
Segui turut menyatakan beberapa kelab telah membuat risikan mengenai kedudukan Silva di Valencia. Dilaporkan Liverpool telah membuat bidaan rasmi sebanyak 15 juta pound untuk Silva. Namun bagi Segui, adalah normal pada masa sekarang dengan musim yang hampir tamat, banyak spekulasi yang timbul mengenai Silva dan pasti banyak kelab yang berminat dengan beliau. Menurut Segui, Silva masih mempunyai kontrak dengan Valencia dan dia gembira bersama-sama kelab tersebut. Lambat laun Valencia dijangka terpaksa menjual beberapa bintangnya seperti Silva, Villa dan juga Albiol kerana Los Che sekarang dibebankan dengan hutang di antara 350 – 450 juta pound. Penjualan terpaksa dilakukan untuk memastikan Valencia terus beroperasi untuk musim-musim yang akan datang. Perkara ini turut disahkan oleh Pengarah Sukan Valencia, Fernando Gomez. Namun menurut Gomez, perkara ini belum diputuskan sekarang kerana Los Che sedang bertarung untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Dan perkara ini akan menjadi kunci kepada belanjawan kelab musim depan, tambah Gomez lagi.
Perlu saya maklumkan kepada rakan-rakan peminat, berita di atas hanyalah merupakan spekulasi di internet semata-mata. Jika perkara ini benar-benar akan berlaku, maka ianya merupakan satu berita yang amat menggembirakan buat kita semua. Silva bagi saya memang merupakan seorang pemain sayap yang cukup sesuai dengan Liverpool. Larian pantas beliau dari sayap kiri pasti akan memberi kelebihan kepada Liverpool dalam usaha memburu gol pada musim depan. Jika berita tersebut hanyalah spekulasi semata-mata, sekurang-kurangnya kita tahu Liverpool memang berupaya menarik minat pemain-pemain terbaik dunia.
YNWA
No comments:
Post a Comment