
Mengenai percakaran beliau dengan Arbeloa di tengah padang semasa perlawanan menentang West Brom ahad lalu di The Hawthorns, Carragher menyatakan beliau telah menyelesaikan dan berbaik-baik dengan Arbeloa tentang perkara tersebut. Fokus mereka sekarang adalah kepada perlawanan terakhir menentang Tottenham di Anfield pada hujung minggu nanti. Carragher mahu menang tanpa bolos dan membantu penjaga gol Jose Reina memenangi anugerah Sarung Tangan Emas buat kali ketiga berturut-turut musim ini.
Sungguh tinggi azam penolong kapten Liverpool yang berasal dari Bootle ini. Beliau memang terkenal dengan sikap tegas serta serius semasa di atas padang semenjak dari mula-mula menyarung jersi Liverpool lagi. Diharap semangat dan keazaman tinggi beliau boleh dijadikan contoh terbaik oleh pemain-pemain lain bagi mengakhiri penantian Liverpool untuk gelaran ke 19 pada musim depan. Terharu juga apabila beliau mengumumkan persaraan dari menyarung jersi England di peringkat antarabangsa dan mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada kariernya di Liverpool. Pemain yang sentiasa memberikan 101% komitmen setiap kali menyarung jersi Liverpool, itulah Jamie Carragher yang kita semua kenali.
YNWA
3 comments:
player dah tak sabar musim baru..
Rafa dah mula berkira-kira cari player..
Peminat tak sabar nak tengok Tentera Merah beraksi musim depan dengan gandingan baru dgn startegi baru.
insya Allah..nex season liverpool will be stronger then ever....
congratz to manuer coz made us wake up 4 diz 19 years....hahaha
watch out 4 our come back....
afiq_trulyREDZ
YNWA
buy correctly n dont sold asset such as alonso will be the key for title challange next season ..
Post a Comment