Monday, May 4, 2009

Liverpool 3 Newcastle 0 : Si Murai Makin Terdesak

Perlawanan yang menunjukkan perbezaan yang sebenar di antara pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan juga pasukan yang bergelut dengan kemungkinan penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris. Liverpool menyambut kepulangan Kapitan Gerrard kembali ke dalam skuad utama tetapi Rafa telah merehatkan Torres yang mengalami sedikit kecederaan sebagai langkah berjaga-jaga. Agger yang baru mendapat kontrak baru bergandingan dengan Carragher di pertahanan tengah dan Aurelio menggantikan Insua di kiri. Riera juga bermain di sayap kiri. Owen pula tidak bermula di dalam kesebelasan utama si Murai mungkin kerana Shearer lebih memerlukan khidmat beliau untuk 2 perlawanan utama menentang Boro dan Fulham di St James Park pada minggu depan. 2 kemenangan yang akan menentukan nasib si Murai pada musim ini.

Walaupun si Murai cuba menguasai perlawanan pada peringkat awal, akhirnya mereka tewas dengan gol dari lutut Benayoun dan tandukan Kuyt. 2-0 pada separuh pertama menyebabkan si Murai terpaksa menerima hakikat perlawanan ini di luar jangkaan mereka. Shearer cuba membuat beberapa perubahan pada separuh masa kedua tetapi kemasukan Gutierrez dan Owen tidak banyak membantu. Liverpool menamatkan perlawanan ini dengan jaringan oleh pemain gantian Lucas (Ya Lucas sumbat gol!) melalui tandukan hasil daripada sepakan percuma Aurelio. 3-0 kepada Liverpool dan tekanan diteruskan kepada pendahulu liga. Ketiadaan Torres sedikit sebanyak mengurangkan ketajaman serangan Liverpool walaupun Kuyt bermain dengan baik sebagai penyerang utama pada perlawanan ini. Percubaan Alonso 2 kali terkena palang dan rembatan Kapitan Gerrard juga terkena palang. Jika tidak kerana palang yang menyelamatkan si Murai pasti Liverpool akan berpesta gol lagi di Anfield.

Barton dilayangkan kad merah kerana bentesan keras dari belakang oleh beliau ke atas Alonso dan pengadil tidak teragak-agak menghantar Barton pulang lebih awal. Tindakan yang tidak perlu dilakukan dan beliau memang patut dikenakan kad merah, itulah pendapat Shearer, pengurus si Murai. Shearer juga akan mengenakan denda ke atas Barton sebagai hukuman ke atas kecuaian beliau ini. Alonso bukan berada di dalam kedudukan yang membahayakan si Murai kerana beliau berada di sudut padang dan jauh dari gol si Murai. Alonso diusung keluar padang akibat kecederaan tetapi Rafa menegaskan beliau akan pulih dan sedia untuk perlawanan menentang Hammers pada hujung minggu ini. Mascherano juga cedera tetapi ianya tidak serius dan beliau juga dijangkakan boleh turun di dalam perlawanan tersebut.

Tak kunjung putus sokongan daripada para penyokong si Murai kepada pasukan mereka semalam. Walaupun ketinggalan pada perlawanan semalam mereka masih bersorak untuk memastikan pasukan mereka terus berjuang. Mereka masih percaya Shearer mampu untuk mengemudi pasukan ini dan mengelak dari penyingkiran yang pasti akan mendatangkan kesan kepada kelab dari segi kewangan dan reputasi. Namun para penyokong si Murai ini dihampakan oleh persembahan dari pemain-pemain mereka sendiri pada malam ini. Kepada Liverpool, tugas diteruskan seperti biasa semalam dan 3 mata lagi diperolehi untuk meneruskan perjuangan. Walaupun masa semakin suntuk, mengalah tidak sama sekali. Tumpukan perhatian kepada perlawanan seterusnya menentang Hammers a.k.a skuad Tukul Besi di Upton Park pada minggu depan (Sabtu 9/5 12.30 malam).


YNWA

3 comments:

Anonymous said...

bro beemer..lu saje letak gbr owen dibentes carra kt artikel ni kn...
diskriminasi btol lu ni bro...
ni y wt ak nk nyanyi lgu bunkface kt blog lu ni bro....ahahaha


afiq_trulyREDZ...

YNWA

beemer said...

hahaha ...
bukan la fiq ...
itu aja gamba reds vs new yg takde setan tonik tu ... hehehe ...
sori aaa fiq ...

Anonymous said...

xpe2...nasib baik ko da alasan y kukuh bro....hahaha
ak main2 jela bro beemer hehehe...


afiq_trulyREDZ...


YNWA