Wednesday, May 6, 2009

Rafa : Owen Tidak Akan Ke Liverpool

Tegas betul jawapan dari pengurus Liverpool, Rafael Benitez apabila beliau ditanya oleh wartawan mengenai kemungkinan Micheal Owen akan dibawa pulang ke Anfield jika sekiranya pasukan si Murai tersingkir dari Liga Perdana Inggeris pada kempen musim ini. Mungkin beliau masih ralat dengan cara Owen meninggalkan Liverpool untuk ke Real Madrid dahulu. Atau beliau mungkin juga berpuas hati dengan skuad yang dimilikinya sekarang (yang dibina tanpa kelibat Owen). Saya masih ingat akan rentetan peristiwa pemergian Owen ke Real Madrid pada tahun 2004 dahulu yang menyebabkan Liverpool kehilangan seorang penyerang yang berwibawa untuk menjaringkan gol. Rafa telah menawarkan kontrak kepada beliau tetapi ditolak oleh Owen. Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Liverpool selain membenarkan dalam terpaksa pemergian beliau ke Real Madrid. Sedihnya masih terasa sehingga sekarang dan saya amat memahami jika ada rakan-rakan peminat memang tidak dapat memaafkan Owen di atas perbuatan beliau itu. Kali kedua Liverpool cuba membawa beliau balik ke Anfield pada tahun 2005 tetapi Owen memilih untuk bersama-sama Newcastle sehingga sekarang. Saya tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi mengenai Owen, biarlah beliau dengan caranya kerana kita sebagai peminat tidak boleh menentukan arah hidup beliau.

Menurut Rafa, situasi Owen adalah berbeza dengan Fowler dahulu. Fowler menyertai Liverpool dahulu setelah beliau faham dengan peranan beliau di dalam skuad Liverpool sebagai penyerang simpanan. Berbanding dengan Owen yang masih muda dan mempunyai banyak masa lagi untuk bermain bolasepak. Rafa menambah, Owen adalah penyerang berkualiti dan pasti mahu bermain di setiap perlawanan tetapi Liverpool sekarang lebih berpuas hati dengan Torres. Memang tepat jawapan dari Rafa untuk menjauhkan sebarang spekulasi yang mengaitkan Liverpool dengan Owen. Bukan Rafa sombong tetapi saya rasa beliau mempunyai rancangan yang lebih baik untuk Liverpool pada musim 09/10 nanti dan Owen mungkin bukan berada di dalam senarai pemain yang akan dibeli oleh beliau. Kontrak Owen akan tamat pada penghujung musim ini dan antara yang dikaitkan dengan beliau ialah pasukan Biru Merseyside.

Ada benar juga pendapat Rafa tersebut kerana mahukah Owen menjadi penyerang simpanan kepada Torres? Jika mahu, bolehlah dipertimbangkan kemasukan beliau semula ke Anfield. Dan seperkara lagi, mengenai tuntutan gaji beliau yang masih mahukan pendapatan lebih dari 100,000 pound seminggu. Bagi saya, zaman anda telah berakhir Owen dan gaji anda tidak perlu setinggi itu kerana anda telah menghampiri penghujung kerjaya sebagai pemain bolasepak. Anda juga telah diketepikan oleh Capello di dalam skuad England. Owen, anda pernahkah terfikir jika anda masih bersama-sama Liverpool dari dahulu hingga sekarang? Mungkin anda telah menjadi lagenda hidup seperti Gerrard dan Carragher. Masalah gaji? Kalau anda betul-betul bagus, tiada masalah untuk Liverpool memberikan gaji seperti Gerrard kepada anda. Apa-apa pun, yang terjadi telah terjadi dan ianya tidak boleh diundur kembali. Saya bukan berniat untuk mengajak rakan-rakan membenci Owen, seteruk mana pun Owen, beliau telah menjaringkan 158 gol untuk Liverpool sepanjang 7 musim berada di Anfield dan untuk itu kita perlu berterima kasih kepada beliau. Cuma pada pendapat saya, Owen sepatutnya telah menjadi tulang belakang Liverpool jika beliau tidak berpindah pada 2004 dan pastinya beliau tidak akan berada di dalam keadaan sekarang.


YNWA

3 comments:

Anonymous said...

1 day owen will come back 2 anfield if not as a player mayb as a manager....owen is 1 of liverpool legends and deep in his heart he's still a LIVERPUDLIANS...

WALK ON WALK WALK ONNNN....

afiq_trulyREDZ


YNWA

Che said...

Owen may be back to Anfield but not until Torres left Liverpool..itupun IF Torres want to leave though this might be too unlikely...

beemer said...

totok sungguh supporter owen sorang ni ... hahaha ... :)