Thursday, June 11, 2009

Liverpool : Siapa Yang Akan Ke Anfield?

Disebabkan oleh kebangkitan Liverpool pada musim lepas yang begitu ketara di Liga Perdana Inggeris, terdapat ramai pemain yang dikaitkan dengan desas-desus perpindahan ke pasukan bimbingan Rafael Benitez ini. Walaupun keadaan kewangan Liverpool yang agak terhad, ini tidak bermakna Liverpool akan berdiam diri sahaja di pasaran perpindahan pemain. Rafa telah menegaskan beliau akan membawa masuk beberapa pemain untuk memantapkan lagi skuadnya pada musim depan selain daripada mengekalkan pemain-pemain utama seperti Xabi Alonso dan Javier Mascherano di dalam kesebelasan utamanya. Berikut adalah antara beberapa pemain yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield pada musim panas ini :

STEPHANE SESSEGNON
- Pemain muda berusia 24 tahun dari kelab Paris St German (PSG).
- Pemain antarabangsa Benin yang sebelum itu mewakili Le Mans.
- Susuk tubuh dan gaya permainan seperti Micheal Essien.
- Masih belum menyatakan komitmen jangka panjang bersama PSG.
- Mempunyai kontrak 4 tahun lagi dengan PSG.
- Beliau dilaporkan menarik bidaan bernilai 12 juta pound.

GLEN JOHNSON
- Pemain Terbaik Portsmouth bagi musim 08/09.
- Pemain pertahanan kanan England di bawah Fabio Capello
- Berpindah dari Chelsea 2 tahun lalu dengan yuran perpindahan 4 juta pound.
- Liverpool mahu mencari pengganti kepada Steve Finnan.
- Juga mahu memastikan Arbeloa dicabar di posisi tersebut.
- Harga perpindahan dilaporkan bernilai antara 10-15 juta pound.
- Chelsea dikatakan turut berminat untuk mendapatkan semula Johnson.

DAVID SILVA
- Valencia terpaksa menjual Silva disebabkan masalah hutang kelab.
- Rafa dikatakan amat berminat dengan pemain sayap Valencia ini.
- Setelah terlepas Barry kepada City, Rafa perlu mencari penggantinya.
- Silva dilaporkan bernilai 20 juta pound.
- Real Madrid turut berminat dengan pemain sayap ini.
- Rafa dikhabarkan telah membuat bidaan 15 juta pound + Voronin.

SYLVIAN DISTIN
- Pemain pertahanan tengah Portsmouth.
- Gandingan mantap bersama-sama Sol Campbell di Fratton Park.
- Villa turut dikatakan berminat untuk mendapat pemain ini.
- Distin dilaporkan memang berminat ke Anfield.
- Liverpool cuba mendapatkan beliau musim lepas tetapi ditolak Portsmouth.
- Portsmouth mahukan 2 juta pound untuk pemain pertahanan ini.

MICHEAL OWEN
- Musim panas ini Owen dijangka akan kembali ke Anfield.
- Semenjak keluar dari Liverpool ke Real, kerjaya Owen bertambah malap.
- Kegagalan Newcastle kekal di Liga Perdana mempengaruhi keputusan Owen.
- Masalah kecederaan dan kecergasan Owen masih menghantui beliau.
- Perjanjian yang mengambilkira keadaan tersebut perlu difikirkan Owen.

JAVI MARTINEZ
- Pemain Athletic Bilbao yang dikatakan akan menjadi pengganti Alonso.
- Pemain berusia 20 tahun ini dibeli Bilbao dengan harga 6 juta pound.
- Nilai semasa beliau dilaporkan mencecah 10 juta pound.
- Martinez dikatakan berminat dengan cabaran di Liga Perdana Inggeris.

BREDE HANGELAND
- Pemain Fulham yang menjadi sasaran setiap pengurus termasuk Rafa.
- Liverpool mahu mencari pengganti kepada Hyypia yang berhijrah.
- Carragher juga semakin menghampiri penghujung kariernya.
- Hangeland dikatakan pemain sesuai untuk menggantikan mereka.
- Hangeland tidak mahu berpindah dari Fulham pada musim depan.
- Namun jika ada tawaran lumayan, Fulham pasti sukar untuk menolaknya.

CARLOS TEVEZ
- Beliau dikatakan hampir pasti meninggalkan Old Trafford.
- Rafa antara pengurus pertama yang berminat mendapatkan beliau.
- Pasti akan diterima baik oleh peminat Liverpool di Anfield.
- Reaksi negatif dari peminat Manyoo jika perpindahan ini berlaku.
- Tevez pasti akan menguatkan jentera serangan Liverpool.
- Liverpool perlu membayar 22 juta pound untuk khidmat beliau.

AARON LENNON
- Pemain sayap Spurs yang kembali menemui rentak permainannya.
- Merupakan pemain sayap England di bawah Fabio Capello.
- Mempunyai larian pantas dan hantaran lintang yang baik.
- Pengganti sesuai kepada Pennant yang akan dijual oleh Liverpool.
- Ada laporan mengatakan Spurs menukar Lennon dengan Pennant.

EZEQUIEL LAVEZZI
- Pemain antarabangsa Argentina yang mewakili Napoli di Serie A.
- Perselisihan dengan pengurusan Napoli mungkin menyebabkan perpindahan.
- Dikhabarkan telah menulis surat kepada peminat Napoli akibat insiden ini.
- Dikatakan mempunyai gaya permainan seperti Carlos Tevez.
- Nilai di pasaran pemain mencecah 22 juta pound.

DIEGO FORLAN
- 32 gol di La Liga musim ini telah menarik minat pasukan gergasi lain.
- City juga dilaporkan berminat dengan Forlan.
- Forlan masih ada tugas yang belum diselesaikan di Liga Perdana Inggeris.
- Keinginan beliau ini telah menarik minat Rafa untuk mendapatkan beliau.
- Atletico pasti tidak mahu melepaskan penjaring gol utama mereka ini

STEWART DOWNING
- Rafa telah lama berminat membawa Downing ke Anfield.
- Peluang beliau bertambah cerah setelah Boro tersingkir dari Liga Perdana.
- Prestasi Riera adalah sederhana semenjak dibeli musim lepas.
- Pemain sayap kiri yang lebih mantap diperlukan Liverpool.
- Harga perpindahan Downing dilaporkan bernilai 12 juta pound.
- Boro telah mengumumkan Downing sedia untuk dilepaskan.
- Masalah kecederaan kaki Downing sekarang perlu diambilkira Rafa.

MAURO ZARATE
- Pemain pinjaman yang sekarang mewakili Lazio di Serie A.
- Lazio telah melambatkan perjanjian untuk mendapatkan pemain argentina ini.
- Ini menyebabkan Rafa turut melahirkan minat untuk mendapatkan beliau.
- Zarate pernah mewakili Birmingham di Liga Perdana Inggeris.
- Jumlah jaringan 2 angka beliau di Serie A telah meningkatkan minat Rafa.

ADAM JOHNSON
- Jika Liverpool gagal mendapatkan Downing, Johnson adalah penggantinya.
- Pemain muda bawah 21 tahun England ini telah beraksi baik untuk Boro.
- Dengan kontrak hanya tinggal 12 bulan lagi, Boro mungkin menjual beliau.

TUNCAY SANLI
- Penyerang Boro yang berasal dari Turki.
- Beliau masih mahu beraksi di Liga Perdana Inggeris.
- Penyingkiran Boro dari Liga Perdana Inggeris menguatkan lagi spekulasi beliau.
- Bernilai antara 5 sehingga 7 juta pound di pasaran perpindahan pemain.
- Cukup sesuai untuk dijadikan penyerang sokongan kepada Torres.

Jika dilihat daripada senarai pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, saya pasti tidak cukup muka surat untuk saya menulisnya. Saya pasti Rafa akan lebih berhati-hati dengan pembelian beliau pada musim panas ini. Selain daripada perlu berbelanja dengan bijak, Rafa juga perlu pastikan pemain yang beliau bawa masuk mampu untuk memantapkan lagi permainan Liverpool untuk musim depan. Selain daripada itu, Rafa perlu memastikan Kapten Gerrard dan Torres berada pada tahap kecergasan terbaik untuk mengemudi cabaran Liverpool di Liga Perdana Inggeris pada musim depan. Perlu diingatkan, tidak mungkin Liverpool mampu memiliki semua pemain yang disenaraikan di atas, kebanyakan pemain yang dikaitkan dengan Liverpool adalah berdasarkan berita dari media dan internet sahaja. Jika ada antara mereka yang ke Anfield, saya pasti mereka adalah antara pilihan terbaik untuk Liverpool pada musim depan.


YNWA

6 comments:

Anonymous said...

i vote 4 owen 2 come back...hahahaha
bg ak pembelian silva,tevez n glen johnson sdh memadai utk mnambah baikn setiap posisi team kite musim depan...
pengambilan owen smula merupakn option terbaik utk bhgian serangan kita krn die free transfer je...dgn syarat owen x demand gaji y bkn2...tp die demand skit bleh le kot klau nk layan ehehehe...

WALK ON....WALK ONNNNN...WITH HOPE IN UR HEART....

afiq_trulyREDZ


YNWA

Firol said...

owen balik semula pun kira ok..tapi jangan lah dia mintak yg bukan2.... kalau ada semula boleh pegi lagi ke gandingan gerrard owen ni??

blassom said...

entah la masih releven lagi ker owen nie...
walaupun punca utama aku minat lfc dolu2 sbb dia jgk...
tapi pas dia dh blah dolu2...takde mood dh tngok muka dia...main pun tak bgus sangat dh...ermmm

@r zh@r said...

glen johnson, owen, tevez, silva, lennon, hangeland... pilihan aku!

INDRA QIRANA said...

owen kira ok gak ahh... mungkin bila di liverpool kecederaanya taklah seteruk di semasa berada di newcastle , lagipon kalo letak Ronaldo bermain ngan team newcastle pon aku tak tau dia bleh score ker tak,..pasal newcastle team yg tersangattt lah teruknya...jadi dari segi form tu aku tak berapa nak bleh nilai sama ada owen ni masih bleh pakai ker dak skang, dengan hantaran hantaran berkualiti dari gerard alonso mungkin owen adalah pilihan tepat kerana deria sebagai seorang penyerang tu dah mmg ada kat dia, sama ada tinggal tadah kaki atau kepala jer he he... juga bergantung pada tahap kerek ngan ego sama ada owen sendiri atau pon rafa untuk menjayakan perpindahan ni ha ha..tapi pada pendapat aku hanya 5 peratus jer kemungkinan owen akan kembali selebihnya adalah mustahil..aduhhh

beemer said...

wa rasa rafa akan bawak sorang star aja + plus pemain cam Tuncay n Distin masuk Anfield pada kali ni ... star yg wa nak tgk itu adalah david silva ...