Saturday, February 13, 2010

Kyrgiakos : Suka Cabaran BPL

Pemain pertahanan Liverpool dari Greece, Sotirios Kyrgiakos mengakui beliau amat teruja dengan cabaran di liga perdana inggeris setakat ini. Kyrgiakos yang telah dibuang padang (digantung tiga perlawanan) ketika menentang pasukan jiran sekampung dan juga hilang sebatang gigi ketika menentang Bolton namun beliau telah menyedari permainan fizikal yang cukup sinonim dengan liga perdana inggeris. Kyrgiakos menyatakan liga perdana inggeris adalah seperti yang telah beliau bayangkan iaitu agresif dan penuh dengan cabaran. Kyrgiakos bagaimanapun tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan liga perdana inggeris kerana beliau sebelum ini pernah bermain di liga perdana Scotland bersama-sama Rangers. Manakala di Jerman dan Greece, corak permainannya tidaklah terlalu fizikal, tambah Kyrgiakos lagi. Menurut Kyrgiakos, agresif sahaja tidak cukup penting tetapi pemain perlu mengejar untuk mendapatkan bola barulah sebarang gerakan boleh dihalang atau dirancang oleh pasukan. Secara berseloroh Kyrgiakos menyatakan, siku-siku sentiasa berterbangan di sini dan pengadil menyatakan ianya bukan satu kesalahan, beliau menggemari keadaan ini dan berpendapat itulah salah satu bahagian permainan bolasepak. Semoga bertambah mantap pemain pertahanan Liverpool yang dikatakan kini menjadi pengganti yang tepat kepada Sami Hyypia. Kudrat beliau amat diperlukan The Reds untuk memastikan barisan pertahanan terus mantap untuk menghadapi baki perlawanan pada musim ini.


YNWA

2 comments:

RABUN said...

ha ha aku suka mamat ni!! tapi harap harap dia tak terjah pakai dua kaki lagi lepas ni... harap harap benitez still beri peluang dia beraksi kesebelasan utama lagi... aku still tak konfident dengan skertel

beemer said...

mamat greek nih mmg berani nak celen dlm kotak penalti ...
mmg lawan dah mula takut dgn dia ..
silap cara makan pelempang mamat ni .. hahaha!