal dengan corak permainan yang lebih agresif dan juga amat mencabar berbanding dengan liga-liga utama lain di Eropah. Memang benar seperti apa yang dikatakan oleh Steve McManaman ini, kita semua tidak boleh mengharapkan Aquilani terus menunjukkan prestasi terbaik di atas padang apabila beliau mula bermain nanti. Secara sederhana kita boleh mengharapkan Aquilani boleh membantu sedikit sebanyak barisan tengah Liverpool pada peringkat awal karier beliau di Anfield. Untuk terus mengharapkan beliau bermain sebaik Alonso adalah sesuatu yang memerlukan keajaiban. Dan keajaiban itu sendiri bukanlah perkara yang mudah untuk berlaku (Pengecualian di dalam kes Torres yang terus meletup di musim pertama bersama-sama Liverpool). Kita perlu lebih berhati-hati dengan Aquilani kerana kita tidak mahu beliau terus dihantui oleh kecederaan yang pasti akan merugikan Liverpool. Jika beliau masih belum bersedia untuk bermain semasa menentang Sunderland nanti (walaupun diberitakan boleh beraksi), kita harus sabar menantikan kemunculan sulung beliau. Tidak rugi untuk kita bersabar sedikit masa lagi setelah hampir dua bulan kita semua menunggu beliau untuk pulih dari kecederaannya. Kita menandatangani Aquilani untuk jangkamasa panjang (dengan kontrak 5 tahun) dan sedikit kesabaran lagi pasti tidak akan merugikan kita semua. Saya pasti apabila Aquilani berjaya menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepasukan serta masak dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris, kita semua pasti akan melihat kembali kelibat antara pemain tengah terbaik di Eropah muncul di Anfield.
YNWA
4 comments:
mngkn makan masa nak serasi dgn livpl ...tapi harap dia dapat serap sebaik boleh..dosseana pun kire oklah..takkan dia yg ada talent tak leh kot...
makin nak masuk pertengahan makin runsing lak tgk livepl
yakin boleh
bro firol ...
harapnya aquilani dpt mantapkan mid liverpool ...
wa tak sabar nak tgk dia buat passing maut .. awal2 ni tak score byk pun takpa ..
bro indra ..
gitulah hendaknya ..
Post a Comment