Tuesday, February 9, 2010

BPL : Ancaman Senapang

Kunjungan ke tempat lawan pada awal pagi Khamis nanti untuk menentang skuad senapang adalah satu ujian yang cukup getir buat Liverpool. Bukan tidak percayakan keupayaan Liverpool tetapi harus diingat The Reds akan berhadapan dengan pasukan yang kini ibarat singa luka setelah tewas dua perlawanan berturut-turut sebelum ini. Ramai pihak yang telah menyatakan bahawa skuad senapang kini di ambang kemerosotan prestasi namun kita tidak harus tertipu dengan kedudukan mereka. Benar mereka tewas di dua perlawanan sebelum ini tetapi kita harus melihat fakta yang pasukan yang menewaskan mereka bukanlah pasukan yang berada di pertengahan liga. Jadi untuk meletakkan skuad senapang kini telah hilang arah adalah satu penilaian yang tidak tepat. Mereka masih perlu dianggap pasukan yang cukup berbahaya lebih-lebih lagi apabila bermain di kandang sendiri. Mereka pasti mahu kemenangan untuk bangkit kembali daripada kekalahan-kekalahan tersebut dan jika kita tidak berhati-hati Liverpool pasti akan menjadi mangsa. Walaupun begitu tidak mustahil untuk Liverpool mencuri mata daripada skuad senapang ini. Dengan keyakinan pemain yang semakin tinggi, saya pasti Liverpool akan berjuang habis-habisan untuk menyaingi skuad senapang pada awal pagi nanti.

Liverpool hadir di Emirates pada kali ini dengan beberapa pemain kesebelasan utama terpaksa diketepikan kerana kecederaan dan juga pergantungan. Penyerang utama Fernando Torres dan Glen Johnson masih diketepikan kerana kecederaan. Sementara pemain tengah Alberto Aquilani dilaporkan tidak cergas sepenuhnya dan beliau tidak akan diturunkan untuk perlawanan ini. Pengurus Liverpool Rafa Benitez telah mengesahkan perkara ini. Pemain pertahanan Greece Sotirios Kyrgiakos juga tidak dapat diturunkan setelah beliau digantung perlawanan setelah menerima kad merah pada pertemuan dengan jiran sekampung Merseyside pada hujung minggu yang lepas. Liverpol mungkin akan menurunkan Aurelio dan juga Riera yang direhatkan pada perlawanan yang lepas. Mereka sepatutnya lebih cergas untuk beraksi pada perlawanan ini. Pemain-pemain lain diketuai Kapten Steven Gerrard harus dikekalkan pada perlawanan ini. Dengan kedua-dua pasukan kehilangan penyerang utama dan penyerang gantian pula tidak boleh diharapkan, pertembungan jentera tengah antara kedua-dua pasukan bakal menentukan pihak yang akan menguasai perlawanan ini. Saya tidak mengharapkan keajaiban daripada pemain-pemain Liverpool pada awal pagi nanti, namun jika The Reds berjaya mencuri mata daripada skuad senapang, itu adalah satu keputusan yang cukup positif. Berikut adalah barisan kemungkinan pemain yang akan diturunkan oleh pengurus Rafa Benitez pada perlawanan ini :

Formasi : 4-4-1-1

Barisan Kemungkinan :

RIENA

CARRAGHER AGGER SKRTEL AURELIO

RODRIGUEZ LUCAS MASCHERANO RIERA

GERRARD

KUYT

Keputusan : 1-0 kemenangan kepada Liverpool. Gol dijaringkan oleh Gerrard.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN Rangkaian 812

11/02/10 Jam 0330 Pagi


YNWA

2 comments:

Anonymous said...

dont worry bley makan punyer Arse

beemer said...

mmg takde ong la lwn team senapang nih ..