Sunday, October 25, 2009

Rafa : Memburu Kemenangan Ke 114


Pengurus Liverpool, Rafa Benitez pada malam ini akan mengetuai anak-anak buahnya buat skali ke 200 di dalam pertempuran epik dengan musuh tradisi syaitan merah di Anfield. Di sini saya akan kemukakan statistik penuh yang dikeluarkan oleh laman rasmi liverpoolfc.tv mengenai rekod kemenangan di dalam 200 perlawanan pertama yang dipegang oleh pengurus Liverpool ini berbanding dengan pengurus-pengurus lain di Liga Perdana Inggeris :

Rafa Benitez memenangi 113 perlawanan daripada jumlah keseluruhan 199 perlawanan semenjak beliau mengambil alih Liverpool pada 2004 dengan peratus kemenangan pada 56.8%.

Pengurus skuad syaitan merah hanya memenangi 87 daripada 200 perlawanan pertama beliau semenjak menjadi pengurus pada 1986. Peratusan kemenangan ialah 43.5% dan mengambil masa 7 tahun untuk memenangi gelaran liga yang pertama.

Pengurus skuad senapang, Arsene Wenger mempunyai rekod yang lebih baik memenangi 110 perlawanan daripada 200 perlawanan pertama beliau. Peratus kemenangan Wenger adalah pada 55%.

Hanya Kenny Dalglish yang mempunyai rekod yang lebih baik daripada Rafa sebagai pengurus Liverpool. King Kenny telah memenangi 120 perlawanan daripada 200 perlawanan pertama beliau sebagai pengurus Liverpool. Peratus kemenangan King Kenny adalah 60%.

Manakala rekod bekas pengurus-pengurus Liverpool sebelum ini di dalam 200 perlawanan pertama mereka adalah Bob Paisley dengan 113 kemenangan (56.5%), Bill Shankly dengan 106 kemenangan (53%) dan Gerard Houllier dengan 101 kemenangan (50.5%).

Misi kita semua pada malam ini adalah untuk berdiri di belakang Rafa bagi mencapai kemenangan ke 114 beliau. Kita turun sebagai underdog pada malam ini kerana hampir semua media di dunia ini (selain media Liverpool) menafikan kita akan menang di Anfield. Biarkan apa yang mereka katakan, kita semua memang tahu serta masak dengan perangai media-media ini. Biarkan mereka berbunyi dahulu dan kita di kem Liverpool tumpukan fokus kita untuk menyokong pasukan kita di Anfield nanti.Bagi saya biar corak permainan kita yang menjadi jawapan kepada mulut-mulut yang busuk ini. Kepada Rafa, kami semua mahukan kemenangan ke 114 dan kami semua akan bersama-sama anda pada malam ini. Kita semua adalah Liverpool FC dan kita semua tidak sedikit pun takut kepada cabaran! Ayuh tundukkan syaitan merah pada malam ini!


YNWA

9 comments:

Firol said...

HANTAR SYAITAN KEMBALI KE NERAKA!!!! BRING IT ON!!!!!

LAWAN HABISAN

INDRA QIRANA said...

hermm lupa lak si Ketua setan tu perlukan 7 tahun untuk menang liga eh.. So Bernitez tak la seteruk mana

beemer said...

kita berjaya hantar setan ke NERAKA!!!! tahniah kepada semua REDS!!!! YNWA!!!!

Naz said...

Puas ati aku.. kene 2 gol.. hamikkk ko. tido dlm bahgia aku mlm ni. hahahahahaha.....

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kite menang...
yes...
YNWA...!!!

beemer said...

bro firol ..
kita berjaya hantar syaitan ke neraka .. hehehe!

YNWA!

beemer said...

bro indra ..
seperkara lagi .. ketua setan tu penah kena maki hamun dgn peminat sendiri dan siap demo dlm stadium mau dia dipecat ..
dan kini peminat yg sama jilat taik ketua setan nih ..

beemer said...

bro naz ..
yaa .. puas hati bro ..
kita peminat reds mmg bahagia kali ni .. 3x kali berturut2 tuh ..

beemer said...

meniti senja ...
enjoy the win bro ..

YNWA!