Tuesday, October 6, 2009

LFC : Bagai Mencurah Air Ke Muka Sendiri


Salah seorang daripada pemilik bersama Liverpool, George Gillett hari ini telah mempertahankan kedudukan beliau dan Tom Hicks dengan menyalahkan pengurus Liverpool, Rafa Benitez di atas permulaan buruk Liverpool pada musim ini. Apabila tewas buat kali ketiga pada hari Ahad lepas, Gillett telah menegaskan bahawa pelaburan yang beliau dan Hicks buat ke atas Liverpool bukanlah punca kepada kemerosotan Liverpool dan mereka berdua tidak bertanggungjawab di atas sebarang kegagalan pasukan untuk beraksi dengan baik. Di dalam satu pertemuan dengan wakil daripada kumpulan peminat Spirit Of Shankly, Gillett mendakwa mereka telah melaburkan sebanyak 128 juta pound dan memberikan semua hasil pendapatan yang masuk kepada kelab di dalam masa 18 bulan terakhir sehingga kini. Menurut Gillett dengan jumlah pelaburan sebanyak itu, Liverpool sepatutnya menjadi lebih mantap dan jika berlaku sebaliknya, pengurus dan kakitangannya yang harus memikul tanggungjawab tersebut. Hasil jualan Alonso berjumlah 30 juta pound juga terus disalurkan kepada belanjawan perpindahan Rafa dan dicampur dengan 22-23 juta pound yang menjadi sebahagian daripada belanjawan kelab, tambah Gillett lagi. Gillet juga mendakwa Liverpool berada pada kedudukan kewangan yang lebih kukuh berbanding dengan pencabar-pencabar utama yang lain di Liga Perdana Inggeris.

Nampaknya semakin bertambah malanglah Liverpool mempunyai pemilik yang berfikiran sempit sebegini. Sempit kerana menganggap 128 juta pound itu satu jumlah yang banyak untuk dibelanjakan selama 2 musim (dalam masa 18 bulan). City membelanjakan ratusan juta pound untuk mendapatkan pemain baru pada musim panas yang lepas. Chelsea sebelum ini tidak kurang hebatnya berbelanja ratusan juta pound untuk mendapatkan barisan pemainnya sekarang. Begitu juga Manyoo yang tidak teragak-agak membelanjakan puluhan juta pound untuk mendapatkan pemain-pemain muda. Jumlah 128 juta pound (serta tambahan) memberikan kita lebih kurang 70-80 juta pound semusim untuk belanjawan pasukan. Nampak seperti banyak jumlah tersebut, namun jika difikirkan kembali, selepas pembelian Torres, Liverpool hanya membeli Keane (tetapi dijual kembali) berserta dengan Dossena, Aquilani dan Johnson (tolak 7 juta pound hutang Portsmouth), jumlah yang kita laburkan untuk mendapatkan pemain baru adalah tidak seberapa. Keadaan ini diburukkan lagi dengan berita yang mengatakan belanjawan tersebut termasuk dengan bayaran ke atas kontrak baru untuk pemain-pemain seperti Torres, Gerrard, Kuyt dan juga Agger. Jika kita mengambilkira soal ini, memang tidak menghairankan poket Rafa akan sentiasa kering. Persoalan untuk menawarkan kontrak baru kepada pemain-pemain di atas tidak timbul kerana mereka adalah antara pemain utama yang harus dikekalkan di dalam skuad Liverpool. Namun persoalan yang timbul, adakah bijak untuk memasukkan sekali duit untuk pembaharuan kontrak dengan duit untuk membeli pemain baru? Jika hanya untuk tujuan perakaunan sekalipun, kedua-dua perkara ini harus dipisahkan. Atau adakah tujuannya hanya untuk menggembar-gemburkan bahawa Liverpool mempunyai belanjawan yang besar setiap musim bagi mengelakkan kemarahan para peminat? Tiada gunanya bertindak begitu kerana hanya sisa-sisa sahaja yang tinggal untuk Rafa mendapatkan pemain baru yang lebih berkualiti. Akibatnya Rafa perlu menjual pemain-pemain yang beliau ada untuk menambahkan dana bagi mendapatkan pemain baru.

Belanjawan yang diberikan kepada Rafa haruslah belanjawan yang “bersih”. Bersih bermakna jika Rafa diberikan seciput 20 juta pound pun sekalipun, kesemua duit tersebut boleh digunakan oleh beliau untuk mendapatkan pemain baru. Bukannya ada lagi urusan tersirat yang boleh menghakis jumlah belanjawan tersebut. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, jika anda tidak memiliki beratus juta pound daripada poket anda sendiri (bukan hutang bank) maka jangan bermimpi untuk menguruskan kelab bolasepak bertaraf global seperti Liverpool. Jumlah perbelanjaan ini boleh mencecahkan berbilion pound jika dilihat pada jangka masa panjang. Rafa telah melakukan yang terbaik di dalam mengekalkan pemain-pemain utama beliau seperti Torres, Gerrard, Carragher, Kuyt, Johnson, Mascherano serta Benayoun yang telah menjadi tulang belakang Liverpool. Apa yang diperlukan beliau adalah dana untuk membeli lebih ramai pemain yang berkualiti termasuklah pemain di bangku simpanan. Kepada Gillett, janganlah cuba menegakkan benang yang basah dengan menyalahkan pihak lain di atas apa yang berlaku di Liverpool. Kami peminat tidak tertipu dengan permainan anda. Jika anda bersama-sama Hicks masih enggan mengeluarkan lebih banyak dana bagi membantu Rafa memperkuatkan pasukan, maka nasihat saya, dipersilakan keluar dari Anfield. Lagipun anda berdua semakin tidak digemari oleh peminat Liverpool di seluruh dunia dan pada pendapat kami, anda berdualah yang menyebabkan masalah yang timbul di Anfield sekarang, bukannya Rafa.


YNWA

15 comments:

Firol said...

rafa bukan masalahnya dalam kemelut semenjak dua ekor berok USA take over Liverpool...

Liverpool teramat memerlukan dana untuk mencari pemain...

Rafa banyak jual beli pemain utk menampung kemantapan team...

Kalau macam ni keadaan ,alamat the reds akan hanya tinggl nama...

Dan tak mustahil jugak kalau player liverpool akan lari tak terkecuali Rafa sendiri

sydney said...

He's right to certain extents such as rafa's team selection, tp bab liverpool are doing better financially that man u,chelsea n arsenal tu total bullshit. arsenal rasenye earn more than liverpool n spend practically nothing,so mcm mn financial position kte lebih baek? before yanks, hutang 220mil, after yanks, utang 260mil, how does that put us in a btter financial positon? its true man u nye debt lg besar dr kte,tp man u laen,marketing strategy dorg superb. kl kt india ni,sume kedai nike dh jd cam kdai man u. kdai adidas ad je yg x jual jersey liverpool, yes x jual langsung,saiz perempuan mmg xde sedangkn man u nye merchandise available in wider range,even muffler yg xkn ad org gune pn kecuali bwat hiasan.

zafa said...

yg pak arag nk take over liverpool tu jadi ke x?jom lah ramai2 kongsi duit kita beli liverpool

zafa said...

yg pak arag nk take over liverpool tu jadi ke x?jom lah ramai2 kongsi duit kita beli liverpool

ymn said...

aku rasa ... rafa akan tinggalkan anfield ..??
[*_*]

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

rafa punye citer nak blah makin hangat...
memang rafa ade silap wat percaturan...
but owner bukan itu cara nak kritik...
in public....
itu bukan tradisi liverpool...

beemer said...

bro firol ...
mmg malang bertimpa2 sejak 2 ekor tu masuk liverpool ...
byk gebang weh ... abuk pun tarak ...
mmg nak cari psl dgn fans bila tuduh rafa mcm tu ..

HeLL69 said...

memang berok 2 ekor tu banyak buat masalah...kesiah kita peminat LIVERPOOL....

beemer said...

sis sydney ...
kadang2 bila kita lihat team selection rafa ...
byk yg menimbulkan persoalan ..
tp masalah utama rafa adalah .. beliau tidak mempunyai pemain yg cukup baik utk backup kesebelasan utama ... squad depth liverpool mmg hancus ... rafa terpaksa beli pemain yg bukan2 disbbkan budget ciput ...
psl financial position tu mmg gebang aja si gillett ni .. kalu financial ok .. apasal nak beli player pun kena ada cap seciput 20 mil? kalu cap kat 200 mil kan best ..

beemer said...

zafa ..
jom kita ramai2 kongsi duit raya beli liverpool .. hehehe!
pak arab mmg ada minat nak ambil pool tp rundingan menjadi sukar sbb selalunya 2 ekor tu tak sekepala .. sekor nak jual tp sekor lagi blok tak kasi jual .. sampai bila la liverpool nak dpt owner baru ..

beemer said...

ymn ...
jgn fikir camtu bro ..
manager manapun .. kalu budget mmg ciput ... mmg susah nak cari makan ..
ada yg berjaya dgn budget ciput .. tp very rare ..

beemer said...

meniti senja ...
owner mmg bengong ..
dah lama liverpool settle masalah secara perbincangan dalaman ..
masuk aja 2 ekor tu suma benda gi public ..

beemer said...

hell ..
mmg kesian betul kat kita peminat liverpool ...

FreedoM said...

woyt~
rilek la~
arsenal rilek ja~
dana siket pon x kesah~
dh mmg btoi rafa tu x reti nk manage club~
haha~

beemer said...

sbb tu la skuad senapang sungguh berjaya kan? hahaha!