Wednesday, May 13, 2009

Mascherano : Saya 100% Komited Kepada Liverpool

Setelah timbul beberapa spekulasi mengenai perpindahan beliau di media dan internet, Orang Besi Liverpool, Javier Mascherano a.k.a Monster Masch telah menegaskan beliau 100% komited kepada Liverpool dan mahu bersama-sama untuk berjaya dengan kelab ini. Mascherano masih mempunyai kontrak jangka panjang dengan Liverpool yang telah ditandatangani beliau pada musim lepas. Berita mengenai Mascherano ini timbul setelah terdapat kenyataan dari beliau yang tidak mengenepikan sebarang spekulasi jika terdapat perpindahan di musim panas ini. Pengurus Liverpool, Rafael Benitez telah menegaskan Mascherano bukan untuk dijual dan kenyataan dari beliau ini mengukuhkan lagi perkara ini.

Menurut Mascherano, masa depan beliau adalah bersama-sama Liverpool setelah apa yang dicapai pada musim ini telah menyakinkan beliau, tempatnya hanyalah di Liverpool. Tambah Mascherano, Jika 3-4 musim yang lepas, cabaran Liverpool telah berakhir pada bulan Disember atau Januari, namun amat berbeza pada kali ini, dimana Liverpool masih berada di dalam persaingan liga dengan musim hanya berbaki 2 perlawanan lagi. Bagi Mascherano, adalah penting untuk Liverpool berusaha dengan kuat dan gigih. Buktinya kemenangan ke atas pasukan kelompok atasan liga telah menunjukkan Liverpool semakin mara ke hadapan dan ianya perkembangan yang positif buat Mashcerano.

Saya tidak terkejut dengan spekulasi mengenai pemain tengah kita ini. Ini kerana pemain yang mempunyai kaliber seperti beliau pasti akan menarik minat pemangsa-pemangsa di luar sana. Kita amat beruntung kerana Mascherano telah berlaku jujur dengan dengan memaklumkan kepada Rafa dan juga kelab secara keseluruhannya. Beliau bertindak sebegitu untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang mungkin boleh timbul jika perkara sebegini keluar di media. Ini juga membuktikan Liverpool mempunyai barisan pemain yang mantap untuk meneruskan saingan untuk merebut Liga Perdana Inggeris musim depan. Jika tidak, mana mungkin pokok akan bergoyang jika tiada angin yang meniupnya.



YNWA

2 comments:

Anonymous said...

SALAM..

mmg x dinafikn kehadiran maschca amat dperlukn bg team kite...
kehadiran maschca membuka ruang utk gerrard bermain free role dbalakang torres dimane peranan tsebut mmg amat2 sesuai dan dgemari oleh gerrard...
bg ak maschca pelengkap bhgian tengah team bg myerang dan terutama skali utk mgekang asakn2lawan dgn kerajinan beliau...
kite bleh tgk kesan ketiadaan beliau semase 1st leg CL...


bro ni tugas terbaru ko...

AFIQ:SAYA 200% KOMITED KPD LIVERPOOL...jgn lupe tulis artikel ni nnt bro beemer..hahahaha...
ne ko g bro??dh lame xde kt my-lfc...rindu seh kt ko hahaha...

afiq_trulyREDZ

YNWA

beemer said...

ada tp bz sket la fiq ..
byk keja luar seminggu dua ni ..
nanti wa tulis artikel 200% tu ... hehehe ...