Monday, October 5, 2009

BPL : Perjuangan Harus Diteruskan

Ramai yang kecewa apabila kita tewas buat kali ketiga di Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Kali kedua berturut-turut dalam masa seminggu dengan jumlah jaringan yang sama di tempat lawan. Anda perlu kecewa jika anda adalah benar-benar seorang peminat Liverpool. Kecewa kerana kita gagal membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan ini. Namun harus saya ingatkan rakan-rakan sekalian, lawan yang kita hadapi semalam adalah antara pencabar utama kejuaraan liga pada musim ini dan mereka bermain di kandang sendiri. Tidak hairanlah mereka akan bermati-matian untuk mencari kemenangan dengan menggunakan pelbagai helah sepertimana yang kita semua sedia maklum. Secara keseluruhan perlawanan semalam, kita mampu bersaing dengan mereka terutama sekali pada separuh masa pertama. Alangkah baiknya jika persembahan sedemikian dapat kita teruskan sehingga akhir musim ini. Namun disebabkan hilangnya fokus pada separuh masa kedua, lawan mengambil kesempatan daripada kealpaan kita untuk menjaringkan gol kemenangan. Masih terlalu awal untuk mengaku kalah kerana perjalanan kita masih panjang dan banyak lagi ruang untuk memperbaiki permainan. Liverpool kini perlu mencapai lebih banyak kemenangan berbanding musim lalu dan kita perlu mengurangkan keputusan seri serta kalah jika masih berhajat untuk membawa pulang trofi kejuaraan liga ke Anfield. Nampak seperti mustahil, namun seperti yang selalu saya ungkapkan, Tiada Yang Mustahil Di Dalam Bolasepak. Bak kata Ancoletti, Liverpool tidak boleh diketepikan dari persaingan liga disebabkan oleh keputusan perlawanan ini.

Rafa cuba menggunakan taktik serangan pada perlawanan ini, buktinya pada awal separuh masa pertama Liverpool lebih banyak menguasai bola dan melakukan serangan. Namun penggunaan dua pemain midfield versi pertahanan Lucas dan Mascherano telah menghadkan umpanan bola kepada Gerrard dan Torres di bahagian depan. Benayoun juga diketepikan di dalam perlawanan ini dengan Riera mengambil tempat beliau. Kehilangan kreativiti beliau amat dirasai sehinggalah beliau masuk menggantikan Riera pada separuh masa kedua barulah enjin serangan Liverpool dapat berfungsi dengan lebih baik. Kegagalan kita memanfaatkan peluang yang cukup terhad juga membawa padah. Ramai yang mengkritik Rafa kerana menurunkan Lucas, namun sepertimana yang pernah saya katakan sebelum ini, pilihan Rafa adalah cukup terhad dan beliau tidak mahu mengorbankan kuasa serangan Liverpool dengan memecahkan gandingan Gerrard dan Torres. Dan Lucas terpaksa diturunkan untuk bergandingan dengan Mascherano di bahagian tengah. Lucas bukan pilihan terbaik kerana kreativiti beliau belum cukup untuk mengemudi barisan tengah Liverpool. Sesuatu yang “rare” juga berlaku pada malam tadi dimana Lucas DIGANTIKAN oleh Ryan Babel. Jika diberi pilihan, saya pasti Lucas bukanlah orangnya untuk bermain di midfield. Saya serahkan kepada anda semua untuk kerja-kerja mengkritik beliau. Sudah letih untuk saya memperkatakan tentang beliau dan pandangan saya masih belum berubah, Lucas belum cukup baik untuk bermain di kesebelasan utama Liverpool. Beliau pada pendapat saya lebih sesuai sebagai pemain gantian dan bertindak sebagai backup kepada Gerrard, Mascherano dan juga Aquilani (apabila beliau cergas sepenuhnya). Ok, cukuplah tentang Lucas, membuang masa menulis tentang beliau. Kepada rakan-rakan, saya tidak mahu mengulas panjang dan kita perlu lupakan perlawanan ini, fokus untuk menentang pasukan yang tidak kurang hebatnya iaitu Sunderland di tempat lawan di dalam masa 2 minggu lagi. Masa untuk Rafa memperbaiki rekod pertemuan beliau dengan pasukan bimbingan Steve Bruce. Kita mempunyai masa selama 2 minggu untuk persediaan bagi perlawanan ini dan saya berharap agar pemain-pemain Liverpool menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk mengembalikan keyakinan bagi menghadapi cabaran yang berikutnya di Stadium Of Light.


YNWA

13 comments:

sydney said...

Lucas and Masch they both are essentially the same type of player.Due2 defensive minded.
Agak terkejut Benayoun x start smlm, tp mungkin sbb Riera maen bagus against Chelsea dulu. Sy tau bro x ske Lucas,tp sy rs sebab kte klh smlm sbb mistakes Masch n Carra, n Torres missed, Benayoun pun missed an open goal with Hilario already defeated, but to each one his own..YNWA..=)

ijat said...

bg aku lucas okkay jer game dier..

cma masch yang over confident..brjangkit ngan virus rio ferdinand msa lwn city dlu..

1 lg carra mmg mnurun prestasi beliau..

x taw la knape..

mgkn effect main laga2 ngan skertel ri 2 kowt..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ijat..
ok ape nye?
tgk tol²...
ape ade pada lucas?
nothing...
sydney...
yup..
memang dua² defensive mid...
but he is the ball winner...
setiap team kene ade ball winner...
ac ade gattuso...
mcm tue la..
penting ball winner...
defend memang ade prob...
but lucas is the main point...

@r zh@r said...

Pada aku Lucas ok cuma tidak sesuai diganding dengan Masch. Sebelum ni aku memang tak suka Lucas tapi sejak beberapa game ada sikit improve dari pemain tu. Dan tumpuan sekarang pada Masch yang sekarang ni dalam prestasi yang kurang baik disebabkan belenggu sebagai kapten Argentina yg masih terkial untuk layak ke Piala Dunia.

Memang takde kena mengena antara Liverpool dengan Argentina tapi pemain tetap sama iaitu Masch. Secara psikologinya Masch seperti ada masalah fokus.

Memang tidak dinafikan Masch pemain yg bagus memintas serangan lawan tapi jika di lihat perlawanan sebelum ini tanpa Masch kita lebih banyak menang dari kalah. Gol pertama hari tu disebabkan kesilapan Masch yang gagal mengawal bola. Kesilapan seperti ini sepatutnya tidak ada pada pemain antarbangsa spt Masch.

Semasa kalah dengan Aston Villa hari tu Rafa salahkan Gerrard dan kalah dengan Chelsea hari tu aku salahkan Masch.

beemer said...

sis sydney ..
letih aaa nak tulis psl lucas ... hehe!
2 minggu rehat n 17/10 aquaman akan berada di bangku simpanan ...
lucas ... hg degil takmo dgr cakap .. so jgn kata hg tidak diberi amaran supaya perform ... takmo dgr dah pasni chances kurang yer lucas ... kalu rafa drop masch ... eloklah drop satu team terus ...
game vs chel ... dah cukup bagus mlm tu .. cuma silly mistakes that cost us the points ...

beemer said...

ijat ..
lucas ok tp tak reti nak passing tahap dewa .. sekadar passing kiri kanan depan blkg ... reina pun buleh buat ... masch byk naik sbb dia cuba nak naikkan bola kpd torres n gerrard ... lucas tido time tu .. carra mungkin ada sedikit krisis keyakinan ... bg masa sket .. he will be back to the best!

beemer said...

meniti senja ..
lucas need to be not only ball winner but also midfield yg ada passing range sebaik alonso ... hopefully aquaman will provide us with this dlm masa 2 minggu .. cmon aquaman!

beemer said...

bro @rzh@r ..
betul lucas not bad ..
tp dia gagal utk forwardkan bola tu ke depan sbb passing mmg hampeh ...
masch terpaksa byk ke atas dlm usaha nak umpan bola kpd torres n gerrard .. wa tak nafikan masch agak terganggu skrg ni ... kita tgk nanti lepas qualfying WC ... hopefully masalah passing dr mid ke forward ni dpt kita atasi bila aquaman fit nanti ...

Firol said...

Ada masa dan ruang...

kena baiki secepat mungkin..

AQUAMAN return next match!!!

sydney said...

bro beemer..masch ms alonso ade pn die slalu naek atas gk..kiri kanan ke hulu ke hilir pn die ade..time die maen right back ari tu kt left hand side pn die ad tlg insua..

bg ak lucas ok je performance die skrg..byk improve especially passing n strentgh..dlu ak pn benci die jgk..tp mmg betol die bukan alonso..masch is a fantastic player but kl die slh,kne point out jgk la slh die..xkn nk ignore je..rafa tried to play it safe with 5midfielders utk counteract chelsea nye midfielders..pd pndpt ak die patut sub lucas with benayoun n push gerrard deeper,sbb benayoun leh play gerrard nye role utk suport tores,n die nye control n ball retention bleh unlock chelsea nye defense..

sydney said...

ad gk org laen ckp lucas ok skrg..ak igt ak dh mereng sbb nmpk lucas maen ok sedangkn ramai ckp lucas x improve2 pn..so kl ak mereng,korg pn mereng gk la...same2 mereng...haha

beemer said...

bro firol ...
waaa lama cuti ... hehe!
tak sabo nak tgk aquaman nih ...
2-3 minggu rasa cam lama lak ...

beemer said...

sis sydney ...
lucas ada improve sket ...
but still hanya sesuai di bench aja .. sekadar squad player ...
kira ok la tu ... dulu nak letak kat bench pun tak lalu .. hahaha!
dlm bahasa mudah .. lucas improve tp still tak cukup perisa .. lebih garam aja lucas nih .. hehe!
mana ada mereng2 nih sis .. hehe!
masch mmg buat silly mistake aritu ..
tp mcm bro arzhar ckp ... kepala masch tuning tak bapa betul skrg ..
maybe lepas argentina layak msuk WC .. kita akan lihat yg terbaik dari masch .. + aquaman pun dah ok ... waaa best2 midfield liverpool ...