Thursday, October 15, 2009

Aquilani : Mahukan Gol Di Kop End

Pemain yang dinanti-nantikan kemunculannya di Anfield iaitu Alberto Aquilani kini tidak sabar untuk membuat penampilan sulung beliau di Liga Perdana Inggeris. Aquilani juga mahu menjaringkan gol di Anfield buat semua peminat Liverpool dan mahu melupakan mimpi ngeri kecederaan yang te;ah dialami beliau. Pemain antarabangsa Itali ini masih belum beraksi untuk skuad The Reds setelah berpindah dari AS Roma pada musim panas yang lepas kerana kecederaan buku lali yang dialaminya. Aquilani diberitakan akan pulih sepenuhnya menjelang akhir bulan Oktober ini. Pemain berusia 25 tahun ini yang dibeli dengan harga 20 juta pound memberitahu bukan mudah untuk beliau kerana menyertai kelab baru di negara luar dari Itali. Selain daripada itu beliau tidak dapat berlatih dan bermain sepenuhnya kerana kecederaan tersebut. Tambah Aquilani, disebabkan kekurangan latihan ini, penglibatan dengan rakan-rakan sepasukan adalah amat terhad dan ianya bukan satu situasi yang baik buat beliau. Namun Aquilani berazam untuk pulih secepat mungkin dan mahu menjaringkan gol di hadapan Kop End. Aquilani telah memikirkan perkara ini semasa di dalam proses pemulihan kecederaan beliau di Anfield. Bagi beliau Anfield adalah sebuah stadium yang hebat dan beliau tidak sabar untuk beraksi di hadapan para penyokong Liverpool.

Tidak sabar rasanya menantikan kemunculan pemain antarabangsa Itali ini. Walaupun ramai peminat yang menaruh harapan tinggi kepada beliau untuk mengembalikan kegemilangan bahagian tengah Liverpool, kita semua harus lebih bersikap realistik. Ini kerana beliau memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan liga dan juga corak permainan Liverpool. Namun pada peringkat awal kemunculan beliau, saya berharap beliau dapat membantu sedikit sebanyak barisan serangan Liverpool untuk menembusi benteng pihak lawan. Bagi para peminat AS Roma, Aquilani ini adalah umpama Gerrard kepada Liverpool. Begitulah pentingnya pemain ini buat mereka dan terdapat banyak bantahan yang disuarakan apabila Roma menjual beliau kepada Liverpool. Malah ada sebahagian peminat Roma yang menyalahkan pengurusan mereka kerana penjualan Aquilani dikatakan menjadi punca kepada kemerosotan prestasi mereka pada awal musim Serie A. Sejauh mana impak yang bakal diberikan Aquilani akan kita ketahui sedikit masa lagi. Sama-sama kita saksikan kemunculan sulung beliau di Liga Perdana Inggeris nanti.


YNWA

8 comments:

Firol said...

kita tunggu dan lihat kelibat aquaman..harap dia datang dengan membawa sesuatu pada liverpool

MOFASAD said...

semoga sukses selalu!!!

http://liverpoolmalaya.blogspot.com/

RABUN said...

dengar khabar gerrad lak injured hermm...

Amirul Idham said...

yeah...
aquaman to the rescue...

beemer said...

bro firol ...
aquaman to the rescue ...

beemer said...

mofasad ...
itu le yg kita mahu ..

beemer said...

bro indra ..
gerrard injured tp rafa tunggu final test sblm game ..

beemer said...

amirul ..
arap2 bleh la tgk passing tahap aquaman pasni ...