

Barisan pertahanan Liverpool agak goyah di kebelakangan ini dan banyak pihak mengambil jalan mudah untuk menyalahkan Carra di atas kemerosotan prestasi ini. Liverpool yang terkenal dengan barisan pertahanan yang cukup mantap, kini telah bolos 12 gol daripada 8 perlawanan. Satu jumlah yang cukup untuk mendatangkan kritikan daripada semua pihak termasuklah daripada peminat-peminat Liverpool sendiri. Memang benar Carra mengalami sedikit kemerosotan prestasi dan ianya diakui sendiri oleh beliau. Menurut Carra, beliau juga turut terkejut dengan prestasi semasanya dan berjanji untuk memperbaiki permainannya jika mahu membantu Liverpool pergi lebih jauh pada musim ini. Tambah Carra, Liverpool yang cukup terkenal dengan permainan mantap di bahagian pertahanan semenjak 5-6 tahun yang lepas, agak berbeza pada musim ini dan kritikan yang dilemparkan kepada beliau serta rakan-rakan sepasukan adalah adil. Tiada pasukan yang berjaya memenangi liga selepas tewas tiga kali pada peringkat ini daripada tahun 1967. Rekod tercipta untuk dipecahkan dan kita perlu yakin untuk mengatasi perkara ini. Liverpool hanya tewas 6 kali di dalam 2 musim Liga Perdana Inggeris dan untuk melakukan perkara tersebut setelah mengharungi 76 perlawanan adalah suatu pencapaian yang cukup baik, namun Liverpool perlu melakukan sesuatu yang lebih baik untuk membawa pulang trofi kejuaraan liga kembali ke Anfield.
Persoalan yang mahu saya kemukakan di sini, adakah wajar untuk Liverpool terus mengenepikan Carra? Ada di antara pendapat daripada peminat-peminat Liverpool yang mahukan Carra dikeluarkan daripada barisan pertahanan. Adilkah kita untuk berbuat sedemikian setelah melihat kemerosotan prestasi Carra pada awal musim ini? Ada yang mencadangkan gandingan Skrtel – Agger diketengahkan. Tetapi mampukah mereka berdua memikul tugas ini jika Carra direhatkan? Pada pendapat saya, Carra tidak wajar dipersalahkan 100% di dalam perkara ini. Kenapa saya berpendapat sedemikian? Ini adalah kerana kedua-dua pemain pertahanan tengah Liverpool iaitu Carra dan Skrtel tidak mendapat perlindungan yang secukupnya dari barisan tengah Liverpool. Selain daripada itu, pendekatan Rafa pada musim ini untuk menggunakan kedua-dua fullback Liverpool bagi memperkuatkan bahagian serangan juga membuatkan lebih banyak tekanan yang akan diterima oleh Carra dan juga Skrtel. Lebih banyak tekanan kerana lebih banyak serangan dari pihak lawan yang perlu ditangkis oleh mereka berdua. Kemerosotan prestasi Carra juga disumbangkan oleh rakan seposisi beliau iaitu Skrtel. Pemain antarabangsa Slovakia ini turut bermain di bawah tahap sebenar beliau semenjak kebelakangan ini. Keadaan ini telah memaksa Carra membuat lebih banyak kerja di bahagian pertahanan dan ini menghalang beliau untuk lebih fokus kepada serangan pihak lawan. Pemain tengah Liverpool seperti Mascherano dan Lucas juga tidak banyak menyumbang utnuk memperkukuhkan pertahanan Liverpool. Dan saya juga berharap agar Reina boleh memperbaiki permainan beliau untuk membantu barisan pertahanan Liverpool. Reina sudah beraksi dengan cukup baik, namun jika beliau boleh mempertingkatkan persembahannya, ianya sedikit sebanyak akan membantu mengukuhkan lagi pertahanan Liverpool. Gandingan Skrtel – Agger memang terbaik namun, kita harus ingat, kedua-dua pemain ini tidak memiliki daya kepimpinan seperti Carra untuk mengemudi barisan pertahanan Liverpool. Mereka perlu lebih banyak belajar dari Carra mengenai perkara ini dan saya pasti mereka akan lebih bersedia untuk mengemudi barisan pertahanan Liverpool di masa hadapan. Kepada rakan-rakan peminat, jangan sesekali berputus asa dengan Carra, beliau baru berumur 31 tahun dan bukanlah terlalu veteran untuk bermain di kesebelasan utama Liverpool. Jika anda benar-benar mengenali Carra, anda harus yakin yang beliau akan kembali ke tahap permainan terbaiknya sedikit masa nanti. Jika pemain lain boleh diberi peluang untuk memperbaiki prestasi, kenapa tidak Carra? Kesimpulannya, Liverpool perlu mempertingkatkan persembahan secara berpasukan. Ini bermakna jika kita lebih banyak menyerang pada musim ini, pemain-pemain kita tidak harus alpa untuk membantu barisan pertahanan Liverpool. Jika hanya rajin menyerang tetapi malas untuk bertahan, keseimbangan pasukan akan tergugat dan seterusnya akan menyumbang kepada prestasi tidak konsisten kita pada musim ini.
YNWA
6 comments:
Tak dinafikan Carra23 yg terbaik liverpool pernah ada..gandingan skrtel-agger tu adalah dimasa akan datang
biasalah...tapi sebelum bersara sekalipun..carra23 kena bawak balik epl dia kena ada medal tu..fanz kena bg semngt..biar apapun
kalau rehatkan carra sekejap boleh la kot...
utk kembalikan moral...
tapi kalau ketepikan utk selama-lamanya memang tak adil la....
tapi, baik buang skrtel....
agger tak pernah main dgn skrtel...
dan aku rasa gandingan carra dan agger lebih baik....
lagipun, kalau rafa nak gunakan defender utk tolong serangan, agger adalah yang terbaik...
dia boleh dribble, dia ada teknik hantaran yg lebih kemas, dan dia boleh rembat jarak jauh....
agger-carra pliz....
http://liverpool-malaysia.blogspot.com/
bro firol ..
wa rasa carra dah byk improve masa game vs chel aritu ..
dah kurang buat silap ..
harap2 dia bangkit masa lwn black cats next week ...
amirul ...
also prefer carra - agger ...
tp agger byk injured ...
skrtel ok sket masa vs chel itu hari ...
mungkin dia baru nak dpt rentak ..
setiap player ada wat kesilpan.. jadi,,, jgn terlalu cepat menghukum.. bagi mereka perbaiki kelemahan diorang... baru la kita btol2 fanz the kop.. cntohi penyokong di anfiled sana... menang ke kalah ker.. doirang tetap stay sampai abeh game...
http://liverpoolmalaya.blogspot.com/
mofasad ...
player dah bagus cuma kadang2 ada gak time diaorg off form .. carra perlu sedikit masa utk kembali ke tahap terbaik ...
Post a Comment