Wednesday, June 10, 2009

Alonso : Perez Angkat Bendera Putih

Berita terbaru dari Sepanyol telah mengatakan bahawa, presiden baru Real Madrid, Florentino Perez telah mengaku kalah di dalam usaha beliau untuk membawa pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso ke Bernabeu pada musim panas ini. Perez yang bercakap kepada media selepas berjaya mendapatkan Kaka dengan harga rekod perpindahan 59 juta pound dan kontrak selama 6 tahun turut mengakui segala usaha untuk membawa Alonso sebagai “galacticos” adalah sia-sia kerana jelas pengurus Liverpool, Rafael Benitez tidak berminat untuk melakukan urusniaga. Perez juga berpendapat Real perlu membeli 6 pemain baru dan nampaknya salah seorang dari mereka bukanlah Alonso. Menurut Perez, Alonso adalah pemain hebat dan beliau kini berada bersama-sama pasukan yang cukup hebat dan tidak terdapat sebarang tanda yang menyatakan Liverpool berminat untuk menjual aset penting mereka ini. Presiden baru Real yang berusia 62 tahun ini juga berpendapat, Rafael Benitez tidak akan melepaskan sebarang pemain terbaik beliau dan ianya adalah normal kerana sukar untuk mencari pengganti sebaik Alonso. Setelah mengambilalih tugas di Real, Perez dikatakan akan melepaskan 9 pemain daripada skuad Real sekarang. Dan beliau kini sedang berusaha untuk mencari pemain gantian untuk skuad Real bagi musim depan. Desas desus turut mengatakan sasaran Perez berikutnya adalah Ronaldo.

Walaupun saya kurang yakin dan percaya sepenuhnya terhadap kesahihan berita ini namun saya perlu menghebahkannya kepada rakan-rakan peminat sekalian sebagai imbangan terhadap desas-desus berkaitan Alonso sebelum ini. Ini kerana terlalu banyak berita negatif yang telah disebarkan di media serta internet di setiap pelusuk dunia mengenai Xabi Alonso. Saya kurang yakin dan percaya kerana permainan di dalam urusan perpindahan pemain adalah amat sukar diduga. Kita pula sedang berdepan dengan Real Madrid yang pasti akan berusaha dengan pelbagai helah untuk mendapat pemain sasaran mereka. Buktinya, anda semua lihatlah taktik mereka untuk mendapatkan Kaka walaupun berkali-kali berita perpindahan tersebut dinafikan Kaka, akhirnya ia menjadi kenyataan dan yang mengejutkan, Kaka berkata perjanjian ini telah lama dibuat! Walaupun berulang-kali dinafikan berita tentang penjualan Alonso ini, namun ianya seolah-olah tidak berhenti dari dijadikan bahan spekulasi pihak media. Saya masih percaya Alonso akan kekal sebagai pemain Liverpool untuk musim depan. Seperti yang saya tegaskan di dalam tulisan sebelum ini, hanya 2 perkara yang akan menyebabkan Alonso keluar dari Liverpool, pertama Alonso sendiri yang hendak berpindah dan kedua, Rafael Benitez yang mahu menjual beliau ke kelab lain. Setakat ini belum ada berita mengenai kedua-dua perkara tersebut kerana saya yakin, kedua-dua pihak (Alonso dan Rafa) pasti tidak mahu menjadi sasaran kemarahan peminat. Setiap keputusan yang dibuat oleh mereka perlu dihalusi dan berhati-hati kerana mereka tahu, majoriti peminat Liverpool tidak mahu kehilangan Alonso. Jika diberi pilihan, saya memang mahukan berita ini adalah yang sebenar-benarnya. Namun sebagai peminat Liverpool, kita perlu berhati-hati dengan tingkah laku Perez. Mungkin apa yang dituturkan beliau hanya sekadar sandiwara sebelum beliau berjaya mengebas pemain bertaraf bintang seperti Alonso.


YNWA

6 comments:

Anonymous said...

perez ni wt wayang je lebeh bro...
toksah nk caye sgt..
org bola pn kdg2 kuat politik gak...
BUZZ OFF PEREZ N REAL!!!!

STAY WIF US XABI


afiq_trulyREDZ


YNWA

Firol said...

takut dia ni taktik je..buat-buat sedih..

mcm budak takdapat coklat..buat nangis...


kalau betul,pun bagus....ni sapa yang Rafa nak beli ni sepi je berita

Anonymous said...

ak rase rafa akn bwk player2 gempak masuk cm die sign torres dlu...
tersedak jantan ak dgr brita rafa dh sign torres dlu hahahaha...
hope season ni jd lg la cm 2 dtgh2 kegawatn kelab skrg ni.....


IN RAFA WE TRUZ



afiq_trulyREDZ


YNWA

Firol said...

Trust The Rafalution ..

Bro Beemer ada story tak pasal player nak masuk ni?????

beemer said...

yg paling latest kalu nak masuk pool adalah si Lavezzi dari Napoli ...
tp rafa ada ckp takmo beli mamat ni pulak ... tak paham la wa ...
Sasaran yang lain on the way ...
psl alonso ... tuan punya badan sendiri lom ckp apa2 selain dari bagitahu dia mmg komited nak jd player liverpool utk musim keenam ...
si perez skrg dok sibuk kacau kelab lain ...

blassom said...

aku tak risau sangat sapa yg nak masuk...asalkan berbaloi-baloi...
tapi aku risau sapa yg keluar...
kalau setakat simpanan tue xpe lagi...