Sunday, May 10, 2009

Rafa : Perpindahan Bermula Sekarang

Tanpa membuang masa nampaknya pengurus Liverpool, Rafael Benitez telah berkata pembelian untuk pemain baru musim depan bermula sekarang walaupun musim masih berbaki lagi 3 perlawanan. Memang serius pengurus Liverpool ini untuk memantapkan lagi barisan skuad beliau bagi musim depan. Beliau juga menegaskan faktor Robbie Keane juga tidak akan menghalang Liverpool untuk mendapatkan pemain baru. Keana hanya bermain 28 perlawanan untuk Liverpool sebelum dijual semula kepada Tottenham. Desas desus mengatakan disebabkan beliau gagal untuk memecahkan kombinasi Gerrard-Torres maka beliau telah dijual oleh Liverpool. Rafa menafikan berita tersebut dan dengan Liverpool dijangka akan mendapatkan penyerang untuk musim perpindahan kali ini, peristiwa dijangka Keane tidak akan menakutkan pemain baru untuk menyertai Liverpool.

Rafa percaya, saingan untuk merebut tempat di dalam kesebelasan Liverpool dengan Gerrard dan Torres, tidak akan menyebabkan pemain mempunyai peluang yang tipis. Menurut Rafa, semua sedia maklum mengenai kebolehan Gerrard dan Torres yang dapat berganding dengan baik apabila bermain bersama-sama tetapi haruslah diingat, setiap musim Liverpool terlibat di dalam lebih dari 60 perlawanan dan peluang untuk bermain di kesebelasan utama turut terbuka untuk pemain-pemain lain. Tambah Rafa lagi, Liverpool telah berusaha dengan keras untuk mendapatkan pemain yang tepat dan sesuai dengan corak pemainan. Dan Rafa yakin akan mendapatkan yang terbaik untuk Liverpool.

Buat kita para peminat Liverpool, maka akan tibalah musim untuk meneka pemain mana yang akan menyertai Liverpool pada musim ini. Banyak nama-nama besar yang dikaitkan dengan Liverpool dan ini menjadikan para peminat teruja. Nama-nama seperti Villa, Silva, Tevez, Negredo, Barry, Lennon, Downing, Bentley sekadar menyebut beberapa nama memang hangat menjadi bualan para peminat. Namun, saya pasti sekurang-kurangnya satu nama besar akan singgah di Anfield pada musim panas ini. Tumpuan Rafa adalah kepada barisan serangan dan mungkin juga seorang pemain tengah yang mampu memantapkan lagi barisan tengah Liverpool. Apapun, kita semua berharap pembelian pemain baru ini berbaloi seperti pembelian Torres dan bukannnya membeli banyak pemain dengan harga murah tetapi tidak mampu untuk bersaing Liverpool.

Skuad Tukul Besi 0 Liverpool 3, dua gol Gerrard dan Babel. Laporan lengkap perlawanan akan menyusul nanti ….


YNWA

4 comments:

HeLL69 said...

TQ kepada liverpool kerana memenangi perlawanan ini...

Che said...

We want Tevez!!We want Tevez!!We want Tevez!!hahaha

Anonymous said...

beli tevez jgn x beli...
pas 2 season dpn lwn manuer tevez score confirm old fergie kena ludah...DON SPIT 2 ME ARGENTINIAN...HAHAHA

ur r welcome 2 LIVERPOOL TEVEZ N YNWA!!!

afiq_trulyREDZ

beemer said...

we need world class punya player ...
bukan ayam level punya player ...
beli n terus leh main 1st eleven ..