Thursday, February 25, 2010

BPL : Saingan Semakin Sengit

Jika dilihat daripada baki perlawanan pada musim ini, Liverpool mempunyai peluang yang agak baik berbanding 3 lagi pasukan yang menjadi pencabar ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan. Daripada 3 pasukan tersebut hanya villa boleh dikatakan mampu memberikan cabaran kepada Liverpool. Spurr dan Citeh mempunyai lawan-lawan yang sukar termasuklah mengyu, senapang dan juga jambatan runtuh. Mereka juga perlu berhadapan antara satu sama lain selain daripada pasukan yang dikatakan mampu memberikan cabaran di saat-saat akhir iaitu skuad biru Merseyside. Namun analisis ini hanyalah di atas kertas dan ianya bukan menjamin tempat Liverpool di Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan. Di dalam bahasa yang lebih mudah, semuanya terletak kepada usaha Liverpool sendiri untuk mengutip sebanyak mana kemenangan di dalam baki perlawanan pada musim ini. Tidak perlu dihiraukan apa yang berlaku pada pasukan lain kerana ianya jelas akan menjejaskan tumpuan The Reds di dalam setiap perlawanan selepas ini.

Liverpool
Feb 28: Blackburn (H)
Mar 8: Wigan (A)
Mar 15: Portsmouth (H)
Mar 21: Man United (A)
Mar 28: Sunderland (H)
Apr 3: Birmingham (A)
Apr 11: Fulham (H)
Apr 19: West Ham (H)
Apr 24: Burnley (A)
May 1: Chelsea (H)
May 9: Hull (A)

Manchester City
Feb 27: Chelsea (A)
Mar 6: Tottenham (H)
Mar 14: Sunderland (A)
Mar 20: Fulham (A)
Mar 29: Wigan (H)
Apr 3: Burnley (A)
Apr 11: Birmingham (H)
Apr 17: Man United (H)
Apr 24: Arsenal (A)
May 1: Aston Villa (H)
May 9: West Ham (A)
TBC: Everton (H)

Aston Villa
Mar 6: Sunderland (H)
Mar 13: Stoke (A)
Mar 16: Wigan (A)
Mar 20: Wolves (H)
Mar 27: Chelsea (A)
Apr 3: Bolton (A)
Apr 10: Everton (H)
Apr 18: Portsmouth (A)
Apr 25: Birmingham (H)
May 1: Man City (A)
May 9: Blackburn (H)

Tottenham
Feb 28: Everton (H)
Mar 6: Man City (A)
Mar 13: Blackburn (H)
Mar 20: Stoke (A)
Mar 27: Portsmouth (H)
Apr 3: Sunderland (A)
Apr 10: Arsenal (H)
Apr 17: Chelsea (H)
Apr 25: Man United (A)
May 1: Bolton (H)
May 9: Burnley (A)


YNWA

2 comments:

RABUN said...

huuu masak dorang he hee... tapi dalam liga skang apa pon bleh terjadi chealsea dah kene lanyak ngan manchester Siti!

beemer said...

susah nak harap team lain ..
harapkan diri sendiri saja liverpool .. hehe!