
Laporan dari Sepanyol itu juga menyebut, Barcelona dan Real Madrid juga sibuk untuk berusaha memancing bekas penyerang Zaragoza ini. Liverpool dikatakan turut menyertai bidaan untuk mendapatkan Villa. Dan keputusan sekarang hanya terletak di tangan Villa dan dengan Torres yang mahukan beliau ke Anfield maka kemungkinan beliau menyertai Rafalution di Anfield adalah tinggi. Dengan terkeluarnya Sepanyol dari Piala Konfiderasi, maka ruang akan terbuka luas untuk Villa membuat keputusan tentang masa depannya. Rundingan dengan Liverpool dilaporkan telah berlaku selama beberapa bulan, walaupun terdapat minat dari Manyoo untuk mendapatkan Villa, hanya beberapa butiran terakhir sahaja yang perlu dilengkapkan sebelum pengumuman rasmi dikeluarkan untuk perpindahan Villa ke Anfield. Jika difikirkan secara logik, memang seperti berada di dalam mimpi apabila membaca berita ini. Mana mungkin Liverpool mampu membeli Villa dengan kewangan yang terhad sekarang. Namun saya berpendapat amat perlu untuk Liverpool mendapatkan Villa dengan syarat pemain-pemain utama seperti Mascherano dan Alonso tidak dijadikan korban bagi mendapatkan beliau. Kehadiran Villa pasti akan melengkapkan bahagian serangan Liverpool yang kini diterajui oleh Torres dan Gerrard. Gandingan Gerrard – Torres – Villa pasti akan mendatangkan mimpi ngeri kepada barisan pertahanan pasukan-pasukan di Liga Perdana Inggeris musim depan. Walaupun berita ini hanya spekulasi, namun jangan sesekali kita mengenepikan kebijaksanaan Rafa di dalam pasaran perpindahan pemain. Dan kita masih ingat bagaimana caranya beliau membawa Torres ke Anfield. Jika benar Villa akan menyertai Liverpool, maka semakin hampirlah trofi Liga Perdana Inggeris pulang ke Anfield.
YNWA
3 comments:
doa2kn jela spya rumors nih mjadi kenyataan ....(smbil mngkontrol kterujaan ku nih )hehehe
afiq_trulyREDZ
YNWA
harap akan jadi kenyataan dulu pun Villa memang ada buat statement nak berganding dgn El Nino
Gerrard-Villa-Torres
Harap Impian terkabul....
kalu la dpt villa ...
ada yg berdarah idung la pikir strategi vs pool ... hehehe!
Post a Comment